Zhuyin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zhuyin/Bopomofo
Jenis
Alfabet dengan ciri-ciri abugida
BahasaBahasa Mandarin Baku
Tempoh masa
1913 hingga kini, digunakan sebagai aksara rubi
Aksara induk
Aksara Cina
  • Zhuyin/Bopomofo
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Bopo, 285
Alias Unikod
Bopomofo
Sejarah Huruf

Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM

Maruwi 3 SM
Salasilah lengkap

Zhuyin fuhao (Cina Tradisional: 注音符號, Cina Ringkas: 注音符号, pinyin: Zhùyīn fúhào), atau "Simbol-simbol Anotasi Bunyi", sering diringkaskan sebagai Zhuyin, atau juga dikenali sebagai Bopomofo (ㄅㄆㄇㄈ) sempena empat aksara pertama aksara fonemik bahasa Cina (bo po mo fo), merupakan sistem fonetik kebangsaan Taiwan bagi mentranskripsi bahasa Cina, terutamanya bahasa Mandarin, untuk orang-orang yang belajar membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa ini.

Sistem ini menggunakan 37 simbol khas untuk mewakili bunyi-bunyi bahasa Mandarin: 21 konsonan dan 16 vokal. Setiap simbol melambangkan sekumpulan bunyi-bunyi tanpa banyak kekaburan, serta juga dijadikan asas untuk Braille bahasa Cina.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Penyatuan Sebutan yang dipimpin Woo Tsin-hang dari 1912 sehingga 1913, mereka sebuah sistem bergelar Guoyin zimu (國音字母 "Huruf Sebutan Kebangsaan") atau Zhuyin zimu (註音字母 atau 注音字母 "Huruf Anotasi Bunyi") yang berdasarkan tulisan trengkas Zhang Binglin. Sebuah rangka dikeluarkan pada 11 Julai 1913 oleh Kementerian Pendidikan Republik China, tetapi belum diisytiharkan secara rasmi sehinggalah 23 November 1918. Zhuyin zimu dinamakan semula sebagai Zhuyin fuhao pada bulan April 1930. Kegunaan Zhuyin Fuhao dikekalkan selepas tahun 1949 di Taiwan serta pulau-pulau jauh yang bernaung di bawah pentadbiran Taiwan. Di China, Zhuyin Fuhao diganti dengan sistem pinyin yang diisytiharkan oleh Republik Rakyat China, namun sebutan kata dalam kamus-kamus am diberi dalam kedua-dua sistem pinyin dan Zhuyin.

Kementerian Pendidikan Taiwan pernah mencuba selama bertahun-tahun untuk memansuhkan kegunaan Zhuyin untuk memberi ruang kepada sistem berdasarkan huruf rumi (see MPS II). Namun begitu, peralihan ini aamt perlahan kerana timbulnya kesulitan dalam mengajar sistem rumi baru berkenaan kepada guru-guru sekolah rendah.

Zhuyin vs. Tongyong Pinyin & Hanyu Pinyin[sunting | sunting sumber]

Zhuyin dan Pinyin direka berdasarkan sebutan-sebutan bahasa Mandarin yang sama, maka wujudnya pemetaan satu lawan satu antara kedua-dua sistem tersebut. Dalam jadual di bawah, kolum 'Zhuyin' dan 'Pinyin' menunjukkan kesetaraan.

【】mewakili bentuk yang digunakan dalam gabungan dengan simbol lain.
Kesetaraan Zhuyin-Pinyin melalui keserupaan fonetik.
Zhuyin vs. Pinyin
Awalan
Zhuyin Tongyong Pinyin Hanyu Pinyin Wade-Giles Contoh (Zhuyin, Pinyin)
b b p   (ㄅㄚ, ba)
p p p' (ㄆㄚˊ, pa)
m m m (ㄇㄚˇ, ma)
f f f (ㄈㄚˋ, fa)
d d t (ㄉ一ˋ, di)
t t t' (ㄊ一ˊ, ti)
n n n (ㄋ一ˇ, ni)
l l l (ㄌ一ˋ, li)
g g k (ㄍㄠˋ, gao)
k k k' (ㄎㄠˇ, kao)
h h h (ㄏㄠˇ, hao)
j j ch (ㄐ一ㄠˋ, jiao)
c q ch' (ㄑ一ㄠˇ, qiao)
s x hs (ㄒ一ㄠˇ, xiao)
jhih 【jh】 zhi 【zh】 chih 【ch】   (ㄓㄨˇ, zhu)
chih 【ch】 chi 【ch】 ch'ih 【ch'】 (ㄔㄨ, chu)
shih 【sh】 shi 【sh】 shih 【sh】 (ㄕㄨˋ, shu)
rih 【r】 ri 【r】 jih 【j】 (ㄖㄨˋ, ru)
zih 【z】 zi 【z】 tzû 【ts】 (ㄗㄞˋ, zai)
cih 【c】 ci 【c】 tz'û 【ts'】 (ㄘㄞˊ, cai)
sih 【s】 si 【s】 ssû 【s】 (ㄙㄞ, sai)
Akhiran
Zhuyin Tongyong Pinyin Hanyu Pinyin Wade-Giles Contoh (Zhuyin, Pinyin)
a a a (ㄉㄚˋ, da)
o o o (ㄉㄨㄛ, duo)
e e e   (ㄉㄜˊ, de)
e ê eh (ㄉ一ㄝ, die)
ai ai ai (ㄕㄞˋ, shai)
ei ei ei (ㄕㄟˊ, shei)
ao ao ao (ㄕㄠˇ, shao)
ou ou ou (ㄕㄡ, shou)
an an an (ㄕㄢ, shan)
en en en (ㄕㄣ, shen)
ang ang ang (ㄕㄤˋ, shang)
eng eng eng (ㄕㄥ, sheng)
er er erh (ㄦˊ, er)
yi 【i】 yi 【i】 yi 【i】 (ㄋ一ˋ, ni)
yin 【in】 yin 【in】 yin 【in】 (一ㄣ, yin)
ying 【ing】 ying 【ing】 ying 【ing】 (一ㄥ, ying)
wu 【u】 wu 【u】 wu 【u】 (ㄋㄨˇ, nu)
wun 【un】 wen 【un】 wen 【un】 (ㄨㄣˊ, wen)
wong 【ong】 weng 【ong】 ng 【ung】 (ㄨㄥ, weng)
yu 【u, yu】 yu 【u, ü】 yü 【ü】 (ㄋㄩˇ, nü)
yun 【un, yun】 yun 【un】 yün 【ün】 (ㄩㄣˋ, yun)
yong yong 【iong】 yung 【iung】 (ㄩㄥˇ, yong)

Penggunaan dalam bahasa-bahasa Cina selain Mandarin[sunting | sunting sumber]

Aksara-aksara yang digunakan untuk mentranskripsi bunyi-bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Mandarin (tidak banyak pelayar web mempu memaparkan glif-glif sedemikian, lihat Pautan luar untuk rajah PDF.)

Aksara Nama
V
Ng
广 Gn

Bopomofo Sambungan untuk dialek-dialek Min-nan dan Hakka

Aksara Nama   Aksara Nama   Aksara Nama   Aksara Nama
Bu   Oo   Im   Ong
Zi   Onn   Ngg   Innn
Ji   Ir   Ainn   P akhir
Gu   Ann   Aunn   T akhir
Ee   Inn   Am   K akhir
Enn   Unn   Om   H akhir

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]