Ziana Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ziana Zain
Latar belakang
Nama lahir Siti Roziana bt Zain
Kelahiran 2 Mei 1968 (46 tahun)
Berasal dari Malaysia Kampung Simpang Merpati, Melaka, Malaysia
Genre Pop, Rock, Irama Malaysia, Balada
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, model, duta
Tahun aktif 1991–kini
Label BMG Music(1991-2002)
EMI(2002-kini)
Kegiatan berkait Zig Zag Beat
Laman web www.zianafolks.net

Siti Roziana bt Zain (lahir 2 Mei 1968; lebih dikenali sebagai Ziana Zain) merupakan seorang penyanyi, pelakon, model dan Usahawan di Malaysia. Ziana bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah Berhelah, lalu dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya [1] di Asia Tenggara.

Selain itu, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus mengukir nama beliau di dalam Malaysian Book of Records sebagai artis wanita pertama memenangi pertandingan antarabangsa. Bermula di saat itu, langkah global beliau terus berkembang dan Ziana telah berjaya memahat namanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kanada, Switzerland, dan Australia.

Kini, setelah hampir 20 tahun berlayar di industri seni, beliau telah digelar Ratu Pop Asia. Lebih membanggakan, Ziana juga telah bertemu dan berkolaborasi bersama beberapa nama besar di persada seni dunia seperti Jim Brickman, Cndy Crowford, Kate Bosworth, Shah Rukh Khan, Anna Kournikova, dan Michael Schumacher.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kg Simpang Merlimau, Melaka kepada anggota polis (kini pesara) Zain Abdullah dan Puan Robiah Abdul, Ziana merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. Panggilan utamanya di rumah, "Rozi" tetapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya "Ogee", "Adik" ataupun "Siti". Ziana menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz.[2] Ziana seorang yang berperwatakan lasak. Sejak dari kecil, Ziana lebih gemar bermain dengan budak lelaki dan pernah digelar tomboy.

Selepas tamat alam persekolahan, Ziana telah berjinak-jinak dengan alam pekerjaan pula. Pada permulaannya Ziana telah bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah. Selepas beberapa bulan, Ziana berhenti dan meneruskan kariernya menjadi seorang operator di Kilang JVC Shah Alam. Selepas tujuh bulan menyertai bidang pembuatan, Ziana menerima tawaran untuk berlatih sebagai seorang pramugari di MAS.[2] Tamat sahaja latihannya Ziana diterima bekerja secara tetap dengan MAS selama lebih kurang 3 tahun. Pada awalnya Ziana sering mengikuti bapanya, Zain Abdullah untuk menyanyi bersama-sama Kombo Diraja Polis. Dari situ, Penerbit album terkenal, Rahim Othman menggagumi bakat Ziana dan percaya bahawa Ziana mampu pergi jauh dalam dunia seni. Ini di kuatkan lagi apabila Ziana memenangi Bintang Selangor pada tahun 1984.[3] Maka dari insiden itulah, bermulanya karier Ziana sebagai artis rakaman.

1990–1992: Permulaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ziana menyertai BMG Music pada tahun 1992 secara kebetulan. Album pertamanya, 'Madah Berhelah' merupakan buah tangan pertama Ziana untuk peminatnya. Lagu Madah berhelah akhirnya telah memikat telinga peminat music sekaligus melonjakkan karier Ziana sebagai penyanyi. Lagu tersebut juga telah menjadi juara hampir keseluruhan stesen radio di Malaysia. Namun langit tidak selalunya cerah, di saat nama Ziana mula meniti populariti, terdapat segelintir pihak yang ragu akan kebolehan gadis muda ini. Ramai yang mengatakan Ziana bukannya menyanyi tetapi menjerit malah ade yang mengatakan Ziana tiada identiti apabila suaranya dikatakan mirip kepada penyanyi Juliza Adzlizan. Kulit album pertama beliau juga dikatakan menyerupai kulit album penyanyi terkenal masa itu, Sheila Majid. Namun Ziana tabah menghadapi semua dugaan tersebut memandangkan beliau masih baru di dalam industri tersebut. Berkat kesabaran beliau, dua lagi lagu dalam album tersebut, Sebelum terlewat waktu dan riwayat cinta berjaya menawan carta muzik seluruh Malaysia. Malah lebih membanggakan Ziana lagi apabila lagu Madah berhelah berjaya melepasi peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Selain daripada itu, album tersebut juga telah berjaya terjual sebanyak 40,000 unit dan diberi pengiktirafan pingat emas oleh RIM. Ini sekaligus meletakkan Ziana sebagi artis baru paling berjaya ketika itu.[4][5]

1993–1995: Fenomena Ziana Zain[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, Ziana diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menghasilkan album. Album yang menggunakan namanya sendiri, Ziana Zain ditangani lebih kemas oleh komposer terkenal dan berbakat besar bernama Zuriani. Album tersebut menalpilkan banyak lagu popular seperti "Kasih Ku Pertahankan", "Anggapanmu" dan "Putus Terpaksa". Album tersebut juga julung-julung kalinya menampilkan satu lagu popular Jepun yang dinyanyikan semula Ziana berjudul Chitose Bashi. Selain itu, album itu juga mengandungi sebuah lagu Rome yang dialih bahasa berjudul Hadirmu yang dinyanyikan Ziana bersama seorang pendatang baru, Izzaka. Kejayaan demi kejayaan Ziana raih untuk album kedua beliau sehinggakan album tersebut terjual lebih 60,000 unit. Satu pencapaian yang sangat membanggakan. Pada penghujung tahun 1994, Ziana berjaya mengadakan konsert live pertamanya berjudul Konsert Mega Rahim Maarof & Ziana Zain bersama penyanyi lelaki popular Rahim Maarof di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Tanpa menunggu lama, pada tahun 1995 Ziana sekali lagi mengeluarkan album ketiganya berjudul Setiaku di Sini. Album ini telah terjual lebih 180,000 unit sekaligus menjulang karier Ziana ke puncak. Album ini bukan sahaja telah terjual di Malaysia, tetapi telah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Album yang menampilkan banyak lagu hit seperti setiaku disini, bersama akhirnya, kemelut dimuara kasih, dan sangkar cinta ini telah mengangkat Ziana sebagai pemenang Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Malah pihak RIM juga telah memberikan 3x platinum untuk jualan yang membanggakan itu.[3][4][6] Lebih manis lagi, banyak lagu dalam album tersebut berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu dan lagu Kemelut di Muara Kasih' berjaya sampai keperingkat akhir pertandingan tersebut.[5][7] Lagu Bersama Jua Akhirnya pula telah memenangi persembahan terbaik (solo) dalam pertandingan Nescafe Pujaan 10. Selain itu Ziana juga telah diangkat menjadi Artis Paling Popular di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Malah beliau juga telah memenangi dua kategori lain dalam anugerah tersebut iaitu pelakon pembantu wanita popular dan penghibur TV popular.

1996–1997: Kesinambungan kegemilangan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, Ziana telah melancarkan konsert nya yang pertama. Konsert yang diberi nama Ziana Zain's Unplugged Konsert diadakan di Life Centre, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Kira-kira 4,500 peminatnya telah membanjiri PWTC untuk melihat diva ini beraksi.[8] Dalam konsert ini juga, Ziana turut mengundang seniman tersohor Indonesia, Broery Marantika untuk menyanyikan satu lagu duet yang berjudul "Dekat Tapi Jauh". Disebabkan sambutan yang luar biasa, konsert itu juga telah diabadikan di dalam bentuk album yang menggunakan tajuk yang sama. Ledih membanggakan, album tersebut telah terjual lebih 80,000 unit dan diberikan 2x platinum oleh RIM.[7][8] Malah Ziana juga melah memenangi anugerah Persembahan Solo Terbaik di dalam pertandinagn Pujaan 10 Nescafe menerusi album tersebut. Lagu Korban Cinta, salah satu lagu dalam album tersebut, telah dipilih sebagai Lagu Paling Popular dalam Anugerah Musik Singapura 1996. Ziana juga telah dianugerahkan Bintang Perkhidmatan Cemerlang oleh Sultan Selangor pada tahun tersebut.

Kejayaan Ziana tidak terhenti disitu, pada 28 Mei 1997, Ziana Zain mengeluarkan album keempat beliau. Album yang berjudul Puncak Kasih mendapat sentuhan ramai komposer popular dan telah terjual lebih 150,000 unit seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.[3][8] Selain itu, Ziana sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama yang melancarkan album di dalam kapal pelayaran mewah. Sebahagian peminat bertuah dan wartawan hiburan telah diundang untuk bersama-sama meraikan majlis yang penuh gilang-gemilang itu. Album ini juga telah mencatatkan banyak kenangan manis seperti telah dipilih sebagai album terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik 1998, Lagu Puncak Kasih pula telah menduduki tangga #1 di carta Muzik Muzik selama lebih 15 minggu, sekaligus menjadi lagu paling lama bertahan di kedudukan teratas carta.[9] Malah lagu tersebut juga telah dipilih sebagai Juara lagu kategori balada dalam Anugerah Juara Lagu 1998, dan muzik video Puncak Kasih telah memenangi Muzik video terbaik dalam Anugerah Video Muzik Malaysia. Pada tahun tersebut juga, Ziana telah melancarkan konsert bergeraknya yand di beri nama Ziana Zain Mega Tour Concert ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Konsert yang mendapat tajaan jenama Salem dan Peter Stuyvesant ini mendapat sambutan yang menakjubkan. Malah tiket-tiket konsert juga sudah habis terjual tiga minggu sebelum konsert bermula.

1998 - 2004: Perkahwinan, keluarga dan cahaya mata[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 1998, Ziana zain menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Armin Zaharin Ahmad Zambri Armin, merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System, MAS. Perkahwinan tersebut telah berwalikan bapa Ziana sendiri, Zain Abdullah. Lebih 10 000 peminat telah membanjiri perkarangan rumah Ziana di Shah Alam semata-mata ingin melihat diva ini secara dekat. Malah bapa Ziana terpaksa memesan makanan tambahan untuk hadirin yang hadir. Sehari sebelum menjelang hari bahagianya, Ziana masih sempat menghadiahkan peminatnya dengan sebuah konsert yang dipancarkan secara langsung dari PWTC. Ramai tokoh-tokoh kehormat hadir pada konsert tersebut untuk mengucapkan tahniah pada Ziana Zain. Perkahwinan Ziana juga mendapat liputan rancangan hiburan paling popular, Melodi TV3 dan beberapa rancangan hiburan lain. Kini sudah 11 tahun Ziana mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta. Pelbagai onak dan ranjau terpaksa beliau harungi dalam mempertahankan mahligai yang beliau bina. Baru-baru ini, Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.

Pada 9 Mac 1999, setahun selepas perkahwinannya, Ziana kembali menghangatkan arena seni negara dengan kehadiran album solo kelimanya. Album yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul memuatkan 10 lagu dari pelbagai komposer terkenal Malaysia. Antara lagu yang popular di dalam album tersebut antaranya "Syurga di Hati Kita", "Kesuma Hati", "Ada Suara Ada Cinta" dan "Penawar Semalu". Lagu "Syurga di Hati Kita" pula telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1999. Untuk mepromosikan album kelimanya ini, Ziana telah mengadakan konsert yang mendapat tajaan Head and Shoulders. Konsert yang diberi nama,Konsert Zon Pelindungan Ziana Zain ini, telah diadakan di PWTC Angkasapuri. Peminat yang bertuah telah diberi penghormatan untuk mendapat autograf dan bergambar secara ekskusif bersama Ziana Zain. Dalam konsert tersebut, Ziana telah menyampaikan 10 lagu dan sebahagian besarnya dipetik dari album terbarunya.

Tahun 2000 menyaksikan Ziana berehat seketika dari arena seni suara apabila melahirkan cahaya mata yang pertama. Namun pada tahun 2001, Ziana kembali dengan album solo keenamnya berjudul Aku Cintakan Mu. Album ini telah terjual lebih 45,000 unit[4], satu jualan yang dikira sangat memberangsangkan tatkala dunia menghadapi krisis ekonomi. Lagu Menadah Gerimis, salah satu lagu dalam album Aku Cintakan Mu, telah memenangi lagu terbaik dalam Anugerah Planet Muzik 2002, anugerah yang menggabungkan negara-negara Asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah lagu tersebut juga telah menjadi Juara bagi kategori Balada dalam Anugerah Juara Lagu 2002. Selain itu juga, Lagu tersebut telah menduduki tempat pertama dalam carta Muzik-Muzik selama 15 minggu. Pada tahun ini juga, Ziana sekali lagi telah melancarkan konsertnya yang diberi nama Ziana Zain...In The Park Concert, Yang diadakan selama dua hari di PWTC. Ramai selebriti terkenal tanah air seperti Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Sheila Majid, dan Nora telah hadir untuk memberikan sokongan. Lebih manis lagi, konsert ini juga telah dibawa ke Jerudong Park Amphitheatre, Brunei. Peminat-peminat Ziana Zain di Brunei terpukau dengan keunggulan vokal Ziana yang mengalunkan 22 buah lagu secara langsung.

Pada tahun 2003, Ziana telah mengeluarkan sebuah album live yang menghimpunkan persembahan-persembahan hebat beliau sewaktu menjayakan konsert. Antara persembahan yang diabadikan dalam album ini adalah persembahan dari Ziana Zain...In the Park Concert dan Ziana Zain Unplugged Concert, Brunei. Album yang menggunakan judul Ziana Zain No1s Live ini juga menampilkan 2 buah lagu baru iaitu lagu "Bukan" dan "Lembah Asmara". Lagu bukan merupakan lagu pertama ciptaan Ziana bersama Greg Henderson. Kedua - dua lagu ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila telah berjaya memenangi lagu pop pilihan di dalam Anugerah Era 2003 dan Anugerah Era 2004. Malah lagu bukan juga telah menjadi juara carta Muzik-muzik selama 17 minggu dan lagu Lembah Asmara pula telah menjadi Juara di Stesen Radio Singapura untuk beberapa minggu. Selain itu, Lagu-lagu ini juga telah berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhri Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut. Album ini telah diterbitkan dibawah syarikat rakaman Ziana yang baru iaitu EMI.

Pada tahun yang sama juga, Syarikat rakaman terdahulu Ziana, BMG juga telah mengeluarkan album kompilasi Ziana Zain berjudul Ratu - Satu Penghargaan sebagai penghargaan buat Ziana di atas kejayaannya selama 12 tahun berada dalam industri ini di bawah BMG.

2005–2007: Berehat dari aktiviti seni[sunting | sunting sumber]

Setelah menghasilkan beberapa album, Ziana mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia seni. Ini kerana pada waktu itu juga Ziana tengah sarat mengandung anak kedua. Oleh itu, beliau tidak mahu kandungannya mengalami masalah memandangkan beliau pernah keguguran sebelum ini. Dalam pada mengurangkan aktiviti seni, Ziana sempat juga merakamkan sebuah lagu tema filem Sembilu 2005 berjudul "Sembilu Kasih". Syarikat rakaman BMG juga turut mengeluarkan album kompilasi CD dan VCD karaoke Ziana yang berjudul Keunggulan Ziana Zain.

2008–2009: Single Terbaru & Kembar[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Ziana akhirnya kembali merakam sebuah album mini yang berjudul Dingin. Walaupun hanya memuatkan empat lagu, namun single utamanya "Dingin" disambut hangat lalu dicalonkan untuk anugerah Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16.[10]

Pada 18 Oktober 2008, Ziana dijemput sebagai VIP ke pertunjukan fesyen Fendi yang diadakan di Tembok Besar China.[11]

Pada Februari 2009, disahkan bahawa Ziana mengandung bayi kembar.[12][13] Beliau melahirkan kembar lelaki dan perempuan pada 23 Julai 2009 di Shah Alam.[14]

2010–Sekarang: Kemunculan Semula, Teater, Mentor 4 & Hip TV[sunting | sunting sumber]

Pada 26 - 28 Februari 2010, Ziana telah terlibat dengan pembikinan pementasan muzikal Antara. Teater yang berkisar mengenai perjalan hidup Nabi Adam AS dan Hawa itu telah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Dalam pementasan tersebut, Ziana telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu "Tahajjud Cinta", "Andai Ku Tahu", dan "Pintu Rindu". Ziana muncul mempersonakan dengan busana rekaan Rizman Ruzaini. Malah alas kepala seakan serban yang digayakan Ziana ketika pementasan itu berlangsung terus menjadi hangat malah pereka fesyen terkenal tersebut turut menggelerkannya "Turban Ziana".[15]

Pada 9 Mac 2010 di Hotel Cititel, Ziana Zain telah mengadakan sidang khas memperkenalkan anak kembarnya yang diberi nama Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel. Pendedahan itu sekaligus menamatkan penantian selama lebih kurang 8 bulan oleh pihak wartawan dan media.[16]

Pada 12 - 22 Mac 2010, Ziana sekali lagi terlibat dalam pementasan teater muzikal Gamat 2 ini di pentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic). Kali ini Ziana bakal bergandingan dengan 2 rakan artis yang lain iaitu Misha Omar dan Amy Mastura. Ziana memegang watak sebagai ketua Obor-Obor yang jahat.[17]

Pada 2 April 2010, Ziana bakal mencuba satu lagi cabang bidang seni iaitu bidang pengacaraan. Ziana bakal menjadi pengacara untuk Parti Hip TV bergandingan dengan Iqram Dinzly. Seterusnya, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Hip TV tersebut selama 13 episod.

Ziana juga menjadi mentor untuk program realiti Mentor 4 yang berlangsung mulai 11 April 2010. Pada mulanya, Ziana memilih Ketty Natalia Rasul (Thalia) dari sesi ujibakat sebagai protege, tetapi tiba-tiba menggugurkan Thalia atas sebab kekurangan persediaan mental dan fizikal serta tidak fokus, lalu menggantinya dengan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)[18] Akhirnya, pada 4 Julai 2010, Mohd dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim itu, satu lagi kejayaan untuk Ziana Zain sebagai pembimbing artis baru.

Filem terbaru lakonan beliau, Magika juga akan menjengah pawagam sekitar bulan September 2010. Drama lakonan beliau yang berjudul Kasih di Jabal Rahmah juga bakal ditayangkan sempena Hari Raya Qurban ini.

Pada 18 Januari 2011, Ziana Zain telah bergabung tenaga bersama-sama dua orang supernova Malaysia iaitu Datuk Sharifah Aini dan Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu kali ke 25. Pada acara "interlude"(Penutup) anugerah berprestij ini, Ziana Zain telah menyanyikan dua buah lagu hitnya iaitu Anggapanmu dan Madah Berhelah. Persembahan Ziana yang memukau itu telah melonjakkan namanya bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia kerana namanya tersenarai di dalam 10 tangga teratas "New World Trendy" di laman sengsawang "Twitter". Pujian bukan sahaja datang dari peminatnya sahaja, malah rakan-rakan artis turut kagum[perlu rujukan] dengan persembahan beliau ketika malam itu.

Langkah Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Langkah antarabangsa beliau bermula sekitar tahun 1989 apabila diberi kepercayaan untuk merakamkan salah satu lagu tema Sukan Asia Tenggara (SEA) ke 15. Kekuatan dan kelunakkan vokal beliau menerusi lagu Lukisan Wajah Kasih itu telah memukau seorang pemuzik handalan Jepun, George Kagi[perlu rujukan].

Lantas pada tahun 1992, Ziana ditawarkan untuk merakamkan sebuah lagu popular Jepun, Chitose Bashi nyanyian asal Mieko Nishijima menerusi album Asian Voices. Asian Voices merupakan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu popular Jepun. Seramai 200 penyanyi diseluruh Asia telah menghantar penyertaan untuk terlibat di dalam album tersebut, namun pihak pengurusan telah memilih 10 penyanyi terbaik Asia sahaja dan Ziana Zain merupakan salah seorang darinya. Penulis lagu tersebut, Kenji Kadoya telah memuji[perlu rujukan] suara Ziana yang disifatkannya sebagai unik dan bertenaga. Album tersebut telah mencatatkan kejayaan membanggakan apabila telah terjual lebih 75 000 unit pada hari pertama memasuki pasaran Jepun.

Lantaran kejayaan tersebut, Ziana Zain telah dipilih untuk merakamkan 2 buah lagu Inggeris di dalam album Colors of Love pada tahun 1993. Album ini merupakan usaha pihak BMG untuk memperkenalkan bakat-bakat Asia ke peringkat antarabangsa. Selain Ziana, terdapat 4 orang penyanyi Asia yang terlibat dalam album tersebut. Setelah berjaya dengan 2 buah album antarabangsa, akhirnya Ziana telah diberi kepercayaan untuk menyertai Festival Ratu Pop Asia. Rancangan berbentuk hiburan muzikal ini juga telah disertai oleh nama-nama besar seperti Hetty Koes Endang dari Indonesia dan Kumpulan remaja Filipina, Smokey Mountain. Ziana Zain telah menyampaikan 3 buah lagu di dalam program tersebut dan antara lagu yang dinyanyikan beliau ialah Anggapanmu, Ku Cinta PadaMu dan sebuah lagu Jepun Chitose Bashi. Vokal beliau yang bertenaga telah memukau hadirin yang menonton.

Tahun 1995, merupakan kemuncak pada karier global beliau apabila telah memenangi hadiah utama di pertandingan Voice of Asia yang diadakan di Almathy, Kazakhstan[3][5][7]. Ziana telah berjaya mengetepikan 20 penyanyi dari 24 buah negara Asia lain untuk muncul sebagai juara pertandingan tersebut. Kejayaan ini juga telah mengukir nama Ziana di dalam Malaysian Book of Records sebagai Artis Wanita Pertama yang Memenangi Pertandingan Antarabangsa. Sejak dari itu, penggembaraan antarabangsa beliau kian memuncak. Ini dibuktikan apabila pada 10 Mei 1995, beliau telah di undang untuk membuat persembahan di konsert Asia Live, dan dipancarkan secara langsing melalui Japan's NHK satellite TV Channel Two.

Pada tahun 1996, sejarah berulang kembali apabila Ziana Zain sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih Anugerah Melodi Emas di dalam Festival Muzik Jepun. menerusi lagu Anggapanmu. Selain itu, pada 19 April 1996, Ziana Zain telah di beri penghormatan untuk merakamkan lagu-lagu tema Disney di dalam album A Musical Salute for Disney. Di dalam album tersebut, Ziana telah merakamkan lagu "Beauty and the Beast" dan "A Whole New World" berduet dengan Jatt. Album tersebut telah di pasarkan ke seluruh Asia dan Eropah dan telah terjual sebanyak 100,000 unit. Pada Ogos 1996, Ziana Zain telah diundang ke Singapura untuk menjayakan sebuah konsert yang diberi nama The Big Show.

Tahun demi tahun, Ziana terus mengorak langkah membina nama di persada antarabangsa. Ini dibuktikan apabila pada tahun 1997, beliau telah diundang bersama 15 selebriti Asia dan Antarabagsa ke Omega International Celebriti Club yang terletak di Crans Montana, sebuah resort ski dan golf ekslusif di Switzerland. Pada tahun itu juga Ziana telah terpilih untuk menjayakan program hiburan Asian Music Scene bersama-sama Hetty Koes Endang dari Indonesia, Kelly Chan dari China dan Shinji dari Jepun.

Kejayaan demi kejayaan digapai Ziana. lantas tidak hairanlah pada tahun 1998, Ziana Zain sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk merakamkan salah satu lagu tema Sukan Komanwel 1998 iaitu "Strive for the Best". Lagu tersebut telah diputarkan keseluruh dunia malah Ziana Zain juga telah di undang untuk membuat persembahan pembukaan sukan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur.

Selain menyanyi dan berlakon, Ziana Zain juga terkenal sebagai Ikon Fesyen. Kebijaksanaan beliau dalam berfesyen menjadikan Ziana satu-satunya artis Malaysia yang kerap diundang ke luar negara untuk memperagakan barangan jenama antarabangsa. Sebagai contoh, pada tahun 2002, Ziana telah diterbangkan oleh jenama jam terkenal OMEGA ke St Moritz, Switzerland sempena tahun keenam beliau sebagai duta produk tersebut. Pada tahun 2003, sekali lagi beliau telah diterbangkan oleh OMEGA ke luar negara tetapi kali ini ke Auckland, New Zealand untuk menyaksikan perasmian Omega Seamaster.

Pada tahun 2007 pula, Ziana Zain telah diundang ke Tembok Besar Negeri China, Beijing sempena pertunjukkan fesyen musim panas oleh FENDI. Dan terkini, di tahun 2010, Ziana telah diterbangkan ke Australia oleh Louis Vuitton untuk photo shoot dengan barangan jenama tersebut.

Album tempatan dan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Album Studio

Album Studio
Tahun Tajuk Kutipan Pengiktirafan RIM[perlu rujukan]
1991 Madah Berhelah 40,000 Emas
1993 Ziana Zain 60,000 Platinum
1995 Setia Ku Di Sini 180,000 3x Platinum
1997 Puncak Kasih 150,000 3x Platinum
1999 Ziana Zain 50,000 Platinum
2001 Aku Cintakan Mu 45,000 Platinum
2008 Dingin 75,000 Platinum

Album Kompilasi

Album Kompilasi
Tahun Tajuk Kutipan Pengiktirafan RIM
1996 Ziana Zain Unplugged 80,000 Platinum
1998 Best of Ziana Zain 80,000 Platinum
2003 Ratu - Satu Penghargaan 50 000 Platinum
Ziana Zain No. 1s Live 45,000 Platinum
2006 Keunggulan Ziana Zain 80,000 Platinum

Album Antarabangsa

Album Antarbangsa
Tahun Lagu Album
1989 Lukisan Wajah Kasih Sukan SEA ke 15
1992 Chitose Bashi Asian Voices
1993 "Feel Me Out"
"Groove Me" (duet with Jo Awayan)
Colors of love
1996 "A Whole New World"
"Beauty and the Beast"
A Musical Salute to Disney
1998 Strive for the Best Sukan Komanwel 1998

Single[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Posisi tertinggi
MUZIK fm ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1989

Lukisan Wajah Kasih

  • Ahmad Nawab / Talha Tukimin
Kini Saatnya (Sukan SEA Kuala Lumpur 1989) - - - -
1990

Hanya Waktu Menentukan

  • Rahim Othman / Saari Amri
Ku Ibarat Lilin sebagai ahli Orkes Kombo PDRM - - - -
1991

Madah Berhelah

  • Saari Amri
Madah Berhelah - - - 2

Rentak Hidupku

  • Rahim Othman/Megat Ismail
- - - -
1992

Riwayat Cinta

  • Faisal Aziz
- - - -

Sebelum Terlewat Waktu

  • Rahim Othman / Juwie
- - - -

Kami Bersamamu (Zaiton Sameon)
kuartet bersama Ramlah Ram, Sheqal, Ajin (Blackrose) & Zur Eda

  • Rahim Othman
Single CD - - - -

Chitose Bashi Bahasa Jepun

  • Kenji Kadoya
Asian Voices - - - -
1993

Anggapanmu

  • Asmin Mudin
Ziana Zain - - - 2

Mimpimu Bukan Mimpiku

  • Zuriani Zoneveld/Nani
- - - -

Putus Terpaksa

  • Saari Amri
- - - 1

Kasih Ku Pertahankan

  • Anuar/Azam Dungun
- - - -

Groove Me
duet bersama Jo Awayan

  • Jose Mari Chan
Colors of Love - - - -
1994

Feel Me Out

  • Zuriani Zoneveld
- - - -

Ku Cinta Padamu

  • Zuriani Zoneveld/Nanee
Ziana Zain - - - -

Rindu Yang Ku Pendam

  • M. Nasir / Bob Lokman
- - - -

Halaman Asmara
duet bersama Awie

  • Johari Teh / Loloq (Nurbisa)
Sembilu 2 OST - - - -

Kekal

  • Salman / Loloq (Nurbisa)
Hits Unggul / Sembilu 2 OST - - - -
1995

Bersama Akhirnya

  • Johari Teh
Setia Ku Di Sini - - - 1

Setia Ku Di Sini

  • Salman / Loloq (Nurbisa)
- - - 1

Sangkar Cinta

  • Idzahar/ Azam Dungun
- - - 2
1996

Kemelut Di Muara Kasih

  • Saari Amri / Lukhman S
- - - 1

Tiada Kepastian

  • Johari Teh
- - - -

Korban Cinta

  • Johari Teh
OST Maria Mariana - - - 1

Dekat Tapi Jauh
duet bersama Broery Marantika

  • Johari Teh
Ziana Zain Unplugged - - - -

Gerhana

  • Johari Teh
- - - 3

Indah Di Hari Raya

  • Khalil Shariff
Kemeriahan Di Hari Raya - - - -

Senja Nan Merah
duet bersama Awie

  • M. Nasir / Loloq menggunakan nama pena Darwis / Seth
OST Merah - - - 1
1997

Cinta Di Akhir Garisan
kuartet bersama Nora, Ning Baizura & Dessy Fitri

  • Paul Begaud / Johari Teh
Jelita - - - -

Puncak Kasih

  • Adnan Abu Hassan / Maya Sari
Puncak Kasih - - - 1

Kalau Mencari Teman

  • Razman / Habsah Hassan
- - - 3

Berpisah Jua

  • Asmin Mudin
- - - 2

Ada Cinta

  • Azlan Abu Hassan / Ning Baizura
- - - -
1998

Terlerai Kasih

  • Johari Teh
- - - 1

Tiada Jodoh Antara Kita

  • Fauzi Marzuki / Lukhman S
Best of Ziana Zain - - - 1

Satu Detik

  • Azlan Abu Hassan / Maya Sari
Puncak Kasih - - - -

Strive for the Best
duet bersama Amy Mastura

  • Roslan Aziz
Single CD - Sukan Komanwel ke 16 - - - -

Masih Ada Cinta

  • Fauzi Marzuki
Sasaran Hits THR - - - -

Syurga Di Hati Kita

  • LY/ Baiduri
Ziana Zain - - - 1
1999

Satu Persatu

  • Azmeer/ Azmira
- - - -

Penawar Semalu

  • Adnan Abu Hassan / Maya Sari
- - - -

Ada Suara Ada Cinta

  • Azlan Abu Hassan / Ucu
- - - 4

Kesuma Hati

  • Adnan Abu Hassan / Maya Sari
- - - 2

Setia Ke Akhir Hayat

  • LY / Baiduri
Jelita Hebat - - - -

Pusaka Rimba
duet bersama Dayang Nurfaizah

  • Azalea
- - - -
2000

Hidup Selagi Hidup
Kuartet bersama Awie, Mus (May) & Moq (Search)

  • JS Kevin
Single CD - - - -

Rahsia Semalam

  • Johari Teh / Aryan
Ziana Zain - - - -
2001

Menadah Gerimis

  • Azmeer
Aku Cintakan Mu - - - 1

Cintamani

  • Adnan Abu Hassan / Maya Sari
- - - -

Fatalistik

  • Azlan Abu Hassan / Ucu
- - - 2
2002

Terkenang Jua

  • Ajai / Amran Omar
- - - 1

Aku Cintakan Mu

  • Johari Teh
- - - -

Bagai Gahara

  • Pak Ngah / Che Kem
- - - 2
2003

Lembah Asmara

  • Ajai / Roslen Fadzil
Ziana Zain No. 1s Live - - - 1

Madah Berhelah 2003

  • Saari Amri
- - - -
2004

Bukan

  • Ziana Zain / Amran Omar
- - - 1
2005

Sembilu Kasih

  • Johari Teh
Single CD - - - -
2008

Dingin

  • Azlan Abu Hassan / Ucu
Dingin - - - 2

Melara Jiwa

  • Ajai / Amran Omar
- - - -
2011

Pawana

  • Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya
Single CD - - - -
2012

Misteri Cinta
duet bersama Sohaimi Mior Hassan

  • Sohaimi Mior Hassan
Single CD - - - -

Vokal[sunting | sunting sumber]

Ziana Zain diakui mempunyai vokal yang mantap dan berat. Pemuzik handalan, Greg Handerson menyatakan Ziana memiliki suara berat yang tinggi.[perlu rujukan] Jenis suara Ziana di klasifikasikan sebagai Mezzo-soprano. Julat suara Ziana terletak pada kerendahan A2 dan ketinggian G#6 menjadikan beliau mampu mencapai 4 oktaf. Malah beliau dikatakan mempunyai ketinggian suara yang paling tinggi di kalangan penyanyi wanita di Malaysia.[perlu rujukan]

Profil vokal[sunting | sunting sumber]

  • Jenis suara: Mezzo-soprano
  • Nota rendah: D3
  • Nota tinggi: F#6
  • Julat suara: 3.6 oktaf (D3-F#6)

Filem dan drama[sunting | sunting sumber]

Selain daripada menyanyi, Ziana Zain juga merupakan seorang pelakon berbakat besar. Setakat ini sudah 9 buah filem dan 4 buah drama telah Ziana jayakan. Lakonan dan penghayatan watak yang mantap telah melayakkan Ziana untuk memenangi beberapa anugerah pada festival perfileman. Nama Ziana juga sering menjadi sebutan pengarah tersohor disebabkan kredibiliti beliau sebagai pelakon sukar disanggah. Terkini, Ziana bakal muncul dengan filem terbaru arahan KRU, Magika yang menampilkan Ziana sebagai nenek kebayan. Selain berlakon , Ziana juga diberi pengiktirafan menyampaikan 3 buah lagu tema dalam album runut bunyi filem tersebut.

Filem
Tahun Tajuk Watak Kutipan
1994 Sembilu Ziana 4.2 mil
1995 Sembilu II Ziana 6 mil
1996 Maria Mariana Mariana 4.8 mil
1997 Merah Kasih 2 mil
1998 Maria Mariana II Mariana 3.5 mil
2005 Sembilu 2005 Marina 1.39 mil
Pontianak Menjerit Ziana 1.2 mil
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Rani 1.573 mil
2010 Magika Nenek Kebayan 3.14 mil
Drama
Tahun Tajuk Peranan Arahan
2005 Cermin Pada Bulan Sophia Erma Fatima
2007 4 Diva Sekampung Ziana Din CJ
2008 Tetamu Allah Juliana Erma Fatima
2009 Nur Kasih Di Jabal Rahmah Wanda

Duta produk[sunting | sunting sumber]

Rupa yang komersil telah membawa tuah kepada Ziana Zain. Setelah hampir 20 tahun dalam bidang seni, sebanyak 11 produk temapatan dan antarabangsa telah melantik Ziana sebagai jurucakap produk mereka. Malah Ziana juga telah disenaraikan antara selebriti yang paling banyak menjadi jurucakap produk setaraf dengan bintang paling popular 2007 Mawi. Berikut merupakan produk-produk yang menggunakan Ziana Zain sebagai jurucakap mereka.

  • 1996 - Avon [19]
  • 1997 - NutriBeaute [20]
  • 1997 - Omega timepieces [21]
  • 1999 - Head & Shoulders [5]
  • 1999 - B&H Health Products [22]
  • 2000 - L'Oréal hair Color [5]
  • 2001 - Vono Mattress [23][24]
  • 2003 - Brilliant Rose [25][26][27]
  • 2004 - Slim World Beauty House [28]
  • 2004 - Nutrimetics Cosmetics and Skincare [29]
  • 2010 - Antabax [30][31][32]

Pada tahun 2005, Ziana Zain telah melancarkan minyak wanginya sendiri yang diberi nama Truly sekaligus menjadikan beliau artis Malaysia pertama mempunyai minyak wangi jenama sendiri.[33][34] Selain itu, Ziana juga mencipta sejarah apabila menjadi duta untuk produk antarabangsa VONO Mattress selama 10 tahun, satu jangka masa yang tidak dicapai oleh mana-mana artis di Malaysia. [35]

Anugerah & Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

  • Ziana Zain merupakan Artis Wanita Pertama yang memenangi Pertandingan Antarabangsa sehingga namanya tercatat di dalam Malaysia Book of Records.
  • Ziana Zain merupakan artis Pertama Malaysia yang mempunyai minyak wangi sendiri yang diberi nama Truly keluaran Nutrimetics.
  • Ziana zain merupakan artis wanita pertama yang memakai kanta lekap (Contact Lens) di dalam kulit album sehinggakan menjadi ikutan artis-artis lain.
  • Ziana gemar bermain go-kart untuk mengisi masa lapangnya.
  • Ziana zain gemarkan warna hijau sehinggakan sewaktu perkahwinannya juga beliau memilih warna hijau sebagai warna tema. Malah sewaktu menyertai pertandingan Voice of Asia juga ziana menggunakan persalinan hijau.
  • Trademark Ziana ketika menyanyi ialah mengangkat kening sehingga menjadi ikutan penyanyi lain.
  • Ziana Zain diberi gelaran Jlo Malaysia apabila mempunyai iras-iras rupa diva latin tersebut. Malah, ketika Jlo melahirkan kembar, Ziana juga mengalami perkara yang sama.
  • Dari segi vocal, Ziana Zain dikatakan menyamai Whitney Houston, apabila vokalnya mampu mencecah F sharp setaraf diva Amerika Syarikat tersebut.
  • Pelakon Que Haidar tampil dalam filem Cuci pada tahun 2008 dengan membawakan watak seorang penyanyi rock yang meniru gaya Ziana. Que menyanyikan lagu Anggapanmu dalam babak sepanjang 4 minit itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Myartis. "Nostalgia Ziana Zain", MyArtis, Kuala Lumpur, 23 October 2011. Retrieved on 17 February 2013.
  2. 2.0 2.1 Azzhar. "Truly Diva - D'only Ziana Zain". Diperolehi pada 2009-06-08. 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 lady, awin (nov 2005). "Ziana Zain's Award". Ziana tripod. Diperolehi pada 2009-06-08. 
  4. 4.0 4.1 4.2 "Bintang Seorang Ratu". Xfresh.com. Diperolehi pada 2009-06-08. 
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 "Guapedia of Ziana Zain". Gua.com. Diperolehi pada 2009-06-08. 
  6. "1995 Setia Ku Di Sini"
  7. 7.0 7.1 7.2 "Ratu - Satu Penghargaan". Ziana Geocities. 
  8. 8.0 8.1 8.2 "Ziana's Achievement". Fortune City. 
  9. "Ziana's Achievement". Zig Zag Ziana. 
  10. Rosli, Manah (27 Mac 2009). "AIM 16 cermin masalah industri muzik". Mangga Online. Diperolehi pada 2009-06-08. 
  11. Wanda, Idris (25 Mei 2009). "Terbangnya masih tinggi". Utusan Malaysia. Diperolehi pada 2010-02-01. 
  12. Li, Ee; Kee (February 7, 2009). "Ziana Zain Hamil Bayi Kembar". Gua.com. Diperolehi pada 2010-01-29. 
  13. Murai, Batu (4 Jun 2009). "Hamil Kembar Lelaki Dan Perempuan?". Murai. Diperolehi pada 2010-01-29. 
  14. "Bayi kembar Ziana belum diberi nama, masih ditahan di hospital". Mstar online. July 30, 2009. Diperolehi pada 2010-01-29. 
  15. Turban Ziana Cetusan Rizman Ruzaini, murai.com.my/ 11 Mac 2010.
  16. 'Cukuplah kuota 4 anak', Harian Metro, 11 Mac 2010.
  17. Teater Gamat 2 Lebih Memukau dan Kelakar, mStar Online, 18 Mac 2010.
  18. Ziana gugur Talia, Harian Metro, 17 Mei 2010.
  19. "Launch of new floral fragrance". News Straits Times. June 27, 1996. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  20. "Ziana and mom endorse beauty products". Malay Mail. Aug 07, 1997. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  21. "Won Over by Clean Image". News Straits Times. Nov 4, 1997. Diperolehi pada 2010-02-06. 
  22. "Ziana's fragrance". Mstar online. Sep 14, 2005. Diperolehi pada 2010-02-06. 
  23. "Ziana nod for mattress". Malay Mail. March 16, 2001. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  24. "Slumberland lancar produk baru". Berita Harian. May 23, 2006. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  25. "Ziana is `diamond ambassador'". Malay Mail. Jan 29, 2003. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  26. "Ziana comes up roses". News Straits Times. Jan 25, 2003. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  27. "Ziana duta berlian Brilliant Rose". Berita Harian. Jan 24, 2003. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  28. "Trim and slim Ziana". Berita Harian. Feb 21, 2005. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  29. "Ziana Zain - tawaran ibarat bulan jatuh ke riba". Berita Harian. Sep 20, 2004. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  30. "Ziana Zain appointed Antabax Ambassador". Malaysianmirror. July 28, 2010. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  31. "Ziana Zain Miliki Kualiti Sebagai Duta Antabax". Murai.com. Aug 04, 2010. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  32. "The All New Antabax with Ziana Zain". TimeoutKL. July 04, 2010. Diperolehi pada 2010-08-06. 
  33. Zieman (January 11, 2006). "Ziana jelmaan Saloma". Mstar online. Diperolehi pada 2010-02-06. 
  34. "Ziana's fragrance". News Strits Times. Sep 14, 2005. Diperolehi pada 2010-02-06. 
  35. "Maya galas tanggungjawab Ziana". News Strits Times. June 14, 2010. Diperolehi pada 2010-08-25. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]