Zombi Kampung Pisang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zombi Kampung Pisang
ZKP.jpg
Pengarah Mamat Khalid
Penerbit Gayatri Su-Lin
Lakonan Awie
Zami Ismail
AC Mizal
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Zombi Kampung Pisang ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2007. Filem yang dibintangi oleh penyanyi rock popular, Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir, Zami Ismail, dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian zombie berlaku. Filem ini merupakan filem zombie pertama di Malaysia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam.

Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, Bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan telah menyaksikan kejadian itu lalu mengusung mayat Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung.

Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang.

Pak Jabit(Man Kadir) dan Pak Abu(Zami Ismail) semasa menjadi zombie

Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia.

Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombie' mula menyerang orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh "Zombie-Zombie".

Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-20:

  • Anugerah Khas Juri-Kritikan sosial dan menunjukan budaya masyarakat kampung yang bersatu padu
  • Poster Terbaik(Pencalonan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]