Zon DNS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zon DNS ialah sebahagian daripada ruang nama domain yang mengunakan Sistem Nama Domain (DNS) di mana tanggungjawab pentadbir telah diperwakilkan. Sesebuah zon diuruskan oleh pelayan nama utama.

Sebagai contoh, katakan syarikat rekaan contoh memiliki domain contoh.com dan ada dua subdomain: beli.contoh.com dan produk.contoh.com. Bagi setiap domain ini, terdapat fail zon yang berasingan. Rekod sumber pelayan nama (penuding) bagi fail zon contoh.com.db adalah seperti berikut:

 beli.contoh.com       IN   NS      pelayanama-1.contoh.com.
 produk.contoh.com     IN   NS      pelayanama-2.contoh.com. 

Daripada fail domain zon tadi, boleh disimpulkan bahawa terdapat dua subdomain dan pelayan nama berwibawa untuk beli.contoh.com pelayanama-1 dan untuk produk.contoh.com pelayanama-2. Domain beli.contoh.com dan produk.contoh.com sudah tentu boleh mengandungi subdomain lain yang diwakili oleh fail zon sendiri.