Zon larangan terbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zon larangan terbang atau kadang kala dikenali sebagai Zon larangan udara (bahasa Inggeris:No-fly zone) adalah satu ruang udara di mana pesawat udara tidak dibenarkan untuk terbang di atasnya. Zon-zon sebegini biasanya dibuat dalam konteks ketenteraan, yang mana menyerupai satu zon bebas tentera di udara.

Utara Iraq 1992-2003[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1992, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mencampuri pertikaian Iraq-Kurdish di utara Iraq dengan mewujudkan zon larangan terbang di mana pesawat Tentera Udara Iraq adalah dilarang dari membuat penerbangan di kawasan ini. Tujuan zon larangan terbang adalah untuk mengelakkan kemungkinan pengeboman dan serangan kimia ke atas kaum Kurdish oleh kerajaan Saddam Hussein. Meskipun penguatkuasaan dilakukan berdasarkan Resolusi 688 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, resolusi ini tidak mengandungi kebenaran secara jelas. Di dalam satu ramah dengan John Pilger, Setiausaha Agung PBB semasa resolusi ini tamat iaitu, Boutros Boutros-Ghali mengatakan bahawa zon larangan terbang adalah "tidak sah"[1][2].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bass, Frank. "Prohibited flights not unusual", Associated Press, April 5, 2002. 
  • Wheeler. N, Saving Strangers, 2000, Oxford University Press, Oxford, UK.