Zul Huzaimy
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zul Huzaimy merupakan seorang pelakon di Malaysia yang telah melibatkan diri dalam bidang teater semenjak tahun 1997 dan kini telah berlakon di dalam beberapa filem dan drama tempatan.
Drama bersiri Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha adalah drama bersiri pertama arahannya .Drama itu diadaptasi daripada sebuah novel daripada nama sama itu mempunyai kekuatan dari jalan cerita dan skrip yang baik hasil tulisan Wan Mahani. Seindah Sakura turut dijayakan oleh Datuk Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Ruminah Sidek ditayangkan bermula 7 Mei 2012 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.
Dia dan isterinya Nor Dalilah Muhammad, 29 bercerai pada 2010.
[sunting] Filem lakonan
- Lembing Awang Pulang Ke Dayang - Pelakon Utama
- Wayang - Pelakon Utama
- Senario The Movie: Episode 1 - Artis Jemputan
- Anak Halal - Pelakon Pembantu
- Impak Maksima - Pelakon Utama
- Cinta Yang Satu - Pelakon Utama
- Syaitan - Pelakon Pembantu
- Remp-It - Pelakon Utama
- KL Menjerit 1 - Pelakon Pembantu
- Lang Buana - Pelakon Pembantu
- Embun
- Gedebe
[sunting] Drama
[sunting] Anugerah
- Festival Filem Malaysia Ke-21 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
