Zulhasnan Rafique
| Yang Berhormat Setiawangsa Dato' Sri Zulhasnan Rafique |
|
![]() |
|
|
Menteri Wilayah Persekutuan
|
|
| Tempoh berjawat 18 Mac 2008 – 9 April 2009 |
|
| Digantikan oleh | Raja Nong Chik |
|---|---|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
|
|
|
| Parti politik | |
| Pekerjaan | , Juru terbang, Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Dato' Sri Zulhasnan Rafique (lahir 20 September 1954) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang berkhidmat dari 8 Mac 2008 hingga 9 April 2009 dan bekas juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Di peringkat akar umbi UMNO, beliau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.[1]
Isi kandungan |
Kehidupan Awal [sunting]
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur dan Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum menyertai Sekolah Latihan Penerbangan TUDM, Alor Star, Kedah pada tahun 1973. Zulhasnan yang berkahwin dengan Datin Siti Nooriah Anna Razak.
Kerjaya [sunting]
Sepanjang perkhidmatan bermula tahun 1973, beliau melakar banyak kecemerlangan dan yang paling cemerlang adalah apabila menjadi juruterbang Asia pertama memenangi gelaran Jurulatih Penerbangan Terbaik ketika mengikuti kursus jurulatih penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Diraja British, Leeming, United Kingdom pada tahun 1980.
Beliau memenangi Piala Sekolah Penerbangan Pusat dan Piala Jet ProvostKejayaan itu membolehkan beliau dikurniakan pingat darjah kebesaran negara, Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong pada usia 27 tahun.
Semasa berkhidmat dalam TUDM juga, beliau terlibat dalam beberapa operasi membanteras pengganas komunis antaranya Ops Helang Malindo, Ops Kubay dan Daoyai Musnah. Beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 1985 dengan pangkat Mejar.[2]
Zulhasnan kemudiannya menceburi perniagaan dalam industri petroleum, penerbangan, kejuruteraan awam, bangunan dan marin melalui usaha sama dengan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Politik [sunting]
Beliau mula menceburi politik sebagai Ahli Jawatankuasa, UMNO Bahagian Wangsa Maju pada tahun 1995.
Pada pilihan raya tahun Malaysia 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju mengalahkan calon Keadilan, Marina Yusoff.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau sekali lagi bertanding tetapi bagi kawasan Parlimen jiran yang menjadi kawasan kediamannya, iaitu Parlimen Setiawangsa.
Sekali lagi beliau menang besar dengan menewaskan calon PAS yang juga bekas tentera, Mejar (B) Abdul Rashid Hassan Basri dengan majoriti 19,669 undi.
Pada 27 Mac 2004, selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam senarai Kabinet baru yang dibentuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi telah digugurkan daripada kabinet menteri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri' Najib Tun Razak selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008.
Korporat dan Sosial [sunting]
Dalam aktiviti korporat dan sosial, beliau merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Island & Peninsular Berhad.
Beliau juga merupakan Penaung Kompeni Askar Wataniah bagi kawasan parlimen Wangsa Maju.
Pilihan raya Malaysia 2008 [sunting]
Dalam Pilihan raya mmum Malaysia 2008, Zulhasnan Bin Rafique bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Setiawangsa, negeri Wilayah Persekutuan. Zulhasnan Bin Rafique telah menang dengan mendapat undi sebanyak 25489.
Calon lawan ialah Ibrahim Yaacob dari [[PKR] yang mendapat 17,355 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 78%. Undi rosak sebanyak 918.
Rujukan [sunting]
- ↑ [1], Utusan Online, 19 Oktober 2008.
- ↑ "Ex-pilot scales new heights as Federal Territories minister". TheStar Online. 2006-02-15. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/2/15/nation/13397398&sec=nation. Capaian 2010-01-30.
Pautan luar [sunting]
{{Kotak Jawatan| penyandang terdahulu=Tan Sri Isa Samad| Jawatan=Menteri Wilayah Persekutuan
Februari, 2006 - 2009| penyandang kemudian=Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
