Zulkifli Abdul Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Zulkifli Abdul Wahab adalah Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).Perlantikan beliau menepati undang-undang yang diperuntukkan Akta Koperasi 1993 dan Undang-Undang Kecil KPF.[1]


Beliau berkhidmat dengan Felda selama 30 tahun dan pernah menjadi Pengurus Besar Felda Wilayah Kuantan ; Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.

Zulkifli tidak sekepala dengan Isa Samad berhubung proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.Penyingkiran Zulkifli dari Felda akan menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.Penyenaraian pada Jun 2012 akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF. Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri. [2]

Demo sokong Zulkifli[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2011, sebuah NGO, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dipimpin oleh Mazlan Aliman mengadakan demo di ibu pejabat Felda,Jalan Gurney, Kuala Lumpur.Seramai 50 peneroka Felda bersama ANAK menentang penyingkiran Zulkifli Abdul Wahab dari jawatannya sebagai Pengarah Besar Felda. Mereka membawa sepanduk bertulis "Allah selamatkan Felda dan warganya daripada golongan pengkhianat." Mazlan Aliman adalah juga AJK Pusat PAS.[3]

Harakahdaily melaporkan,pada 9 Disember 2011, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada 11 Disember 2011 .[4] Surat 21 November 2011 daripada Isa Samad kepada Perdana Menteri turut mereka edarkan dalam demo tersebut.[5]

Difahamkan Zulkifli membantah usaha Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.[6]Keputusan melantik Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) pada 25 Ogos 2011, tidak dihadiri Zulkifli. Mazlan Aliman mendakwa pelantikan Isa Samad bertentangan dengan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Kuasa FGHV sangat besar sehingga memberi kesan kepada peneroka Felda. FGHV berkuasa terhadap pajakan tanah Felda seluas lebih 360,000 hektar dan juga hak mutlak ke atas tanaman, hasil jual beli dan juga insentif kerajaan.

Sebelum ini, Shamsuddin Othman selaku Ketua Peneroka Felda Kebangsaan merasa terhina dengan ucapan Isa Samad pada satu majlis terbuka.Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.

ANAK mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap. Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.[7]


Gunting dalam lipatan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Disember 2011, Perkasa mengadakan demo , berarak dari Anjung Felda ke Balai Felda disertai 1000 penyokongnya. Demo ini sebagai reaksi balas demo yang dianjurkan oleh ANAK sebelum ini . Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kesal kerana surat rahsia daripada PM kepada Datuk Zulkifli Abdul Wahab dibocorkan. Mereka melaungkan slogan "hidup Felda", "hancur anak" dan "hancur PAS," kumpulan berkenaan turut membawa kain rentang dengan slogan "kami tolak anasir luar" dan juga "PAS penipu warga Felda."Turut serta ialah peserta Felda, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), anggota Umno dan juga satu NGO pro-Melayu yang berpengkalan di Seremban, Gabungan Memartabat Pemimpin Negara.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]