Zuraida Kamaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen
untuk P99 Ampang, Selangor
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh Dr. Rozaidah Talib (BN)
Majoriti 3,676

Tarikh lahir 14 Mac 1958
Parti politik Lambang keadilan.png PKR
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam
Laman web Blog YB Zuraida Kamaruddin

Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin (lahir 14 Mac 1958) adalah Ahli Parlimen Ampang, Selangor dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Azman Wahid dengan majoriti sebanyak 3,676 undi. Beliau memperolehi 26,995 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 23,319 undi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hajah Zuraida dilahirkan pada 14 Mac 1958 di Bengkulu, Sumatera Indonesia. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Akibat kesukaran hidup, keluarganya telah berhijrah ke Singapura yang ketika itu masih lagi berada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Selepas berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia, keluarganya mengambil keputusan untuk memilih Malaysia sebagai tempat bermaustatin. Selepas itu mereka telah diberi kerakyatan Malaysia. Nama asal mereka sekeluarga juga dipercayai telah ditukar.[perlu rujukan] Kini beliau menetap di Ampang bersama-sama suami dan tiga orang anak.

Beliau memulakan persekolahan rendah di Jalan Eunos Primary School dan seterusnya ke peringkat menengah di Tanjung Katong Girls School, Singapura. Keputusan cemerlang G.C.E ‘O’ Levels dan rekod kecemerlangan aktiviti luar darjah melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di Raffles Institution.[1]

Beliau menyambung pengajiannya dengan mendapat Ijazah Sains Sosial dari Universiti Singapura dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sales and Marketing (UK MITD). Beliau juga telah menyelesaikan pengajian dalam Management Excellence Program (AIM Filipina) dan Marketing Research Advance Program (Taiwan).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkhidmat dalam sektor swasta pada 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun. Selain itu, beliau pernah bekerja di American International Assurance (AIA), Saatchi & Saatchi Advertising, AVON (M) Berhad dan Flaireborne (M) Sdn Bhd.

Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.

Jawatan lain termasuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman. Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]