Pemfrancaisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Francais)

Pemfrancaisan atau pewaralabaan ditakrifkan sebagai amalan pengunaan hak atau kebenaran yang diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kepada pengusaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan (model perniagaan) yang diasaskannya[1] — yakni francais atau francais urus niaga mahupun waralaba, lihat peristilahan — dalam suatu tempoh yang ditetapkan.

Pemberian hak ini dalam sektor makanan segera dapat ditunjukkan pada syarikat seperti Subway, KFC, Pizza Hut dan lainnya. Ia turut boleh dilanjutkan dalam sektor media seperti wayang gambar (misalnya Star Wars) yang turut boleh disebut "francais".

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Istilah francais pinjaman Inggeris franchise daripada istilah Inggeris-Perancis franc iaitu "bebas"[2] lebih merujuk kepada sifat pemeruntukkan barang dagangan ia untuk diusahakan pengusaha yang memohon izin penjualan secara bersyarat.

Istilah waralaba padanan yang dipakai dalam konteks rasmi Indonesia diciptakan Lembaga Pendidikan dan Pembinaan Manajemen negara tersebut hasil lakuran wara yang bermaksud "lebih" dan laba yang bererti "keuntungan".[3][4][5][6]

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pihak yang memegang suatu francais daripada sesebuah syarikat, yakni seorang "penerima" (franchisor), akan membayar kepada syarikat yang memiliki atau "pemberi" francais tersebut (franchisee) tiga jenis bayaran:

  • royalti memegang tanda dagang syarikat
  • bayaran balik atas latihan serta khidmat nasihat yang diberikan kepada pengendali,
  • peratusan jualan sesuatu unit perniagaan yang tertentu.

Sesebuah unit yang dipegang boleh beroperasi secara ekslusif atau sebaliknya. Unit ini biasanya bertahan dalam tempoh yang tertentu (dipecahkan kepada tempoh nasa yang lebih pendek di mana lesen pemfrancaisan ini perlu diperbaharukan apabila tempoh tersebut mencapai penghujungnya) serta berkhidmat di suatu wilayah atau kawasan geografi di sekeliling lokasi francais tersebut. Suatu pemegang atau penerima francais ini boleh menguruskan lebih daripada satu lokasi tapak perniagaan.

Sebanyak 33 buah negara mempunyai undang-undang yang mengawal amalan pemfrancaisan ini secara bulat-bulat, dengan kebanyakan negara lain mempunyai undang-undang yang memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pemfrancaisan.[7]

Aturan undang-undang serantau[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tatacara perniagaan berasaskan "francais" di Malaysia diaturkan Akta Francais 1998 yang mana urusan dikendalikan antara "pemberi" yang memohon bertulis kepada Pendaftar lantikan Menteri dengan "pemegang" yang diberikan hak mengendalikan harta "francais".[8]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Menurut akta undang-undang Indonesia, waralaba ialah sesebuah syarikat didirikan seiring aturan yang ditetapkan dalam Peraturan Pemerintah Nomor 42 tahun 2007 Tentang Waralaba.[4] "Pemberi Waralaba" wajib mendapatkan suatu Surat Tanda Pendaftaran daripada Kementerian Perdagangan dan selepas lulus hendak membutirkan secara bertulis mengenai latihan dan bimbingan dari segi pengurusan, pemasaran kepada pihak Penerima sambil pihak Penerima menjanjikan barangan dan khidmat (jasa) memenuhi "standar yang ditetapkan" di bawah pengawasan Pemerintah dan Pemerintah Daerah.[9]

Singapura[sunting | sunting sumber]

Pencawangan sebarang syarikat "francais" hendaklah diaturkan terdaftar bersama Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Accounting and Corporate Regulatory Authority, ACRA) sebelum perniagaan dapat diteruskan lanjut. Kod dan etika pemfrancaisan dalam negara itu ditetapkan Persatuan Francais dan Pelesenan (Franchising and Licensing Authority, FLA) yang wajib dipatuhi mana-mana syarikat pemfrancais yang ingin menganggotai badan penguasa tersebut.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Carian Umum - 'francais'". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  2. ^ "franchise" Online Etymology Dictionary
  3. ^ P. Lindawaty S. Sewu. "Tinjauan Bisnis, Perkembangan, Serta Jenis & Pola Franchise". Jurnal Manajemen Maranatha. Universitas Kristen Maranatha, Bandung. 1 (2): 91.
  4. ^ a b Karamoy, Amir (2013). Waralaba - Jalur Bebas Hambatan Menjadi Pengusaha Sukses. Gramedia Pustaka Utama. m/s. 1. ISBN 9789792278156.
  5. ^ Franchise Untuk Orang Awam. PT Gramedia Pustaka Utama. ISBN 9789792243680.
  6. ^ "'laba' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ "International Franchise and Distribution". DLA Piper. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2012. Dicapai pada 2 Februari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Akta 590 Akta Francais 1998
  9. ^ "Peraturan Pemerintah Nomor 47 tahun 2007 tentang Waralaba". Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia
  10. ^ Max Ng Chee Weng, Maan Kaur Baja (2009). "Singapore" dalam Philip F Zeidman (peny.) Franchise in 33 jurisdictions worldwide. m/s. 160-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]