Pertempuran Camperdown

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Camperdown, 11 Oktober 1797 oleh Thomas Whitcombe, dilukis tahun 1798, menunjukkan kapal pemerintah British Venerable bertempur dengan kapal pemerintah Belanda Vrijheid.

Pertempuran Camperdown merupakan pertempuran laut Perang revolusi Perancis, berlaku pada 11 Oktober 1797 antara angkatan Belanda di bawah pemerintahan Laksamana de Winter dan angkatan British di bawah pemerintahan Laksamana Adam Duncan.

Sepanjang 1797 Duncan telah menghadang angkatan Belanda di Den Helder dan Texel. Angkatan Belanda bertujuan untuk melindungi pendaratan tentera Perancis di Ireland bagi menyokong pemberontakan, jadi apabila Duncan membawa angkatannya ke Yarmouth untuk bekalan, pihak Belanda mengambil peluang untuk berlayar keluar ke Laut Utara. Pihak British, diberitahu oleh pelayar Black Joke, mengejar.

Kedua pasukan bertembung 18 batu dari pantai Belanda, pihak British dengan 24 buah kapal dan Belanda dengan 25 buah kapal. Pihak British menyerang dalam serangan dua barisan mendahului pertempuran Trafalgar lapan tahun kemudian, dengan Timbalan Laksamana Admiral Onslow memerintah satu division dari kapal Monarch, dan Duncan memerintah dari kapal Venerable. Venerable menembusi baris Belanda dan menyerang kapal pemerintah de Winter, Vrijheid, dari arah angin terlindung.

Pihak British menawan sebelas kapal termasuk kapal Jupiter dan Vrijheid (kedua-duanya mempunyai 74 meriam), tetapi pada masa yang sama tidak berupaya untuk mengejar bakinya. Kerugian di pihak British adalah 220 terbunuh dan 812 tercedera; kerugian di pihak Belanda adalah 540 terbunuh dan 620 tercedera.

Hasil dari keputusan pertempuran ekspedisi Perancis ke Ireland tergendala ke Ogos 1798, sebelum dibatalkan akibat cuaca buruk.