Tulisan Sunda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara Sunda
ᮃᮊ᮪ᮞᮛ ᮞᮥᮔ᮪ᮓ
Jenis
BahasaSunda
Tempoh masa
Abad ke-14 hingga ke-18 dan kini
Aksara induk
Aksara kerabat
Bali
Batak
Jawa
Lontara
Rencong
Rejang
Tagbanwa
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Sund, 362
Alias Unikod
Sundanese

Tulisan Sunda (b. Sunda: ᮃᮊ᮪ᮞᮛ ᮞᮥᮔ᮪ᮓ, aksara Sunda) ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata yang digunakan oleh orang Sunda untuk menulis dalam bahasa Sunda. Tulisan ini merupakan keturunan tulisan Brahmi melalui tulisan Pallava. Tulisan ini muncul pada sekitar kurun ke-14 dan digunakan sehingga pada kurun ke-19 apabila abjad Rumi diperkenalkan sebagai sistem tulisan rasmi bagi bahasa Sunda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, iaitu pada sekitar kurun kelima hingga kelapan, tulisan Pallava digunakan di Jawa Barat untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. Kemudian, pada kurun ke-14, tulisan Sunda Kuno (Sunda Kuna) muncul. Tulisan ini digunakan oleh Kerajaan Sunda sehingga ke kurun ke-18. alam tempoh tersebut, beberapa sistem tulisan lain juga diperkenalkan, antaranya ialah tulisan Jawa yang digunakan pada kurun ke-17 sehingga kurun ke-19, dan tulisan Arab (Pegon?) yang digunakan pada kurun ke-17 sehingga pertengahan kurun ke-20. Bermula pada kurun ke-20, abjad Rumi digunakan sebagai sistem tulisan rasmi untuk bahasa Sunda.

Tulisan Sunda moden telah dipiawaikan pada tahun 1996 dan dinamakan Sunda Baku. Tulisan ini mempunyai sedikit perbezaan dengan Sunda Kuno.

Bukti penggunaan tulisan Sunda yang terawal ialah penemuan beberapa batu bersurat di Kawali, Jawa Barat.

Abjad[sunting | sunting sumber]

Tulisan Sunda merupakan sistem tulisan abjad suku kata. Setiap huruf mewakili suku kata yang terdiri daripada dua bunyi, iaitu konsonan dan vokal. Setiap huruf mempunyai bunyi vokal asal /a/, tetapi bunyi vokal tersebut boleh dibatalkan dan digantikan dengan bunyi-bunyi lain dengan menggunakan tanda diakritik.

Huruf asas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 25 huruf asas (b. Sunda: aksara ngalagena) dalam abjad Sunda. Huruf-huruf ini disusun mengikut turutan Brahmi.

ka qa ga nga ca ja za nya
ta da na pa fa va ba ma
ya ra la wa sa xa ha kha sya

Huruf vokal[sunting | sunting sumber]

Huruf vokal (b. Sunda: aksara vokal mandiri) digunakan untuk melambangkan suku kata yang bermula dengan bunyi vokal dan tidak mempunyai konsonan. Terdapat tujuh macam huruf vokal:

a i u e o é eu

Tanda diakritik[sunting | sunting sumber]

Tanda vokal (b. Sunda: aksara swara) ditambahkan pada huruf asas untuk mengubah bunyi vokalnya.

panghulu - untuk bunyi /i/
panyuku - untuk bunyi /u/
pamepet - untuk bunyi /ǝ/
panolong - untuk bunyi /o/
panéléng - untuk bunyi /e/
paneuleung - untuk bunyi eu

Selain itu, terdapat juga beberapa tanda lain yang membatalkan bunyi vokal /a/ pada huruf asas dan menggantikannya dengan bunyi lain.

pamingkal - untuk bunyi ya
panyakra - untuk bunyi ra
panyiku - untuk bunyi la
pamaeh - untuk tiada bunyi (baris mati)
panyecek - untuk bunyi ng
panglayar - untuk bunyi r
pangwisad - untuk bunyi h

Angka[sunting | sunting sumber]

Angka dalam tulisan Sunda menggunakan sistem nombor perpuluhan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

Tanda baca[sunting | sunting sumber]

Tulisan Sunda tidak mempunyai sebarang tanda baca khusus. Kesemua tanda baca dipinjam daripada tulisan Rumi, umpamanya koma, noktah dan tanda soal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Rancangan Pembakuan Aksara Sunda. Hardjasaputra, A. Sobana, Tedi Permadi, Undang A. Darsa, & Edi S. Ekadjati. 1998. Bandung.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]