Kalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebatang kalam dari zaman Mesir Purba s. 580–640 M

Kalam (Jawi: قلم‎, serapan Arab: قَلَم, rumi: qalam meminjam perkataan Yunani Purba κάλαμος kálamos)[1][2] ialah sejenis alat tulis yang dibuat dari batang tumbuhan keras seperti tangkai gelagah, buluh, daun pelepah pokok atau rumput yang dipotong dan diraut.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Tamadun-tamadun purba seperti di Mesopotamia dan Sumer menggunakan batang kalam ini untuk menulis catatan secara menekan pada papan tanah liat meninggalkan tanda seakan paku dengan makna khusus.[3]

Bahan ini mula diperkenalkan dalam masyarakat alam Melayu seiring alat bersurat lain seperti kertas dan dakwat dengan tersebarnya ajaran Islam dari Timur Tengah.[4]

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Kalam digunakan dalam kalangan masyarakat didatangkan dari dua bahan sama ada dari batang resam mahupun dari daun pelepah enau atau kabung.[2][4][5] Kalam batang resam lebih digemari berbanding kalam kabung kerana sifat batang resam yang kukuh tapi murah diraut halus serta banyak ditemukan di mana-mana tempat berbanding pokok kabung yang keras dan lebih didapati di kawasan hutan belukar.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gacek, Adam (2008). The Arabic Manuscript Tradition: A Glossary of Technical Terms. Leiden: Brill. m/s. 65. ISBN 9789004120617.
  2. ^ a b "kalam". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ Cammarosano, Michele. "Cuneiform Writing Techniques in the Ancient Near East". Cuneiform Digital Library Initiative. Universiti California, Los Angeles, Universiti Oxford &Institut Sejarah Sains Max Planck. Dicapai pada 23 November 2021.
  4. ^ a b Siti Hawa Haji Salleh (1997). Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 6–7. ISBN 9789836252296.
  5. ^ a b Siti Mariani S.M. Omar. (2002). Warisan Manuskrip Melayu: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.