Laksa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksa
Laksa pertama iaitu Asam Laksa asal Kedah dan Pulau Pinang
JenisNoodle soup, makanan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianTengah hari & Petang
Tempat asalKedah dan Pulau Pinang
Kawasan/rantauMalaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Melaka
Masakan berkaitanMalaysia, Singapura , Selatan Thailand , Indonesia
Dicipta olehCina, Baba Nyonya dan Melayu
Bahan utamaMi,rempah, santan, ulam ,otak udang,sambal belacan atau minyak cili & ikan , ayam dan udang
Bahan yang biasa digunakanDaging ayam, Bihun, telur ayam, Anak benih, Ruku-ruku, Indonesian bay leaf, daun serai, Lengkuas, santan, bawang merah, bawang putih, Cili, ginger, Cekur putih, turmeric rhizome, coriander seed, gula Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiLaksa Utara , Laksa Nyonya , Laksa Pantai timur , Laksa Johor , Laksa Kari
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laksa (Jawi: لقسا; Cina: 叻沙) merupakan sejenis makanan mi berkuah pedas yang terdapat serata Nusantara[1][2] khususnya dalam kalangan masyarakat Cina,Baba Nyonya dan Melayu. Ia menjadi makanan kebangsaan di Malaysia [3] juga terdapat di Singapura ,[4] selatan Thailand [5] dan Indonesia [6]

Bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan , daun kesum , otak udang dan asam gelugur hanya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Selatan Thailand , Kedah , Pulau Pinang dan Perlis . Laksa pertama tercipta ialah Asam laksa di Pulau Pinang dan Kedah iaitu kaum cina . Jenama Maggi Malaysia perkenalkan produk baharunya iaitu Laksa Warisan makanan warisan Malaysia [7]

Bahan Utama[sunting | sunting sumber]

Daun Kesum atau Daun Laksa
Asam gelugur atau Asam keping
Bunga kantan


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Laksa ialah salah satu hidangan paling popular asal dari Asia Tenggara, dengan pelbagai jenis bahan yang digunakan dan proses penyediaan yang berbeza mengikut wilayah masing-masing. Oleh itu, laksa mempunyai pelbagai jenis di seluruh wilayah ini, sukar untuk menentukan asal usul hidangan ini dengan tepat. Namun begitu, beberapa resipi laksa telah dibangunkan di sepanjang saluran perdagangan Asia Tenggara—di pelabuhan yang terletak di Pulau Pinang, Medan, Melaka, Singapura, Palembang dan Batavia (kini Jakarta); merupakan persinggahan utama di sepanjang laluan rempah-rempah yang bersejarah. Hubungan perdagangan yang intensif antara bandar pelabuhan ini membolehkan pertukaran idea berlaku, termasuk perkongsian resipi.[8]

Terdapat pelbagai teori tentang asal usul laksa. Salah satunya ialah perkataan "laksa" berasal daripada perkataan Parsi purba untuk "mi".[9] Menurut Denys Lombard dalam buku Le carrefour Javanais. Essai d'histoire globale II, yang diterbitkan pada tahun 2005, salah satu catatan terawal perkataan laksa untuk menggambarkan mi telah ditemui dalam prasasti Biluluk Jawa bertarikh 1391 pada era Majapahit, yang menyebut perkataan "hanglaksa". "Hanglaksa" dalam bahasa Kawi bermaksud, "pembuat bihun".[10] Perkataan laksa juga mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[11]), merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Istilah laksa atau lakhshah juga dipercayai berasal daripada bahasa Parsi atau bahasa Sanskrit yang merujuk kepada sejenis bihun.

Satu lagi teori tentang asal-usul hidangan ini bermula pada ekspedisi tentera laut Cina Dinasti Ming pada abad ke-15 yang diketuai oleh Zheng He, yang di mana armadanya mengemudi Maritim Asia Tenggara.[9] Walau pun begitu, orang Cina seberang laut telahpun menetap lebuh awal di pelbagai bahagian di Maritim Asia Tenggara, berbanding ekspedisi Zheng He. Disebabkan hal itu, bilangan pendatang dan pedagang Cina meningkat dengan ketara. Lelaki Cina berkahwin campur dengan penduduk tempatan, dan bersama-sama mereka membentuk masyarakat bercampur yang dipanggil Cina Peranakan atau Cina Selat dan Baba dan Nyonya.[9] Di Malaysia, varian laksa terawal dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Cina Peranakan di Melaka.[12]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Perkataan laksa berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[13]) , merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan . Laksa berasal dari Malaysia iaitu di negeri  Kedah dan  Pulau Pinang . Laksa sangat terkenal di Malaysia seperti  Kedah ,  Pulau Pinang , Perlis , Terengganu , Kelantan ,  Pahang ,  Melaka ,  Johor dan  Sarawak .

Laksa berasal daripada Semenanjung Utara Malaysia iaitu di  Kedah dan  Pulau Pinang . Laksa pertama dihasilkan ialah Asam Laksa. Kemudian di inovasi oleh Cina Peranakan Malaysia iaitu Laksa Nyonya di  Melaka . Lalu tersebar di Asia tenggara. Makanan ini telah sebati dalam budaya Cina, Melayu dan Peranakan Malaysia. Di makan dengan makanan sampingan seperti Sambal Belacan ataupun olahan Minyak cili.

Laksa Utara[sunting | sunting sumber]

Laksa Utara seperti Asam Laksa, Laksa Penang di Pulau Pinang , Laksa Kedah di Kedah , Laksa Perlis di Perlis , sempadan Malaysia-Thailand Selatan Thailand. Bahan utama iaitu ikan seperti ikan kembong ataupun ikan tenggiri , bagi rakyat marhaen mereka menggunakan ikan kembong dan ikan selayang bagi yang berkemampuan mereka menggunakan ikan tenggiri . Laksa utara tidak menggunakan santan.

Laksa Pantai Timur[sunting | sunting sumber]

Di Pantai Timur pula ada Laksam dan Laksa Pantai Timur di negeri Terengganu , Kelantan , sempadan Pahang , sempadan Malaysia - Thailand Selatan Thailand. Bahan utama kedua juadah ini sama seperti Laksa Utara tetapi . Bagi Laksam, Mi Laksa di ganti dengan Lempeng yang dipotong secara memanjang, Laksam dan Laksa Pantai Timur berwarna kelabu kerana isi ikan tanpa cili kisar.

Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya[sunting | sunting sumber]

Ada dua versi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya dalam masyarakat Cina Peranakan Malaysia dan ikut lidah Orang Barat atau Mat Salleh seperti Laksa Nyonya di Melaka dan Laksa Sarawak di Sarawak . Pada awalnya Laksa Cina Peranakan variasi pertama bermula dari Melaka iaitu Laksa Nyonya. Bahan utama Laksa Cina Peranakan ialah udang ataupun ayam dan semestinya bahan utama santan.

Laksa Johor[sunting | sunting sumber]

Versi Laksa masyarakat melayu Malaysia pula adalah Laksa Kari dan Laksa Johor .

Laksa kari hampir sama dengan Mi Kari, ramai yang mengatakan Laksa Kari dan Mi Kari adalah kuah yang sama , walaupun rupa bentuk kedua juadah ini hampir sama sebenarnya ada perbezaan . Laksa Kari bahan utama perlu ada rempah kari , ayam dan santan , Santan yang pekat itu dapat dibezakan dengan kuah Mi Kari , kuah Mi Kari lebih terasa kari berbanding rasa santan. Seterusnya Laksa Johor berasal daripada negeri Johor , kisahnya bermula daripada Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor atau di kenali Sir Abu Bakar , ingin menyantap Laksa yang belum pernah baginda rasa . Lalu Cef di dapur mendapat idea untuk membuat olahan baru untuk kuah Laksa dan Mi Laksa, Mi Laksa itu di ganti dengan spageti , Bahan utama Laksa Johor ialah ikan tenggiri , rempah kari dan santan.

Laksa Melayu dan Baba Nyonya[sunting | sunting sumber]

Laksa Lemak berasal daripada Melaka ia dihasilkan antara perpaduan antara Melayu dan Baba Nyonya , Laksa Lemak berbeza dengan Laksa Nyonya dan Laksa Katong .

Sebar di Singapura Indonesia[sunting | sunting sumber]

Laksa Katong di Singapura , Laksa Betawi di Indonesia dan Laksa Siam di Thailand tergolong dalam Laksa Peranakan .

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Laksa berasal daripada Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah dan Pulau Pinang menghasilkan Asam Laksa. Kemudian tercipta variasi baru di Melaka iaitu Laksa Nyonya yang tersebar menjadi pelbagai variasi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya

Laksa Utara

° Cina Kedah :

° Asam Laksa iaitu Laksa pertama terhasil di  Kedah

° Melayu utara :

° Laksa Kedah asal  Kedah

° Laksa Penang asal  Pulau Pinang

° Laksa Perlis asal  Perlis.

Laksa Johor dan Laksa Kari

° Melayu Johor :

° Laksa Johor asal  Johor

° Laksa Kari asal Johor

Laksam dan Laksa Pantai Timur

° Melayu Pantai Timur :

° Laksam asal Kelantan

° Laksa Kelantan asal  Kelantan

° Laksa Terengganu asal  Terengganu

° Laksa Pahang asal  Pahang

Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya

° Cina dan Cina Peranakan / Baba Nyonya :

° Laksa Nyonya variasi pertama asal  Melaka

° Laksa Sarawak asal  Sarawak

° Laksa Katong asal  Singapura

° Laksa Betawi asal  Indonesia

° Laksa Siam asal  Thailand

Laksa Melayu dan Baba Nyonya

° Melayu dan Baba Nyonya :

° Laksa Lemak asal  Melaka

Galeri[sunting | sunting sumber]

Laksa Penang asal Pulau Pinang
Laksa Kedah asal Kedah
Laksa Kelantan asal Kelantan
Laksa Nyonya asal Melaka variasi pertama Laksa Nyonya


Laksa Sarawak asal Sarawak
Laksa Katong asal Singapura
Laksa Johor asal Johor
Laksa Kari asal Johor
Laksa Betawi asal Betawi

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, sebagai sebahagian daripada latihan penjenamaan makanan kebangsaan Malaysia, Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen cuba menuntut pemilikan untuk hidangan serantau seperti Laksa, nasi ayam Hainan dan Bak Kut Teh, dengan mendakwa bahawa orang lain telah "merampas hidangan mereka". Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dengan jiran serantaunya.[14][15][16] Ng kemudiannya, menjelaskan bahawa dia telah disalah petik mengenai niatnya untuk mempatenkan makanan itu, dan bahawa kajian tentang asal-usul makanan itu akan dijalankan "dan permohonan maaf disampaikan jika ia salah dituntut." Sehingga kini, hasil kajian itu masih belum didedahkan kepada umum.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siobhan Hegarty (6 February 2017). "Think you know laksa? Think again". SBS.
  2. ^ "Laksa Lemak Recipe – Malaysia (Gordon's Great Escape)". 23 May 2011.
  3. ^ Ahmad Robani. "Variasi Laksa di Malaysia". Himpunan Laksa.
  4. ^ "Singapore Laksa: A local favourite". STB. Singapore Tourism Board. 19 September 2019.
  5. ^ "เปิบเมนูเด็ด ต้นตำรับความอร่อยทั่วทิศ". Thairath (dalam bahasa Thai). 9 Julai 2014. Dicapai pada 24 Jun 2015.
  6. ^ Ricky Halim (5 Ogos 2015). "6 LAKSA Khas Indonesia Paling ENAK Yang Harus Kamu Coba!". Qraved.
  7. ^ Maggi Laksa Warisan https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-mi-goreng-laksa-warisan/
  8. ^ Urvija Banerji (8 January 2016). "How Intermarriage Created One of the World's Most Delicious Foods". Atlas Obscura.
  9. ^ a b c @NatGeoUK (9 February 2019). "Deconstructing laksa, the fusion dish of Malaysia and Singapore". Deconstructing laksa, the fusion dish of Malaysia and Singapore | National Geographic. Dicapai pada 18 June 2019.
  10. ^ Melati Mewangi (2021-12-01). "Sluuurps.. Nikmatnya Mi Nusantara". Tutur Visual - Kompas.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-06.
  11. ^ Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  12. ^ Lara Dunston (24 October 2012). "Laksa: Discovering Malaysia's signature dish". Asian Correspondent.
  13. ^ Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  14. ^ "Laksa: Discovering Malaysia's signature dish". Asian Correspondent. 24 October 2012. Dicapai pada 11 January 2016. Although laksa can also be found in Indonesia and Singapore, it is Malaysian in origin and Malaysia remains the best place to try it in its many forms.
  15. ^ ENG HOCK, TEH (17 September 2009). "Laksa and nasi lemak among our pride, says Yen Yen". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018. Dicapai pada 11 January 2016. There were many dishes synonymous with Malaysia's identity but they had been "hijacked" by other countries.
  16. ^ Loh. "Food fight! Malaysia wants its 'unique' dishes back". Dicapai pada 21 September 2009.
  17. ^ ENG HOCK, TEH (23 September 2009). "No intention to patent local food, Dr Ng says". The Star Online. Dicapai pada 12 January 2016. Dr Ng said a study on the origins of foods in the country would be conducted and an apology conveyed if it was wrongly claimed..

Pautan luar[sunting | sunting sumber]