Pili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pili
Buah pili baru dipetik
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
ovatum
Nama binomial
C. ovatum

Pili (nama saintifik: Canarium ovatum) ialah suatu spesies tumbuhan dari genus Canarium yang bertaburan asal di daerah Bicol merangkumi sebahagian semenanjung Bicol tenggara Luzon dalam kepulauan Filipina;[2][3] ia turut tersebar ke rantau Visayas dan Mindanao.[4]

Pokok-pokok dari spesies ini ditanam secara komersil untuk mendapatkan biji yang boleh dimakan ("kacang pili").[3] Rupa biji ini yang agak sama dengan yang ada pada spesies-spesies Canarium lain menjadikan ia kadangkala dinamakan sebagai "kacang kenari" (terutamanya di Indonesia) walaupun berbeza spesies.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok pili jenis malar hijau menumbuh setinggi 20 meter. Kayunya keras berdamar mampu menahan tiupan angin kencang.[5]

Bunga yang dihasilkan jenis dwijantina muncul pada ketiak daun; pokok pili sering berbunga disenyawakan serangga sebelum berbuah setelah tempoh tertentu.[5] Buah dihasilkan jenis drupa dengan panjang 4-7 sm dengan berat antara 15.7 hingga 45.7 gram; buah pili berkulit licin dengan warna hijau apabila muda masak menjadi hitam keunguan setelah matang. Isi buahnya sangat berserabut hijau kekuningan.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah muda boleh dimakan secara dijeruk.[3] Isi buah selepas diambil bijinya boleh diperah mendapatkan suatu minyak yang diterapkan baik untuk tujuan makanan mahupun dalam kosmetik sebagai bahan pelembap kulit.[3][6]

Bijinya merupakan bahan utama dalam membuat kuih bubengka yang didapati dalam masakan orang-orang Minahasa dan Maluku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Energy Development Corporation (2020). "Canarium ovatum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 27 Julai 2020.)
  2. ^ "Canarium ovatum Engl". Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Kew Science. Dicapai pada 26 April 2021.
  3. ^ a b c d Pham LJ, Dumandan NG (2015). "Philippine Pili: Composition of the lipid molecular species". Journal of Ethnic Foods. 2 (4): 147–153. doi:10.1016/j.jef.2015.11.001.
  4. ^ Zawiah Ngah; Othaman Hasin (2012). 99 spesies buah di FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 74. ISBN 9789675221859.
  5. ^ a b Chandler, W. H. 1958. Evergreen orchards. Lea & Febiger, Philadelphia.[halaman diperlukan]
  6. ^ Salonga, Bianca (26 November 2017). "Pili Oil Is The New Superfood For Skin That Deeply Nourishes and Protects". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]