Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 30: | Baris 30: | ||
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 memiliki 1022 pelajar lelaki dan 958 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1980 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru. |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 memiliki 1022 pelajar lelaki dan 958 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1980 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru. |
||
Sekolah yang |
Sekolah yang luarbiasa di Selangor |
||
Anas Darwish merupakan pelajar terbaik dan contoh pelajar sedawarsa sekolah pada tahun 2019. |
Anas Darwish merupakan pelajar terbaik dan contoh pelajar sedawarsa sekolah pada tahun 2019. |
Semakan pada 17:21, 16 Jun 2023
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 | |
---|---|
Lokasi | |
Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | ILMU PENCETUS MINDA |
Nombor sekolah | 0390757952 |
Kod sekolah | BBA4055 |
Pengerusi PIBG | YDP PIBG Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Nor |
Guru besar | Puan Muhayon binti Mashod |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zubaidah binti Muhammad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mazri bin Ahmad |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Zuhailah binti Semail |
Faks | 0390756952 |
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 atau nama ringkasnya SK Bandar Tun Hussein Onn 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 memiliki 1022 pelajar lelaki dan 958 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1980 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.
Sekolah yang luarbiasa di Selangor
Anas Darwish merupakan pelajar terbaik dan contoh pelajar sedawarsa sekolah pada tahun 2019.
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) mula dibina pada 1999. Bangunan sekolah ini digunakan secara rasmi pada bulan Jun 2003. Sepatutnya P & P bermula pada Januari 2003 tetapi bangunan ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diberi, jadi seluruh warga sekolah ini terpaksa menumpang selama 6 bulan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn. Pada 1 November 2002, Puan Mordziyah bt Bidin selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Puan Zaiton bt Salim Guru Penolong Kanan HEM ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) untuk mengurus kemasukan murid-murid dan guru-guru bagi persekolahan sesi 2003.
Semasa sekolah dibuka bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan empat tingkat iaitu blok A, B dan C, serta Dataran Ilmu tempat murid-murid berhimpun. Sekarang bangunan sekolah ini mempunyai 31 buah bilik darjah. Kemudahan bilik khas pula khas bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik kaunseling, pusat Sumber Sekolah, bilik muzik, surau, bilik rawatan, bilik persalinan, makmal komputer, 1 & 2 bilik pendidikan seni dan beberapa buar stor am.
Pada Januari 2007 kelas pra sekolah telah dibuka dengan jumlah murid 25 orang, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid N17.
Sebuah bangunan baru setingkat yang mempunyai 4 buah bilik darjah telah dibina pada bulan November 2008 bagi menampung bilangan murid tahun satu yang akan bersekolah pada Januari 2009. Bagi keperluan 2010 dua buah kabin telah dipasang untuk menempatkan 4 buah kelas apabila berlaku pertambahan murid.
Sekolah ini besar dan luas . Anas Darwish pelajar terbaik pada tahun 2019 telah mendapat anugerah "Tokoh Pelajar Cemerlang" dalam semua mata pelajaran.
Kini, sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu Tuan Haji Zainuddin bin Mohd Ali dan dibantu oleh barisan penolong kanan, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zubaidah bt Muhammad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mazri bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Zuhailah bt Semail, Guru Penolong Kanan Petang, Encik Jamil bin Mat Nor serta disokong oleh PIBG yang diterajui oleh Sahibul Fadhilah Al Hafiz Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Nor.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
- Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn
- 43200 Cheras,Selangor
- Malaysia.
- Telefon = 0390757952
- Fax = 0390756952