Aisha Retno: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Manual revert Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29: Baris 29:
}}
}}


'''Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam''' (lahir 1 Ogos 2000) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, "Mengikat Jiwa". Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur ''[[Vokal Mania]]''.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/661509/aisha-galas-tanggungjawab-besar|title=Aisha galas tanggungjawab besar|author=Georgie Joseph|publisher=[[Harian Metro]]|date=8 Januari 2021|accessdate=24 Januari 2021}}</ref> Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta ''[[Big Stage]]'' [[Big Stage (musim 4)|musim keempat]] dan telah memenangi tempat ketiga.<ref>{{cite news|url=https://www.kosmo.com.my/2022/01/19/big-stage-2022-kembali-tegar-jerung-merah-antara-yang-bertanding/|title=Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding|author=Sairul Zamri Misrani|publisher=[[Kosmo!]]|date=19 Januari 2022|accessdate=20 Januari 2022}}</ref><ref name="Sisi lain">{{cite news|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/big-stage-2022-aisha-retno-bersedia-untuk-tampil-dengan-sisi-lain-342508|title=Big Stage 2022: Aisha Retno bersedia untuk tampil dengan sisi lain|author=Asyraf Roslan|publisher=[[Astro Awani]]|date=20 Januari 2022|accessdate=26 Januari 2022}}</ref>
'''[[Sayyid|Sharifah]] Aisha Retno binti [[Sayyid|Sayed]] Sipulijam''' (lahir 1 Ogos 2000) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, "Mengikat Jiwa". Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur ''[[Vokal Mania]]''.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/661509/aisha-galas-tanggungjawab-besar|title=Aisha galas tanggungjawab besar|author=Georgie Joseph|publisher=[[Harian Metro]]|date=8 Januari 2021|accessdate=24 Januari 2021}}</ref> Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta ''[[Big Stage]]'' [[Big Stage (musim 4)|musim keempat]] dan telah memenangi tempat ketiga.<ref>{{cite news|url=https://www.kosmo.com.my/2022/01/19/big-stage-2022-kembali-tegar-jerung-merah-antara-yang-bertanding/|title=Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding|author=Sairul Zamri Misrani|publisher=[[Kosmo!]]|date=19 Januari 2022|accessdate=20 Januari 2022}}</ref><ref name="Sisi lain">{{cite news|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/big-stage-2022-aisha-retno-bersedia-untuk-tampil-dengan-sisi-lain-342508|title=Big Stage 2022: Aisha Retno bersedia untuk tampil dengan sisi lain|author=Asyraf Roslan|publisher=[[Astro Awani]]|date=20 Januari 2022|accessdate=26 Januari 2022}}</ref>


==Kerjaya==
==Kerjaya==

Semakan pada 13:05, 24 September 2023

Aisha Retno
Kelahiran
Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam

(2000-08-01) 1 Ogos 2000 (umur 23)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2018–kini
Ibu bapa
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, R&B, soul
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Yuka Kharisma, Khodi, Sandra Dianne

Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam (lahir 1 Ogos 2000) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, "Mengikat Jiwa". Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania.[1] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah memenangi tempat ketiga.[2][3]

Kerjaya

Mewarisi bidang muzik daripada ibunya yang berwarganegara Indonesia, Jean Retno Aryani yang merupakan bekas penyanyi era 1980-an sezaman dengan Hetty Koes Endang,[4] Aisha Retno mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia lima tahun dan sewaktu di bangku sekolah, beliau pernah menyertai pertandingan nyanyian. Aisha lebih menjurus kepada genre nasyid semasa sekolah rendah. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Emas sehingga peringkat kebangsaan mewakili Kuala Lumpur semasa menduduki Tingkatan 4.[4]

Kerjaya muzik profesional Aisha bermula apabila beliau mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia, seterusnya merakamkan single sulungnya, "Mengikat Jiwa". Dikeluarkan pada 2018, lagu ini ialah hasil nukilan komposer Indonesia, Aldi Nadi Permana dan menjalani rakaman di republik itu.[5] Pada 25 Februari 2020, beliau bersama Khodi dan Sandra Dianne menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.[6]

Pada Ogos 2020, beliau berduet bersama Yuka Kharisma menerusi lagu bertajuk "Terima Kasih",[7] selain itu, Aisha turut mengambil bahagian dalam kempen Bring The Beat anjuran Sony Music yang bertujuan menggalakkan artis naungannya untuk hasilkan lagu bagi mengembangkan daya kreatif mereka.[7] Artis yang terlibat ialah Benzooloo, Sandra Dianne dan B-Heart.[7]

Aisha paling dikenali sebagai salah seorang daripada 24 penyanyi amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam rancangan Vokal Mania yang disiarkan di TV3 yang turut disertai oleh Wafariena Roslan dan Afieq Shazwan. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Rookie manakala Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Idol.[8][9] Pada Januari 2021, Aisha melancarkan single ketiganya, "Cinta Denganmu".[10]

Pada 9 Disember 2021, Aisha melancarkan lagu bahasa Inggeris sulungnya, "W.H.U.T." yang bermaksud "Wanna Hold U Tight" yang telah meraih penstriman lebih dua puluh (20) juta di Spotify.[11] Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Tuah Adzmi, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin.[3] Aisha telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Big Stage musim keempat.

Aisha turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cangkul dengan memegang watak sebagai Zura, kemudian muncul dalam drama Gadis Muzikal dengan memegang watak sebagai Melly.[12]

Kehidupan peribadi

Aisha Retno berdarah kacukan Melayu-Indonesia. Beliau ialah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Jean Retno Aryani, penyanyi veteran Indonesia dan Sayed Sipulijam Sayed Alwee, ahli perniagaan. Aisha mempunyai seorang adik, Sayed Abu Hanifa Radityo. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya (UM).[7]

Di waktu lapangnya, Aisha mempunyai hobi memelihara kucing.[13][14]

Diskografi

Big Stage Musim 4

Berikut ialah senarai persembahan Aisha dalam Big Stage Musim 4:

Minggu Lagu Penyanyi Asal Markah Juri Kedudukan
Minggu 1 Teman Iman Troye 84.40% Pertama
Minggu 2 Lalisa Lisa 75.20% Ke-3
Minggu 3 Kesetiaan Siti Sarah 82.00% Pertama
Minggu 4 Lathi Weird Genius ft. Sara Fajira 89.60% Pertama
Minggu 5 Cindai Dato' Sri Siti Nurhaliza 91.20% Ke-2
Minggu 6 Bengawan Solo Hetty Koes Endang 97.00% Pertama
Minggu 7 (Separuh Akhir) Sumpah Aina Abdul 87.80% Ke-2
Minggu 8 (Akhir) Fallin' Alicia Keys 71.04% Tempat ke-3
Semua Jadi Satu 3 Diva

Single

Tahun Tajuk Album Nota Jumlah Strim di Spotify

(08 June 2023)

2018 "Mengikat Jiwa" Single - 498,692
2020 'Menjelang Hari Raya" - 76,243
2021 "Cinta Denganmu" OST. Takdir Yang Tertulis 441,875
"Nukilanku" OST. Masih Ada Rindu 113,258
"W.H.U.T." - 50,140,679
2022 "Pencarianku" - 455,629
''SUTERA'' - 278,385
"I.L.S.M (I Love Sadness More) - 1,455,240

Single Kolaborasi/Duet

Tahun Tajuk Album Nota Jumlah Strim di Spotify

(08 Jun 2023)

2020 "Terima Kasih" Single Duet bersama Yuka Kharisma 76,063
2021 "Pulang Di Hari Raya" Duet bersama Waheeda Bonn 27,140
2023 "JARAK" Duet bersama Aziz Harun 319,685

Filemografi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Vokal Mania Dirinya sendiri TV3 Juara Rookie
2022 Big Stage (musim 4) Astro Ria Tempat Ke-3
Gempak TV Pengacara undangan -
2023 Reporting For Duty Dirinya sendiri Program Realiti
Bigstage 2023 Capsule Pengacara -

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Cangkul Zura Astro Citra Lakonan pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Gadis Muzikal Melly TV3 Drama pertama

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon [15]
2023 Spotify Wrapped 2022 Awards Top Radar Artist SG & MY 2022 Dirinya sendiri Menang
Top 10 of Asia: Personality of The Year Award 2022/23 Malaysia Young Music Icon Dirinya sendiri Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

  1. ^ Georgie Joseph (8 Januari 2021). "Aisha galas tanggungjawab besar". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2021.
  2. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  3. ^ a b Asyraf Roslan (20 Januari 2022). "Big Stage 2022: Aisha Retno bersedia untuk tampil dengan sisi lain". Astro Awani. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  4. ^ a b Georgie Joseph (29 Januari 2020). "Ibu guru vokal". Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  5. ^ Asraf Adied (23 November 2020). "Tampil dengan single sulung, Aisha Retno ingin Mengikat Jiwa". Astro Gempak. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  6. ^ Mya Amri (27 Februari 2020). "Khodi, Aisha Retno & Sandra Dianne gabungan mantap showcase 3 Souls". Astro Gempak. Dicapai pada 8 April 2020.
  7. ^ a b c d Georgie Joseph (11 Ogos 2020). "Mesej universal Terima Kasih". Harian Metro. Dicapai pada 3 September 2020.
  8. ^ "Aina & Aisha juara Idol, Rookie pertama Vokal Mania". Utusan Borneo. 30 Disember 2020. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  9. ^ Padin (27 Disember 2020). "Vokal Mania: Aina Abdul bergelar juara Idol, Aisha Retno jadi juara Rookie". XTRA. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  10. ^ Khadijah Ibrahim (18 Januari 2021). "Cinta Denganmu penentu nasib Aisha Retno". Bebas News. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  11. ^ Georgie Joseph (21 Januari 2022). "Teruja W.H.U.T 'meletup'". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  12. ^ Ridzuan Abdul Rahman (22 Ogos 2023). "Seronok jadi 'Melly'". Harian Metro. Dicapai pada 23 Ogos 2023.
  13. ^ Mohammad Shahemy Azmi (14 Februari 2022). "30 ekor kucing bantu Aisha Retno hilangkan tekanan". Kosmo!. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  14. ^ Norhayati Nordin (2 Oktober 2022). "Aisha Retno suka lelaki 'penyayang kucing'". Harian Metro. Dicapai pada 23 Ogos 2023.
  15. ^ Zaidi Mohamad (30 Oktober 2021). "Bolos Top 5 ubat hati Aisha Retno". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2022.

Pautan luar