Hun Haqeem: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Blue Asyraff (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 11: Baris 11:
| education = Perakaunan & Kewangan
| education = Perakaunan & Kewangan
| other_name =
| other_name =
| spouse =
| spouse ={{marriage|[[Riena Diana]]|2020}}
| height = 1.68 (5 ka 6 in)
| height = 1.68 (5 ka 6 in)
| relatives =
| relatives =

Semakan pada 15:44, 19 November 2023

Hun Haqeem
Kelahiran
Haqeem bin Hermy

(1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 26)
PendidikanPerakaunan & Kewangan
Pusat pendidikanKolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2018–kini
Ketinggian1.68 (5 ka 6 in)
PasanganRiena Diana (k. 2020)

Hun Haqeem (lahir Haqeem Hermy; 7 Januari 1998) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga, Qhalish dalam Cinta Belum Tamat Tempoh[3] dan Jaafar dalam Kampung People.[4][5]

Kerjaya

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon dan model dan berjinak-jinak mendekati dunia lakonan ketika menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press.[6] Antara drama dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan telefilem Tasbih Usang.[7] Hun membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Hapus" oleh Masya Masyitah, kemudian diikuti oleh muzik video "Siapa Tak Mahu" oleh Siti Nurhaliza.[8] Beliau kemudian berlakon bersama Wanna Ali dan Meerqeen dalam drama Angkara Cinta dengan memegang watak sebagai Luqman.

Kehidupan peribadi

Hun Haqeem dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak. Beliau berdarah kacukan Melayu-Cina dan beragama Islam.[9]

Pada 1 Mac 2020, Hun dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan serius di tumit kaki kanan dan ligamen.[10][11][12] Pelakon Hun Haqeem,berkata bahawa beliau teruja untuk berlakon dalam satu siri bergenre seram. Tambahan pula,beliau tidak pernah terfikir untuk berlakon dengan Kamal Adli. "Saya macam tak percaya. Sebab saya tak pernah bawa watak yang mendapat anugerah istimewa." Kata Hun juga drama bergenre seram yang bertajuk Sihir itu berharap agar mendapat pengajaran tentang sihir yang berlaku pada masyarakat kini.

Diskografi

  • Kopitiam Rasa Sayang (2021)

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cari Aku Di Syurga Ariff TV3
Cinta Belum Tamat Tempoh Qhalish Astro Ria
Kampung People Jaafar TV3
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Arjuna
The Gadis Mika
Kampung People 2 Jaafar
Angkara Cinta Luqman Astro Prima
2021 Sihir Hud Astro Ria
Dayang Senandung Fannan TV Okey
2022 Ulya & Dini Dini Astro Ria
Hantu Raya Pergi Perang Kadir Osman / Raya Sooka
2023 Nenek Bongkok Tiga Zamir Viu
Imam Instant Ustazah Scammer Imam Ashraf Astro Ria
W: Two Worlds Alif Hadi Viu
Chinta Wrong Direction Raja Akid Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Tasbih Usang Tidak diketahui HyppTV
2020 Pemuja Rahsia Adam TV3
2021 Tentang Alif Mat Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020–2022 Gempak TV Pengacara bersama Astro Ria Gandingan bersama dengan Isha Norsham, Daniel Cheang & Riena Diana

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi
2020 "Hapus" Masya Masyitah
"Siapa Tak Mahu" Dato' Seri Siti Nurhaliza

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pelakon Drama Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). Makin laris, Hun tidur dua jam Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  3. ^ Najiy Jefri (12 November 2019). Hun Haqeem pendam impian Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020). Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  5. ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  6. ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2019). Hun Haqeem tak gelojoh Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Februari 2021). Penampilan seiring bakat Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2021.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). Hun Haqeem tak percaya berlakon dalam muzik video Tok Ti Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2021.
  9. ^ Farhan Ikram (6 Januari 2020). Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak ‘Jekfer’ dalam Kampung People mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  10. ^ Ridzwan Abd Rahman (1 Mac 2020). 'Jekfer' cedera kemalangan motosikal Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  11. ^ Nur Asyikin Mayudin (1 Mac 2020). Hun Haqeem terlibat kemalangan motosikal, cedera teruk di tumit mStar Online. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  12. ^ Aqmar Mustaza (2 Mac 2020). Alhamdulillah saya ok, kata Hun Haqeem Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.

Pautan luar