NadaMurni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan NadaMurni)
NadaMurni
Kulit album NadaMurni
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1987-1997
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Ahli(Isman) Ismen Nadim bin Isam
(Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
(Faizal) Mohd Faizal bin Osman
(Ariffin) Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
Bekas ahli(Salleh) Salleh bin Ramli (meninggal)
(Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)

Kumpulan NadaMurni merupakan sebuah kumpulan penyanyi nasyid yang aktif di Malaysia dari Yayasan Al Arqam. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan aktif era 1980-an di Malaysia. Mereka telah berpecah pada tahun 1994, tahun apabila Al Arqam telah diharamkan di sana. Bekas ahli-ahli kumpulan itu menyertai kumpulan-kumpulan Nasyid yang terkenal di Malaysia seperti Rabbani dan Hijjaz.

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan NadaMurni yang bertapak sejak 1987 tersohor dengan lagu mereka seperti ‘Bila Nur Melimpah Di Hati ‘dan ‘Nun Di Sana ‘. Bermula hanya dengan membuat persembahan di majlis ceramah-ceramah. Mereka juga telah merakamkan album di dalam gelung (saluran air) di Kampung Sungai Penchala. Pada waktu itu, mereka belum ada studio ataupun alat muzik. Mereka hanya bernasyid bersama dengan satu nada sahaja. Sebelum namakan kumpulan mereka itu, mereka dikenali sebagai kumpulan nasyid Putera-Putera Al Arqam Malaysia. Antara lagu-lagu awal mereka ialah seperti,'Masyarakat Islam Telah Bermula', 'Tanpa Agama', 'Mari-Mari Kita Sejenak Mengingat', ‘Kholidubilquran’,’ Di Pondok Kecil’, dan banyak lagi.

Apabila mereka mendapat sedikit bantuan, mereka mendapat sistem audio dan studio sederhana. Mereka juga mula mengenakan pakaian seragam seperti jubah putih dan serban putih. Namun, mereka masih tidak menggunakan alat muzik seperti kompang dan sebagainya. Mereka teus merakamkan album dan membuat persembahan di majlis-majlis ceramah anjuran Al Arqam. Ketika inilah saudara Asri Ibrahim membuat penampilan pertamanya sebagai vokalis utama kumpulan ini, ketika ini mereka masih lagi menggunakan nama ’Putera-Putera Al Arqam Malaysia’, kadang-kadang juga di kulit album mereka menggunakan nama ‘Syukbah Kebudayaan Al Arqam’. Album mereka sangat laris di pasaran ketika itu kerana mereka menjual kaset-kaset mereka dari rumah ke rumah, mereka juga disokong oleh semua ahli-ahli Al Arqam. Boleh dikatakan setiap ahli Al Arqam membeli album mereka, lagu-lagu mereka juga menjadi siulan pelajar-pelajar Al Arqam seluruh dunia. Bagi jemaah Al Arqam, itulah sahaja hiburan untuk mereka. Setiap kali aktiviti mengedar surat khabar atau risalah Al Arqam oleh pelajar-pelajar tersebut, pasti mereka akan turut menjual kaset-kaset mereka. Manakala lagu-lagu mereka juga semakin hari semakin ada peningkatan, tetapi mereka masih tidak menggunakan alat muzik,mereka hanya mempelbagaikan cara menyampaian dengan memasukkan suara latar Kanak-kanak, suara harmoni, suara bass dan selingan sajak dari saudara Dinie Juri dan Pak Nora. Antara lagu-lagu studio awal mereka pula ialah seperti ‘Maulana’,’Yarobbi Sallimna’,’Sifat 20’, ‘Harapanku Padamu Subur Kembali’,’-Sampailah Waktu’ dan ’Bila Izrail’.

Kejayaan Awal[sunting | sunting sumber]

Antara album yang paling laris waktu itu ialah album ‘Kelahiran’. Sambutan kepada mereka semakin hari semakin menggalakkan. Mereka sudah mula membuat persembahan di dewan-dewan besar, di perkarangan masjid dan padang orang ramai. Setiap kali ada persembahan mereka, pasti ramai yang datang dan mereka juga menjual kaset-kaset mereka semasa persembahan tersebut. Hari demi hari, mereka makin meningkat bagi mereka , memandangkan sambutan semakin menggalakkan, mereka harus adakan satu penjenamaan semula, dengan memberi nama kepada kumpulan ini, menggunakan alat muzik yang tidak melanggar Syari'ah, dan membuat studio yang baru dan lebih canggih, mereka juga sudah ada kenderaan sendiri untuk ke sana ke mari. Maka, bermulalah era NadaMurni. Setelah perbincangan, mereka sebulat suara bersetuju menggunakan nama NadaMurni sebagai nama yang baru bagi menggantikan nama yang lama. Antara anggota-anggota NadaMurni ialah Asri Ibrahim, Isman Nadim, Rahmat Shafie, Asri Ubai, Faizal Osman, Yusof Sabri, Amin, Rosman, Hamzah, Hashim Ngadimandan ramai lagi.

Sewaktu kemunculan album pertama menggunakan nama NadaMurni, mereka sudah mula menggunakan kompang dan alat-alat muzik tradisional yang lain. Sewaktu itu, sambutan sangat memberansangkan. Bagi seluruh jemaah Al Arqam dan juga pelajarnya, mereka menganggap NadaMurni sudah menjadi artis yang sebaris dengan artis lain, mereka menyanjung kumpulan ini, mereka sentiasa menyanyikan dan bercerita tentang kumpulan ini. Ia bagaikan satu fenomena baru pada waktu itu, antara album setelah mereka menukar nama kepada Nadamurni ialah seperti, ‘Bisikan Aidilfitri’, ‘Munajat’, ‘Aidilfitri’,’Cahaya Di Ufuk Timur’, ’Kasih Sayang’, ’Balada Makkatul Mukarramah’, ’Untukmu Rasulallah’ dan banyak lagi.

Mereka juga telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri yang diberi nama OVA production. Antara produk mereka pula ialah video ceramah, kaset Nasyid kanak-kanak, Nasyid Muslimah, ceramah motivasi dan sebagainya. Mereka juga pernah menerbitkan video muzikal bertajuk Permata Hati yang diterbitkan oleh Farihin Abd Fatah. Di dalam video tersebut ada pentomen , Nasyid berirama dan sajak. Pada masa yang sama NadaMurni juga telah memperkenalkan artis pertama di bawah naungan OVA Production iaitu The Zikr. Antara anggota asal The Zikr ialah:

-Nazrey Johani (Sabah)

-Zaeree

-Abu Bakae

-Soleh

-Azman (Sabah)

Dan antara artis-artis dibawah naungan Ova Production pula ialah seperti:

-Suara Smakl (juga dikenali sebagai Anugerah)

-The Zikr

-NadaMurni II (kanak-kanak)

-Shotussofwa

-Nada Athirah

-Qotrunnada (Muslimah) dan lain-lain

Semenjak kemasukkan saudara Farihin Abd Fatah ke dalam Ova Production, banyak pembaharuan yang dapat dilihat, beliau berkongsi idea dengan saudara Waharp Yusof, Sohibul Fadhil, Dinie Juri dan lain-lain. Mereka bekerja di dalam satu pasukan dan hasilnya NadaMurni semakin diterima oleh masyarakat terutama masyarakat kampus. Lagu-lagu Nadamurni juga sudah mula kedengaran di dalam radio dan TV. Meraka juga telah mengadakan pertandingan Nasyid tahunan untuk seluruh Yayasan Al Arqam Malaysia.Antara juara-jaura Nasyid untuk pertandingan tersebut ialah

-Kumpulan nasyid Yayasan Al Arqam Kampung Sempadan Pahang -Kumpulan nasyid Yayasan Al Arqam Bukit Hampar Perak (kategori kanak-kanak)

Mereka juga ada mewujudkan perkampungan kebudayaan.Terletak di Yayasan Alarqam Sungai Serai Selangor bagi memudahkan lagi usaha mereka untuk memartabatkan kebudayaan Islam. Mereka juga sudah mula mendapat undangan-undangan dari luar negera antaranya London, Turki, Uzbekistan, Thailand, Indonesia dan lain-lain. Anggota-anggota kumpulan ini juga silih berganti. Perlantikan saudara Munif Ahmad sebagai vokalist kedua mereka juga menampakkan hasil.Mereka semakin mengancam. Dan mereka tidak mempunyai masalah untuk mengisi kekosongan kerana sentiasa ada pelapis baru yang boleh di serapkan. Yang paling uniknya ialah mereka boleh membuat persembahan hingga 3 atau 4 persembahan pada satu masa. Anggota asal berpecah menjadi 4 dan mereka akan bergabung dengan kumpulan-kumpulan nasyid dari Yayasan Al Arqam yg berdekatan untuk dijadikan NadaMurni juga kreatif sekali. Disini saya ingin sertakan sekali antara kumpulan-kumpulan Nasyid Yayasan Alarqam di seluruh negara antaranya :

- Nada Shahdu- Yayasan Al Arqam Sungai Ular Kuantan

- Syifaussudur- Yayasan Al Arqam Bukit Hampar Perak

- Abrar- Yayasan Al Arqam Kampung Talang Kuala Kangsar Perak

- Nada Athirah- Yayasan Al Arqam Titi Tinggi Perlis

- Hawari- Yayasan Al Arqam Kampung Sempadan Lanchang Pahang dan lain-lain

Penamatan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994 ketika Al Arqam dan Aurad Muhammadiah diharamkan, kumpulan-kumpulan ini telah dibubarkan.ketika itu ramai antara mereka mencari haluan masing-masing.Tetapi sebenarnya mereka tidak gelabah. Mereka tekad untuk bangkit semula tetapi dengan penampilan yang amat berbeza.penampilan yang bersesuaian dengan edaran masa. Jika dahulu mereka berpakaian jubah putih dan serban hitam, kini mereka pelbagaikan cara pemakaian mereka dengan kemeja kot jubah dan kopiah yang beraneka. Artis-artis Ova Production juga telah berpecah untuk mewujudkan kumpulan baru,mereka membuat penjenamaan sekali lagi. Antara kumpulan-kumpulan tersebut ialah Rabbani, Hijjaz. The Zikr telah menjadi Raihan dan Now See Heart dan lain-lain. Ustaz Amaluddin bergerak solo.

Ada antara mereka juga aktif bermain alat muzik dan backup artis seperti Hamzah dari NadaMurni dan Rosdy dari NadaMurni II.

Dan yang selebihnya ada yang bekerja sebagai juru audio, penerbit, pendawai elektrik dan sebagainya. Walau apapun kerja yang mereka lakukan, sekarang harap sentiasa dirahmati, diredhai dan mendapat rezeki yang Halal.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan NadaMurni dianggotai oleh sekumpulan ahli jemaah Al-Arqam. Antara yang terkenal ialah:

  1. (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)
  2. (Isman) Ismen Nadim bin Isam
  3. (Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
  4. (Faizal) Mohd Faizal bin Osman

Kumpulan nasyid ini begitu popular. Album-album mereka begitu laris walaupun dijual secara tradisional (jualan terus) tidak dijual di kedai. Antara kumpulan lain yang seangkatan dengannya ialah kumpulan The Zikr.

Selepas Al-Arqam diharamkan, NadaMurni masih lagi aktif dan masih mengeluarkan album sehingga 1994. Album "Untukmu Rasulullah II" yang dikeluarkan pada tahun tersebut merupakan album terakhir. Irama nasyid di Malaysia mula menyepi kerana tidak ada lagu nasyid baru untuk diperdengarkan.

Ahli kumpulan NadaMurni kemudiannya berpecah dan muncul sebagai kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Album penuh Studio

  1. Pentas Satu - Kelahiran
  2. Asmaul Husna
  3. Asmaul Anbiya'
  4. Sifatullah
  5. Nasyid Al-Arqam I & II
  6. Musafir Kelana
  7. Seruan Perjuangan
  8. Engkau Menjelang Tiba
  9. Tholaal Badru Alayna
  10. Amalan Salafussoleh
  11. Maulana Ya Rasulullah
  12. Ilmu itu Cahaya
  13. The Light of Truth
  14. Munajat (bersama The Zikr)
  15. Cahaya di Ufuk Timur
  16. Soul of Islam
  17. Love & Care
  18. Malaysiaku Indah
  19. Di Mana Kasih Di Mana Sayang
  20. Balada Makkatul Mukarramah
  21. Pulanglah Abuya
  22. Untukmu Rasulullah Vol. 1 & Vol. 2
  23. Falsafah Haji

Album rakaman langsung (Live)

  1. Konsert Bergerak Serambi Mekah
  2. Malam Sinar Maulidurrasul Vol. 1 & 2
  3. NadaMurni "Live" Album
  4. Konsert Kebudayaan Islam II: Bila Nur Melimpah di Hati (menampilkan The Zikr, Nahwan Nur & Al-Anwar)

Album bertemakan Ramadan & Syawal

  1. Lambaian Syawal
  2. Bisikan Aidilfitri
  3. Nur Aidilfitri
  4. Potret Aidilfitri
  5. Kemesraan di Aidilfitri
  6. Ramadhan-Syawal: Neraca Taqwa

Album kompilasi

  1. Yang Dirindu (bersama Putri Muslimah)
  2. Keinsafan
  3. Koleksi Top Hits
  4. Kompilasi Keharmonian Aidilfitri (menampilkan The Zikr, Soutus Sofwa, Anugerah & Nada Athirah)
  5. Kompilasi Hari Raya: Aidul Mubarak
  6. Pak Ku Shadat bersama NadaMurni
  7. Menongkah Gerbang Syawal (penampilan Asri Ibrahim dan Munif Ahmad secara solo bersama Anugerah, Nahwan Nur & Bangsar Boyz)

Rakaman persembahan secara langsung (live) melalui VHS antaranya:-

  1. Malam Sinar Maulidurrasul
  2. Malam Kebudayaan Islam
  3. Malam Mesra bersama NadaMurni di Pesta Colek '92
  4. Malam Kebudayaan Islam (Indahnya Hidup Bersama Tuhan) di Dewan Sivik MPPJ
  5. Majlis Isra' Mikraj
  6. Islamic Fest & NadaMurni's Concert Tour, United Kingdom
  7. Konsert Malam Malaysia Indah '94

Lagu Popular[sunting | sunting sumber]

  1. Asmaul Husna
  2. Di Pondok Kecil
  3. Suwaru fil Quran
  4. Sepohon Kayu
  5. Selimut Putih
  6. Tholaal Badru Alayna
  7. Kasih Ibu Bapa
  8. Welcome to Darul Arqam
  9. Seruan Jihad
  10. Islam Yang Telah Berkembang
  11. Al Hijrah
  12. Sifat 20
  13. Mati
  14. Muhammad Rasulullah (Your Face is Bright)
  15. Assalamualaikum
  16. Kegelapan Malam
  17. Pemuda Pemudi
  18. Muslimin Muslimat
  19. Di Sini Kami Berkumpul
  20. Jasa Petani
  21. Huru Hara
  22. Marilah Berkasih Sayang
  23. Di Mana Ketenangan Di Mana Kebahagiaan
  24. Kota Mekah
  25. Nabi Ibrahim Bina Kaabah
  26. Haji Menuju Allah
  27. Maulana Ya Rasulullah
  28. Anta Ya Rahman
  29. Ahmad Ya Habibi
  30. Khairul Bariyyah
  31. Ya Nabi Salam Alayk
  32. Adam & Hawa (Peristiwa Padang Arafah)
  33. Bila Nur Melimpah Di Hati
  34. Mana Milik Kita
  35. Munajat
  36. Mara Menuju Cita
  37. Sunnah Berjuang
  38. Nun di Sana
  39. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
  40. Hikmah Ramadhan
  41. Hari Raya Hanya di Syurga

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]