Orang Besar Jajahan
(Dilencongkan dari Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar)
Orang Besar Jajahan ialah gelaran dan jawatan kumpulan pembesar di Perak, Malaysia. Ia dipilih dan dilantik oleh Sultan Perak untuk mewakili istana dalam segala urusan berkaitan di setiap daerah yang diamanahkan kepada mereka. Antara tugas Orang Besar Jajahan ialah menjalankan segala titah perintah Sultan Perak yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan, agama Islam, adat Melayu serta kebajikan rakyat jelata dengan menganggotai pelbagai pertubuhan dan sebagainya[1].
Penjawat semasa[sunting | sunting sumber]
Setiap daerah di negeri Perak akan ada seorang Orang Besar Jajahan[2].
Jawatan | Gelaran | Penyandang |
---|---|---|
Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar | Orang Kaya Temenggong Paduka Raja | Dato’ Seri Wan Mohd Fathir Wan Hussain |
Orang Besar Jajahan Larut, Matang & Selama | Orang Kaya Menteri Paduka Tuan | Dato’ Wan Mohd Isa Wan Mohd Razalli |
Orang Besar Jajahan Kerian | Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera | Ahmad Raziff Mohamad Zulkifli |
Orang Besar Jajahan Hilir Perak | Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota | Dato' Meor Redwan Mahayudin |
Orang Besar Jajahan Perak Tengah | Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja | Dato’ Ab Wahab Azizul Hassan (Memangku) |
Orang Besar Jajahan Hulu Perak | Toh Muda Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda | Dato’ Ar. LA Meor Roslan Meor Ahmad Rashidi |
Orang Besar Jajahan Kinta | Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja | Dato’ Ab Wahab Azizul Hassan |
Orang Besar Jajahan Batang Padang | Toh Paduka Indera | Dato’ Mat Rasid Ayob |
Orang Besar Jajahan Muallim | Toh Paduka Setia | Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad |
Orang Besar Jajahan Kampar | Toh Sedewa Raja | Datuk Abdul Talib Abd. Fahmi |
Orang Besar Jajahan Manjung | Toh Seri Bijaya | Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin Nazari (Bersara) |
Orang Besar Jajahan Bagan Datuk | Toh Seri Lela Paduka | Prof. Dr Khalid Ismail |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Orang Besar Empat (Perak)
- Orang Besar Lapan (Perak)
- Orang Besar Enam Belas (Perak)
- Orang Besar Tiga Puluh Dua (Perak)
- Orang Besar Berempat (Pahang)
- Orang Besar Berlapan (Pahang)
- Orang Besar Enam Belas (Pahang)
- Orang Besar Tiga Puluh Dua (Pahang)
- Orang Besar Daerah (Selangor)
- Undang Yang Empat (Negeri Sembilan)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Bernama (26 Mei 2021). "Orang Besar Jajahan Perak Tengah meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ 하늘 (7 April 2019). "Fakta Tentang Orang Besar Jajahan Di Negeri Perak". Orangperak. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Orang Besar Jajahan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan". Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. 27 Julai 2021. Dicapai pada 8 September 2021.