Shahanim Mohamad Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shahanim Mohd Yusof)

Shahanim Mohamad Yusoff

D.S.D.K., S.D.K., A.M.K., B.K.M., B.C.M., J.P. (Kedah)
شاهنيم محمد يوسف
Senator
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
16 November 2017 – 15 November 2020
Senator
Dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
30 Mei 2014 – 29 Mei 2017
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani
Memegang jawatan
1 Julai 2018
Didahului olehMejar (B) Datuk Abdul Rahim Saad
Butiran peribadi
LahirShahanim binti Mohamad Yusoff
(1973-01-04) 4 Januari 1973 (umur 51)
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Parti politikBN Barisan Nasional - UMNO
PasanganSharizan Salleh
Anak-anak4
Alma materUniversiti Utara Malaysia (BBA)
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan

Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff (Jawi: شاهنيم بنت محمد يوسف, lahir 4 Januari 1973) merupakan ahli politik UMNO yang berkhidmat sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani sejak Julai 2018. Beliau pernah menyadang jawatan Ahli Dewan Negara (Senator) sejak 30 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2017 dan 16 November 2017 sehingga 15 November 2020. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA Malaysia), Penaung Koperasi Pengangkutan Awam Kuala Muda Berhad dan Ahli Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).[1]

Kehidupan awal dan Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Shahanim binti Mohamad Yusoff dilahirkan di Sungai Petani, Kedah, Malaysia pada 4 Januari 1973. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Petani, Kedah pada 1980–1985 (darjah 5), SMK Father Barres Convent, Sungai Petani, Kedah pada 1986–1988 (SRP) dan SM Teknik Alor Setar, Kedah pada 1989–1990 (SPM). Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia pada 2004–2007. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Dengan Kepujian) daripada Universiti Utara Malaysia.

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001. Kemudian beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan.

Pada 2004 meletakkan jawatan sebagai pegawai bank di Maybank Finance dan menjadi usahawan stesen minyak Petronas di Pulau Pinang bagi membuka peluang untuk giat aktif dalam kegiatan politik. Penglibatan beliau dalam UMNO bermula sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani dari Julai 2001 hingga September 2004 dan dilantik dan beliau dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah oleh Menteri Besar Kedah Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah dari Oktober 2004 hingga Mac 2009. Memegang jawatan tersebut sehingga memenangi jawatan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO Pusat dari tahun 2004 hinggga 2009.

Karier politik[sunting | sunting sumber]

Shahanim memulakan kerjaya politiknya dengan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (Mewakili Puteri UMNO) dan Ahli Jawatankuasa (EXCO) Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada September 2004 hingga Mac 2008. Beliau juga menyandang jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah pada Oktober 2004 hingga Mac 2009. Beliau berjaya mendapat jawatan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan memegangnya pada Mac 2009 hingga September 2013.

Beliau berjaya menang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dengan 389 undi, mengalahkan pencabarnya Datuk Mohd Firdaus Mohd Zakaria dan Mahmad Rajaee Ghazali dengan masing-masing meraih 389 undi dan 23 undi.[2]

Pada Mei 2014, Shahanim dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) sehingga November 2020.

Pada Julai 2018, beliau berjaya dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani mengalahkan penyandangnya, Mejar (B) Datuk Abdul Rahim Saad. Shahanim memperolehi 428 undi menewaskan Abdul Rahim yang hanya mendapat 246 undi.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shahanim telah berkhawin dengan Sharizan Salleh dan dikurniakan 4 orang anak, iaitu Nurul Shafiqah Sharizan, Nurul Shazlieyana Sharizan, Mohamad Shafiq Aiman Sharizan dan Mohamad Shahir Imran Sharizan.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2022 P015 Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff (UMNO) 27,391 21.07% Mohammed Taufiq Johari (PKR) 50,580 38.91% 131,447 1,115 77.85%
Robert Ling Kui Ee (BERSATU) 49,465 38.05%
Marzuki Yahya (PEJUANG) 2,342 1.80%
Tan Chow Kang (PRM) 226 0.17%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]