Stesen Kepong Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen Komuter Kepong Sentral)
Kepong Sentral
 KA15  KTM_Komuter_Logo KTM_ETS_Logo
Stesen kereta api komuter dan antarabandar
Bangunan stesen
LokasiKepong, Kuala Lumpur, Malaysia.
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan kereta api Pantai Barat
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganStesen sambungan ke  PY08  Sri Damansara Timur
Pengangkutan bas Selangor Omnibus:100, 104, 107
Pembinaan
Jenis struktur2  ETS  Atas Tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KA07 
Sejarah
Dibuka2 1 Julai 2006
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Sungai Buloh
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang Kepong
menghala ke Pelabuhan Klang
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Sungai Buloh
menghala ke Ipoh
KL Sentral–Ipoh (Gold) Kuala Lumpur
KL Sentral–Ipoh (Silver)
Lokasi
Map

Stesen Komuter Kepong Sentral merupakan sebuah stesen keretapi KTM Komuter di Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini merupakan sebahagian daripada Laluan Pelabuhan Klang dan juga menyediakan perkhidmatan KTM ETS. Stesen ini terletak di sebelah barat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Stesen ini juga dihubungkan dengan stesen MRT Sri Damansara Timur melalui satu jambatan, menghubungkan Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan Putrajaya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen ini merupakan stesen tambahan KTM Komuter yang dibuka pada 1 Julai 2006. Mulai dari 1 Disember 2008, stesen ini menjadi salah satu stesen kereta api antarabandar dalam Laluan Ipoh-KL Sentral.[perlu rujukan] Namun pada Ogos 2010, laluan ini telah dihentikan dan digantikan dengan perkhidmatan KTM ETS ke Ipoh.

Pada 16 Jun 2022, satu stesen MRT telah dibuka di sini sebagai stesen pertukaran kepada Laluan Putrajaya. Pada mulanya stesen MRT ini dinamakan sebagai Kepong Sentral namun telah ditukar kepada Sri Damansara Timur ketika pembukaannya.

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas Selangor Omnibus laluan 100, 104 dan 107 berkhidmat di stesen ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]