Sultan Ahmaddin Shah
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sultan Ahmaddin Shah ibni Sultan Muhamad Shah ialah Sultan Perak ke-18 yang memerintah dari tahun 1786 sehingga tahun 1806.
Lahir sebagai Raja Ahmad, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda pada 1786. Sekitar 1805, Sultan Ibrahim Shah dari Selangor telah datang melanggar Perak. Selepas kemangkatannya pada 1806, baginda diwarisi pula putera sulungnya Raja 'Abdul-Malik. Baginda telah dimakamkan di Bota, Perak.
Didahului oleh Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda |
Sultan Perak 1786-1806 |
Diikuti oleh: Sultan Abdul Malik Mansur Shah |
Keturunan yang berpanjangan[sunting | sunting sumber]
Sultan Ahmaddin Shah merupakan Sultan Perak yang mempunyai keturunan yang berpanjangan memerintah Perak sehingga sekarang. Biarpun baginda memerintah 20 tahun sahaja tetapi keturunan baginda berpanjangan memerintah Perak sehingga kini. Sultan Perak sekarang Sultan Nazrin Muizzudin Shah merupakan keturunan Sultan Ahmaddin Shah kelapan.[perlu rujukan]