Sultan Haji Muhammad Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haji Muhammad Ali
محمد علي
Pemerintahan 1660 - 1661
Pendahulu Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar
Pengganti Sultan Abdul Hakkul Mubin
Anakanda
Raja Bendahara Pengiran Muda Bungsu
Husin Kamaluddin
Raja Isteri Sari @ Pengiran Anak Siti Mariam
Nama penuh
Pengiran Muda Muhammad Ali ibni Sultan Muhammad Hasan
Ayahanda Sultan Muhammad Hasan
Bonda Puteri Sulu
Kemangkatan 7 Disember 1661
Agama Islam

Sultan Muhammad Ali merupakan Sultan Brunei ke-12 memerintah dari tahun 1660 hingga tahun 1661. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Hasan.

Zaman baginda menjadi penyebab peristiwa hitam dalam sejarah Brunei, iaitu Perang Saudara yang berlangsung selama sekira 10 tahun. Baginda menjadi mangsa sewaktu peristiwa ini.

Takhta kerajaan baginda direbut oleh Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin yang mengamuk kerana anaknya telah mati ditikam oleh Pengiran Muda Bongsu ibni Sultan Muhammad Ali. Putera Pangiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin telah menghina Pengiran Muda Bongsu yang kalah sewaktu bersabung ayam. Sultan Muhammad Ali dibunuh pada waktu Asar, 14 Rabiul Awal 1072 (bersamaan 7 November 1661) oleh Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin, dan anaknya Pengiran Muda Bongsu dibantu bondanya Permaisuri Ratu Zulaiha telah berhasil lari bersama Datok Panglima Alibasa ke Sambas. Kemudian Bendahara Hakkul Mubin mengistiharkan dirinya sendiri dan menaiki takhta dengan gelaran Sultan Abdul Hakkul Mubin.

Baginda dikenal dengan Jolokan Marhum Tumbang Dirumput

Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
16591661
Penyandang Kemudian
Abdul Jalilul Jabbar Abdul Hakkul Mubin

{{Anak | Pengiran Muda Bongsu Maulana Ustman Abdul Kaffi Raja Sari| ibni Sultan Haji Muhammad Ali