Édouard Ngirente

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Édouard Ngirente
Ngirente pada bulan September 2018
Perdana Menteri Rwanda ke-11
Memegang jawatan
30 Ogos 2017
PresidenPaul Kagame
Didahului olehAnastase Murekezi
Butiran peribadi
Lahir (1973-02-22) 22 Februari 1973 (umur 51)
Daerah Gakenke, Wilayah Utara, Rwanda [1]
PendidikanUCLouvain (MA, DPhil)
Universiti Kebangsaan Rwanda (BA)
Laman web rasmihttp://edouardngirente.com

Édouard Ngirente (lahir 1973) ialah seorang ahli ekonomi dan politik Rwanda. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Rwanda, sejak 30 Ogos 2017, dilantik oleh Presiden Rwanda, Paul Kagame.[2]

Latar belakang dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Édouard Ngirente dilahirkan di Rwanda pada tahun 1973.[2] Beliau memegang Ph.D dalam Ilmu Ekonomi dari Universiti Louvain, Belgium (UCLouvain); ijazah sarjana (MSc) dalam Ekonomi Pertanian dari UCLouvain, Belgium, ijazah sarjana (MA) dalam Pengerusan Risiko Kewangan dari Saint-Louis University, Brussels di Belgium; Sijil universiti dalam Perangkaan dari UCLouvain; dan sarjana muda dalam Ilmu Ekonomi/Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Rwanda.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum pelantikannya, beliau memegang jawatan yang berlainan: Penasihat Kanan kepada Pengarah Eksekutif Bank Dunia (2017); Penasihat Pengarah Eksekutif Bank Dunia (dari 2011 hingga 2017)[1]; Penasihat Kanan Ekonomi kepada Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi Rwanda; Ketua Pengarah Perancangan Pembangunan dan Penyelidikan Negara dalam Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi; Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Rwanda dahulu (kini Universiti Rwanda) hingga tahun 2010; Ketua Jabatan Ekonomi Pertanian di universiti yang sama, Perunding Bebas dan Pengurus Projek. Ngirente merupakan peserta aktif dalam penyelidikan ekonomi semasa beliau di Bank Dunia, mengarang kertas kerja mengenai pasaran khusus rantau dan cabaran ekonomi berfokuskan pasaran pertanian Rwanda.[3]

Pelantikan politik[sunting | sunting sumber]

Ngirente dilatik sebagai pengganti Anastase Murekezi pada 30 Ogos 2017. Beliau menjadi Perdana Menteri Rwanda yang ke-11 dan yang ke-6 sejak Genosid 1994 dilakukan menentang Tutsi.[4] Beliau antara ahli bukan politik yang mengangkat sumpah oleh Paul Kagame selepas Pilihan Raya Presiden Rwanda 2017.[4][5]

Dasar[sunting | sunting sumber]

Ngirente telah menyelia perubahan dasar yang menyasarkan untuk mencergaskan ekonomi Rwanda melalui bantuan penyelidikan yang berkembang,[6] transportation infrastructure[7] dan pendidikan[8] antara jabatan yang lain. Kempen menggalakkan rakyat Rwanda membayar cukai mereka dan memelihara alam sekitar juga telah dimulakan dengan niat mencipta masa depan yang lebih lestara dari segi ekonomi dan alam sekitar.[9][10] Sebahagian daripada tugasnya sebagai wakil Rwanda, Ngirente telah mengembara dunia berkempen untuk pelaburan asing meningkat di negara tersebut.[11] Ngirente juga mengembara merentas benua Afrika menyokong perancangan keluarga di sepanjang benua.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ngirente berkahwin dan mempunyai dua orang anak.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Who is the new Prime Minister Edouard Ngirente?". The New Times | Rwanda (dalam bahasa Inggeris). 2017-08-30. Dicapai pada 2018-10-06.
  2. ^ a b Kagire, Edmund (30 August 2017). "President Kagame names little-known technocrat as PM". The EastAfrican. Nairobi. Dicapai pada 30 August 2017.
  3. ^ Fidèle, Niyitanga (2013). "Fonctionnement et intégration des marchés agricoles au Rwanda : application au marché de la banane à cuire dans le Sud-Est de la province du Sud du Rwanda" (dalam bahasa Inggeris). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b "In Departure From Politics, Kagame Names Technocrat as Prime Minister". KT PRESS (dalam bahasa Inggeris). 2017-08-30. Dicapai pada 2018-10-06.
  5. ^ Quigley, Paul; Hawdon, James (2018-08-09). Reconciliation after Civil Wars: Global Perspectives (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 9781351141789.
  6. ^ "Rwanda Launches Multi-Billion Research Fund". KT PRESS (dalam bahasa Inggeris). 2018-06-13. Dicapai pada 2018-10-06.
  7. ^ "Rwanda Credited for Opening Air Space". KT PRESS (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-13. Dicapai pada 2018-10-06.
  8. ^ "Rwanda Launches $6M Technical Teacher Training Institute". KT PRESS (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-27. Dicapai pada 2018-10-06.
  9. ^ "Team set up to monitor rain-induced disasters". The New Times | Rwanda (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-12. Dicapai pada 2018-10-12.
  10. ^ "Premier calls for more tax compliance for self-reliance". The New Times | Rwanda (dalam bahasa Inggeris). 2018-09-29. Dicapai pada 2018-10-12.
  11. ^ "Rwanda: Premier Ngirente in Istanbul for Turkey-Africa Business Forum". The New Times (Kigali). 2018-10-11. Dicapai pada 2018-10-12.
  12. ^ "'Number of women and girls using modern contraception highest in history' UNFPA official". The Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Anastase Murekezi
Perdana Menteri Rwanda
2017–kini
Pemegang jawatan kini

Templat:RwandaPMs