Ömürbek Babanov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ömürbek Babanov
Өмүрбек Бабанов
Perdana Menteri Kyrgyzstan ke-14
Dalam jawatan
1 Disember 2011 – 1 September 2012
Memangku: 1 December 2011 – 23 December 2011
PresidenAlmazbek Atambayev
Didahului olehAlmazbek Atambayev
Digantikan olehAaly Karashev (Memangku)
Dalam jawatan
23 September 2011 – 14 November 2011
Memangku
PresidenRoza Otunbayeva
Didahului olehAlmazbek Atambayev
Digantikan olehAlmazbek Atambayev
Butiran peribadi
Lahir (1970-05-20) 20 Mei 1970 (umur 53)
Chimkent, Kesatuan Soviet
(kini Kazakhstan)
Parti politikRespublika-Ata-Zhurt
Alma materRussian State Agricultural University

Ömürbek Toktogulovich Babanov (Kyrgyz: Өмүрбек Токтогулович Бабанов; lahir 20 Mei 1970) merupakan ahli politik Kyrgyzstan yang pernah menjadi Perdana Menteri pada 1 Disember 2011 sehingga 1 September 2012. Sebelum menyandang jawatan Perdana Menteri, beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Almazbek Atambayev. Beliau turut pernah memangku jawatan Perdana Menteri dari 23 September 2011 sehingga 14 November 2011, iaitu semasa Perdana Menteri Atambayev dicalonkan dalam pilihan raya presiden.[1] Beliau sekali lagi memangku jawatan Perdana Menteri pada 1 Disember 2011 apabila Atambayev bergelar Presiden sebelum disahkan oleh Parlimen Kyrgyzstan pada 23 Disember 2011.[2] Pada 1 September 2012, Babanov meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dengan harta berjumlah $1.5 billion, beliau merupakan salah seorang individu terkaya di Kyrgyzstan.[3]

Babanov turut bertanding dalam pilihan raya presiden 2017 sebagai calon bebas. Semasa debat di televisyen, calon Sooronbay Jeenbekovberjanji untuk memenjara Babanov sebagai sebahagian daripada perjuangan menentang rasuah.[4] Babanov kalah di belakang Jeenbekov dengan undian 33%.

Babanov merupakan berdarah separuh Turki dan iseri beliau pula Kazakhstan. Fakta-fakta ini telah digunakan untuk memburuk-burukkan beliau semasa pilihan raya 2017.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://rulers.org/ruljk.html#kyrgyzstan
  2. ^ http://www.rferl.org/content/babnov_elected_kyrgyz_prime_minister/24431765.html
  3. ^ (KCHR), Kyrgyz Committee for Human Rights. "Kyrgyz Committee for Human Rights (KCHR) - Who is part of the list of the richest people in Kyrgyzstan?". www.kchr.org. Dicapai pada 2017-09-22.
  4. ^ a b "Kyrgyzstan holds an election that was not a foregone conclusion". The Economist. 18 October 2017.