Pergi ke kandungan

Čuvač Slovakia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Čuvač Slovakia
Čuvač Slovakia bernama Hunos Frigo
Nama lainČuvač Tatra
Negara asalSlovakia
Trait
Berat Jantan 36–44 kg (79–97 lb)
Betina 31–37 kg (68–82 lb)
Tinggi Jantan 62–70 cm (24–28 in)
Betina 59–65 cm (23–26 in)
Bulu Sederhana panjang - tebal dan beralun
Warna Putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Čuvač Slovakia[a] ialah satu baka anjing Slovakia yang dibiakbakakan untuk kegunaan sebagai anjing penjaga haiwan ternakan. Baka ini, yang juga dikenali sebagai čuvač Tatra,[b] berkait rapat dengan kuvasz Hungary. Baka ini diiktiraf atas tajaan daripada Slovakia oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dengan nama "Slovenský Čuvač".[1][2] United Kennel Club di Amerika Syarikat menggunakan versi bahasa Inggeris bagi namanya "Slovak Cuvac".

Sebagai anjing pengawas, pengawal, gembala, dan pendamping baik, anjing ini membuktikan dirinya juga dalam pengawasan lembu, ayam belanda, dan haiwan bela jinak lain – serta isi rumah tuannya. Pelancong dan pelawat ke pergunungan dan ke spa mula meminati baka ini dan mula membawanya ke tanah pamah. Čuvač Slovakia digunakan di ladang biri-biri dan di rabung gunung serta di rumah dan di sempadan. Ia sangat setia dan berhati tegar. Ia menentang setiap musuh – termasuk beruang dan serigala. Menurut tradisi gembala yang tak lekang dek masa, ia sentiasa dibiakbakakan supaya berwarna putih supaya dapat dibezakan daripada binatang malam.

Baka ini telah didokumenkan dengan baik seawal abad ke-17. Walau bagaimanapun, apabila serigala perlahan-lahan mula lenyap dari pergunungan Eropah dan amalan penggembalaan moden dimulakan, čuvač berhadapan dengan prospek untuk dilihat sebagai peninggalan masa lalu. Sisa-sisa spesimen yang tinggal pada tahun 1950-an dibiakbakakan dengan tidak cermat. Kredit untuk penghidupan semula baka ini dan penetapan ciri adalah untuk Dr. Antonin Hruza, dengan kerjasama sekolah veterinar di Brno.

Pembiakbakaan berdaftar bagi čuvač Slovakia diasaskan di Czechoslovakia oleh Profesor Antonin Hruza dari Fakulti Veterinar di Brno pada 4 Jun 1929. Kelab Pembiak Baka Čuvač Slovakia diasaskan pada tahun 1933 dan piawaian bertulis diasaskan dan diluluskan pada tahun 1964 Dr. V. Kurz. Bahan pembiakbakaan asasi datang dari persekitaran Liptovska Luzna, Kokava, dan Vychodna serta dari Rachov di Pergunungan Karpatos.

Tubuh čuvač Slovakia adalah lebih panjang sedikit daripada ketinggiannya. Permatang tulang belakang baka ini diperhatikan kuat dan sedikit condong. Ekornya tergantung rendah-rendah sehingga mencedah paras sendi keting. Dadanya mencecah sendi siku dan lebar dada dapat dibandingkan dengan kira-kira seperempat daripada ketinggian tulang belikat. Rusuk čuvač mencecah paras sendi siku dan cukap membulat dengan perut dan lambung yang sedikit tertarik. Čuvač Slovakia mempunyai tungkai lurus yang terletak menegak dengan tubuhnya dan cukup bersudut. Kaki čuvač adalah padat dan membulat dengan kaki belakang yang lebih panjang sedikit daripada kaki hadapan. Lehernya kira-kira sepanjang kepalanya.

Tengkorak lebar dan memanjangnya sedikit melengkung, tetapi bahagian atas kepalanya rata. Mulut lebar dan berat čuvač sedikit menyempit ke bahagian atas hidung dan sedikit lebih pendek daripada tengkorak. Telinganya terletak tinggi-tinggi, bersandar, dan muat rapat-rapat pada kepala dan memiliki titik telinga membulat. Matanya berbentuk bujur dengan penutup yang rapat, terletak lurus di kepala. Rahang čuvač mempunyai oklusi gunting.

Bulu čuvač Slovakia padat dan kaya; perpisahan tengah di permatang tidak diizinkan menurut piawaian baka. Bulu penutup, yang terdiri daripada helaian bulu sepanjang 5–15 cm (2.0–5.9 in), sepenuhnya menutup lapis bulu bawah lebih pendek, padat, dan lembut. Jantan diketahui mempunyai kolar bulu tebal di sekeliling leher. Bulu čuvač sentiasa putih metah; sentuhan kekuning-kuningan di telinga diizinkan tetapi tidak diingini. Matanya berwarna perang dan muncung, pinggir bibir, dan kelopak matanya, seperti tapak kaki, berwarna hitam.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Baka ini ialah haiwan dengan pendirian mengagumkan. Ia mempunyai kepala besar, separuh daripadanya diambil oleh saluran hidung. Ia mempunyai rahang kuat dengan gigitan gunting. Mata berbentuk bujurnya gelap dan bersemangat. Telinganya panjang dan tergantung sambil terangkat di sisi kepala. Ekornya berbulu lebat dan tergantung ke bawah apabila anjing berkenaan berehat. Lapis bulunya berwarna putih sepenuhnya dan bulunya dapat mencapai panjang 4 inci (10 cm).

Tinggi dan berat

[sunting | sunting sumber]

Ketinggian untuk jantan dapat mencapai 28 inci (71 cm), manakala betina paling tinggi adalah setinggi 26 inci (66 cm). Berat untuk jantan ialah 77–99 paun (35–45 kg) dan berat untuk betina ialah 66–88 paun (30–40 kg).

Anjing ini terkenal kerana binaan tahan lasak, bingkai tegap, dan lapis bulu putih berjumbai. Bingkainya besar dan perangainya secara semula jadi meriah, berwaspada, tidak gentar, dan berjaga-jaga. Anjing ini paling baik bertahan dalam persekitaran keluarga besar, kanak-kanak, dan haiwan ternakan untuk dijaga. Ladang dan ranco merupakan rumah terbaik. Anjing ini ialah anjing pengawal semula jadi. Ia lemah lembut dan setia dengan keluarga dan harta bendanya.[perlu rujukan]

Penjagaan

[sunting | sunting sumber]

Penjagaan bulu kerap memastikan bahawa lapis bulu putihnya bersih dan menarik dan hiasannya bebas daripada "mohair" putih. Salin bulu tahunan bagi lapis bulu bawah wul tebal memerlukan sesi pemberusan dan mandi intensif pada musim bunga.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: چوۏچ سلوۏاکيا, Sebutan bahasa Melayu: [t͡ʃuvat͡ʃ]; Slovak: slovenský čuvač; bahasa Inggeris: Slovakian chuvach; Slovakian cuvac; Slovak chuvach; Slovak cuvac
  2. ^ Jawi: چوۏچ تاترا; Slovak: tatranský čuvač
  1. ^ "FCI - Standard Nr. 142 SLOVENSKÝ ČUVAČ (Slowakischer Tschuvatsch)" [Piawaian FCI No. 142 Čuvač Slovakia] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 4 Jun 1996.
  2. ^ "FCI-Standard N° 142 SLOVENSKÝ ČUVAČ (Slovakian Chuvach)" [Piawaian FCI No. 142 Čuvač Slovakia] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 4 Jun 1996. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)