Şehzade Bayezid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ini adalah sebuah nama gelaran Turki Uthmaniyyah. Bayezid adalah nama yang diberi, nama gelaran adalah Şehzade, dan tiada nama keluarga.
Şehzade Bayezid
Şehzade Bayezid.jpg
Sebuah lukisan Uthmaniyyah menunjukkan Suleiman al-Qanuni bersama anak lelaki beliau, Şehzade Bayezid
Keputeraan1525
Constantinople, Empayar Uthmaniyyah
Kemangkatan25 September 1561(1561-09-25) (umur 35–36)
Qazvin, Empayar Safawiyyah
PemakamanTürbe Melik-i Acem, Sivas
AnakandaŞehzade Orhan
Şehzade Osman
Şehzade Abdullah
Şehzade Mahmud
Şehzade Muradhan
Mihrimah Sultan
Hatice Sultan
Ayşe Sultan
Hanzade Sultan
DinastiUthmaniyyah
AyahandaSulaiman al-Qanuni
BondaHürrem Sultan
AgamaIslam

Şehzade Bayezid (1525 – 25 September 1561) adalah seorang putera Uthmaniyyah iaitu anak lelaki kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni dan permaisuri beliau, Hürrem Sultan.[1] Beliau gagal dalam pemberontakan untuk mendapatkan takhta empayar Uthmaniyyah. Selepas kematian tiga orang putera Sultan Suleiman, hanya Bayezid dan Selim yang masih hidup. Menjelang tahun 1550-an, apabila Suleiman berada dalam umur 60-an, satu persaingan beerlarutan dalam perebutan takhta antara Bayezid dan Selim semakin ketara. Keingkaran yang dilakukan oleh Bayezid pada tahun-tahun yang sama, Bayezid mula tidak disukai oleh Sulaiman berbanding adik beliau, Selim (yang akhirnya menaiki takhta sebagai Selim II). Selepas memulakan satu pemberontakkan, yang mana ditumpaskan pada tahun 1559 oleh Selim (yang kemudian dibantu oleh Suleiman dan Sokollu Mehmet Pasha) beliau melarikan diri ke empayar Safawiyyah yang berjiran, di mana beliau diterima dengan hati terbuka oleh Tahmasp I. Bagaimanapun, pada tahun 1561, selepas desakan berterusan oleh Suleiman sepanjang tempoh beliau dalam buangan, dan selepas menerima beberapa bayaran lumayan, Tahmasp membenarkan Bayezid dihukum mati oleh algojo Uthmaniyyah.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Bayezid dilahirkan pada tahun 1525 di Constantinople (Istanbul) semasa pemerintahan bapa beliau, Suleiman al-Qanuni. Bapa beliau adalah Hürrem, seorang anak perempuan paderi Ortodoks. Semasa kelahiran beliau, Bayezid mempunyai tiga orang saudara lelaki, Mehmed (lahir 1521), Abdullah (lahir 1522), dan Selim (lahir 1524), dan seorang saudara lelaki tiri Mustafa (lahir 1515).

Sebagaimana peraturan istana, Bayezid dilantik untuk memerintah sebuah wilayah bagi mendapatkan pengalaman pentadbiran. Bayezid menjadi gabenor di wilayah (Bahasa Turki: sanjak) Anatolia. Bagaimanapun, semasa kempen Suleiman ke-12 ke Nakhchivan, kini sebahagian Azerbaijan moden pada tahun 1553, beliau telah ditugaskan untuk memerintah Edirne, ibu kota Uthmaniyyah di bahagian Eropah, bagi mengawal Rumelia, wilayah Eropah dalam empayar semasa ketiadaan bapa beliau. Semasa kempen ini, Şehzade Mustafa telah dihukum mati atas arahan Sultan Suleiman. Berita pembunuhan ini menyebabkan rusuhan di seluruh empayar dan seorang penyamar, mendakwa yang membunuh Mustafa, memberontak dan menentang Suleiman di Rumelia. Meskipun pemberontakan ini ditumpaskan oleh seorang wazir, Suleiman mengesyaki anak lelaki beliau, Bayezid secara sengaja melambatkan tindakan.[2]

Pemberontakan[sunting | sunting sumber]

Suleiman mempunyai lima orang anak lelaki. Anak lelaki kedua beliau, Mehmed telah meninggal dunia sedekad sebelumnya pada tahun 1543. Selepas pembunuhan Mustafa, yang menjadi pewaris paling berpotensi ke atas takhta pada 1553 dan kematian Cihangir, anak lelaki bongsu kerana menghidapi masalah kesihatan, hanya dua orang putera yang masih tinggal untuk menjadi penuntut berpotensi ke atas takhta: Selim (kemudian Selim II) dan Bayezid. Selim merupakan gabenor di Manisa dan Bayezid pula adalah gabenor di Kütahya, dua buah kota yang mana jaraknya hampir sama dari ibu kota Constantinople.

Suleiman telah berumur 60-an, dan persaingan ke atas di antara dua beradik ini semakin ketara. Suleiman memarahi anak-anak lelaki beliau dan menukarkan tempat tugasan mereka. Selim ditugaskan untuk memerintah Konya manakala Bayezid di Amasya, kedua-dua wilayah ini lebih jauh daripada Constantinople tetapi jarak kedua-duanya masih sama. Selim segera mematuhi perintah dan berpindah ke Konya. Tetapi kekecewaan melanda Suleiman, Bayezid hanya patut selepas beberapa lama teragak-agak, di sebabkan Amasya merupakan sanjak di mana abang beliau Mustafa dihukum mati, beliau menjadikan ianya sebagai satu penghinaan[petikan diperlukan]. Marah akan tindakan ini, Suleiman menuduh Bayezid menjadi seorang pemberontak dan menyokong anak lelaki beliau, Selim yang lebih tua untuk menentang Bayezid yang ingkar. Selim, dengan kerjasama Sokollu Mehmet Pasha, wazir besar yang akan datang, mengalahkan adik beliau dalam satu pertempuran berhampiran Konya pada 31 Mei 1559.[3]

Selepas pemberontakan[sunting | sunting sumber]

Bayezid kembali ke Amasya dan melarikan diri ke empayar Safawiyyah bersama-sama dengan anak-anak lelaki beliau dan sepasukan kecil tentera. Berdasarkan seorang jurnalis dan penyelidik sejarah, Murat Bardakçı, Sokullu Mehmet Pasha menghantar satu pasukan tentera untuk mengejar Bayezid, yang mana dikalahkan oleh tentera Bayezıd.[4] Semasa musim luruh tahun 1559, beliau tiba di kota Safawiyyah di Yerevan, di mana beliau diterima dengan penghormatan oleh gabenornya. Beberapa ketika kemudian, beliau tiba di Tabriz, di mana beliau disambut oleh Shah Tahmasp I. Meskipun pada awalnya Tahmasp I menerima kedatangan Bayezid dengan hati terbuka, termasuk membuat pesta meriah bagi menghormati Beyazid, beliau kemudian memenjarakan Beyazid atas permintaan Sultan Suleiman.[5][6] Kedua-dua Suleiman dan Selim menghantar duta-duta ke Parsi untuk memjuk Shah untuk menghukum mati Bayezid. Untuk setahun setengah selepasnya, duta-duta terus berjalan antara Istanbul dan Qazvin. Pada 16 Julai, dalam apa yang dianggap sebagai kali terakhir ketibaan duta Uthmaniyyah, yang mana membawa tugas rasmi sepertimana duta-duta sebelumnya, cuba untuk membawa kembali Bayezid ke Istanbul.[7] Sepertimana dikatakan oleh Prof. Colin P. Mitchell, rombongan ini terdiri daripada Khusrau Pasha (gabenor Van), Sinan Pasha, Ali Aqa Chavush Bashi, dan satu rombongan dua ratus pegawai.[7] Dalam sepucuk surat yang diberikan kepada duta ini, Suleiman juga mengistiharkan kesediaan beliau untuk mengesahkan Perjanjian Amasya (1555) dan memulakan sebuah era baru dalam hubungan Safawiyyah-Uthmaniyyah.[7] Suleiman, melalui duta ini juga memberi Tahmasp pelbagai hadiah. Beliau juga bersetuju dengan tuntutan Tahmasp untuk membayar beliau bagi menyerahkan Bayezid lebih daripada (400,000 syiling emas telah diserahkan[8][9]). Akhirnya, pada 25 September 1561, Bayezid dan anak-anak lelaki beliau telah diserahkan oleh Tahmasp dan dihukum mati di persekitaran ibu kota Safawiyyah, Qazvin oleh algojo Uthmaniyyah, Ali Aqa Chavush Bashi, melalui kaedah hukuman mati dengan cekikan.[10][7]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anak lelaki

Bayezid memiliki lima orang anak lelaki:

  • Şehzade Orhan[11] (s. 1543, Kütahya – 25 September 1561, Qazvin, dikebumikan di Makam Melik-i Acem, Sivas), gabenor Çorum, dididik oleh Çandarlızade Halil Bey;[12]
  • Şehzade Osman[11] (s. 1545, Kütahya – 25 September 1561, Qazvin, dikebumikan di Makam Melik-i Acem, Sivas), gabenor Sarikarahisar;[12]
  • Şehzade Abdullah[11] (s. 1548, Kütahya – 25 September 1561, Qazvin, dikebumikan di Makam Melik-i Acem, Sivas);
  • Şehzade Mahmud[11] (s. 1552, Kütahya – 25 September 1561, Qazvin), gabenor Canik;[12]
  • Şehzade Muradhan (s. 1554, Kütahya – 25 September 1561, Qazvin), gabenor Kütahya;[12]
Anak perempuan

Bayezid mempunyai empat orang anak perempuan:

  • Mihrimah Sultan[11] (s. 1547, Kütahya – 1594, Istanbul), berkahwin dengan Damat Müzaffer Pasha pada tahun 1562;
  • Hatice Sultan[11] (s. 1550, Kütahya – ?);
  • Ayşe Sultan[11] (s. 1553, Kütahya – 1572, Tokat), berkahwin pada tahun 1562 dengan Damat Hoca Ali Pasha Eretnaoğlu;
  • Hanzade Sultan[11] (s. 1556, Kütahya – ?).

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Dalam sebuah siri TV pada tahun 2011–2014 Muhteşem Yüzyıl, watak Bayezid dilakonkan oleh Aras Bulut İynemli.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Imperial House of Osman: Genealogy". Archived from the original on May 2, 2006. 
  2. ^ An essay on Süleyman's sons (Turki)
  3. ^ Prof.Dr.Yaşar Yücel-Prof.Dr.Ali Sevim: Türkiye Tarihi II, AKDTYK yayınları, İstanbul,1990 p 299-300
  4. ^ Habertürk newspaper Murat bardakçı's article (Turki)
  5. ^ Faroqhi, Suraiya N.; Fleet, Kate (2012). The Cambridge History of Turkey: Volume 2, The Ottoman Empire as a World Power, 1453–1603. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-1316175545. Tahmasp, thus presented with the opportunity to take revenge for the reverse flight of his own brother some years before, received Bayezid with great honour, as Suleyman had Alkas Mirza 
  6. ^ Clot, André (2012). Suleiman the Magnificent. Saqi. m/s. 1–399. ISBN 978-0863568039. "(...) In the autumn of 1559, the prince reached Yerevan, where the governor received him with the greatest respect. A little later, Shah Tahmasp, delighted to have such a hostage in his hands, went to Tabriz to welcome him. The shah held magnificent parties in his honour. Thirty heaped plates of gold, of silver, of pearls and precious stones, "were poured on the prince's head". 
  7. ^ a b c d Mitchell 2009, m/s. 126.
  8. ^ Van Donzel, E.J. (1994). Islamic Desk Reference. BRILL. m/s. 438. ISBN 978-9004097384. 
  9. ^ Lamb, Harold (2013). Suleiman the Magnificent - Sultan of the East. Read Books Ltd. m/s. 1–384. ISBN 978-1447488088. Four hundred thousand gold coins were sent to Tahmasp by the hand of an executioner 
  10. ^ Joseph von Hammer:Osmanlı Tarihi Vol II (condensation: Abdülkadir Karahan), Milliyet yayınları, İstanbul. p 36-37
  11. ^ a b c d e f g h Nahrawālī, Muḥammad ibn Aḥmad; Blackburn, Richard (2005). Journey to the Sublime Porte: the Arabic memoir of a Sharifian agent's diplomatic mission to the Ottoman Imperial Court in the era of Suleyman the Magnificent ; the relevant text from Quṭb al-Dīn al-Nahrawālī's al-Fawāʼid al-sanīyah fī al-riḥlah al-Madanīyah wa al-Rūmīyah. Orient-Institut. m/s. 151. ISBN 978-3-899-13441-4. 
  12. ^ a b c d Taş, Kenan Ziya. Osmanlılarda lalalık müessesesi. Kardelen Kitabevi. m/s. 99–100, 130–1. 

Sumber[sunting | sunting sumber]