Mazleela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari (Maz/Mazleela))
Mazleela
Nama lahirMazlila binti Mazlan
Juga dikenali sebagai
Maz
Kelahiran (1972-04-21) 21 April 1972 (umur 51)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
GenrePop
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1995-kini
Syarikat rakaman
Suria Records (1995-2005)

Mazlila Mazlan, lebih dikenali sebagai Maz (lahir 21 April 1972) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dipengaruhi oleh penyanyi Sweden, Anni-Frid Lyngstad mula meraih kemasyhuran dalam bidang muzik pada 1990-an selepas bakatnya dicungkil oleh komposer ternama, Adnan Abu Hassan seterusnya mengikat kontrak bersama Suria Records dan telah menerbitkan empat album solo dan satu album kompilasi.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Mazleela, mesra dengan panggilan Maz yang wajahnya menyerupai penyanyi Sweden, Anni-Frid Lyngstad bekerja sebagai seorang pemain dram sebelum memulakan kerjaya muzik pada 1995 apabila Adnan Abu Hassan (yang menjadikan Siti Nurhaliza dan Nora antara nama besar dalam industri muzik) menggilap bakatnya kerana Adnan yakin dengan bakat yang dimiliki oleh Maz.

Di bawah bimbingan Adnan, beliau mengikat kontrak bersama Suria Records dan seterusnya muncul bersama album pertama, Deraan Kasih (1995) dan merakamkan empat lagi album di bawah SRC. Namanya mula melonjak naik menerusi lagu terakhirnya "Tabah" yang dimuatkan dalam album kompilasi pertamanya, The Best Of Mazleela (2002). Beliau meninggalkan SRC pada 2005 dan sejak itu beliau pernah menyanyi di Istana Johor.

Gegar Vaganza (Musim 6)[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi salah seorang peserta dalam program realiti Astro, Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019, turut disertai oleh Noorshila Amin, Nur Fatima, Tahir "Jatt" Ali dan Sham Visa antara peserta lain.[1][2] Beliau menjadi peserta pertama yang tersingkir.[3] Berikut di bawah ialah senarai persembahan beliau di Gegar Vaganza 6:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Tabah" Dirinya sendiri Ke-13 (Terselamat)
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Apa Khabarmu Di Sana" Ramlah Ram Tersingkir

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan mempunyai dua anak.[4] Mazleela mendedahkan bahawa beliau pernag berdepan masalah kesihatan apabila injap jantung tersumbat pada 2016, bagaimanapun penyakitnya itu tidak serius dan terkawal dengan bantuan ubat-ubatan. Berikutan itu, susuk tubuh beliau mula menyusut mengakibatkan beliau boleh menyanyikan lagu bernada tinggi.[5][6][7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album bersama artis-artis SRC[sunting | sunting sumber]

  • SRC Syok (1997)
  • Srikandi (1999)
  • Seleksi Hari Raya (1999)
  • Aidilfitri Di Alaf Baru (2000)
  • Gema Hari Raya (2000)
  • Fiesta Aidilfitri (2002)
  • Riang Ria Aidilfitri (2003)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mungkinkah Jatt Black Dog Bone, Deja Moss dan Sham Visa peserta Gegar Vaganza ke-6? Astro Awani (19 September 2019). Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  2. ^ Sham Visa, Mazleela & Feeza antara peserta Gegar Vaganza 6, ini barisan lengkap para pesertanya Media Hiburan. Dicapai pada 24 November 2019.
  3. ^ Qarami Hashim (20 Oktober 2019). Mazleela peserta pertama tersingkir GV6 mStar Online. Dicapai pada 24 November 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (28 Julai 2018). Mazleela tumpu keluarga Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2018.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Oktober 2019). Injap jantung Mazleela tersumbat Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2019.
  6. ^ Rudy Imran Shamsudin (21 Oktober 2019). Mazleela derita lemah injap jantung Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  7. ^ Fadhli Sulaiman (17 Oktober 2019). Alami injap jantung lemah, Mazleela tetap berentap di pentas GV6 Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]