18 Again

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

18 Again ( Hangul18 어게인; RR18 Eogein ) merupakan sebuah siri televisyen Korea Selatan berdasarkan filem 2009 17 Again oleh Jason Filardi . Dibintangi oleh Kim Ha-neul, Yoon Sang-hyun dan Lee Do-hyun, ia telah disiarkan menerusi JTBC dari 21 September hingga 10 November 2020, setiap Isnin dan Selasa jam 09:35 malam ( KST ). [1] Siri ini turut ditayang di Netflix, iQIYI dan Viu dengan sari kata berbilang bahasa. [2] [3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Jung Da-jung ( Kim Ha-neul ) dan Hong Dae-young ( Yoon Sang-hyun ) telah berkahwin dan mempunyai sepasang kembar , Hong Si-a ( Roh Jeong-eui ) dan Hong Si-u ( Ryeoun [ko] ). Pada awal perkahwinan, mereka sangat bahagia meskipun mempunyai anak di usia yang muda dan beban kewangan. Namun, segalanya berubah apabila Da-jung yang berusia 37 tahun telah memfailkan perceraian dan anak kembar mereka yang berusia 18 tahun mula mengabaikan Dae-young, kecuali jika inginkan wang saku. Kehidupan Dae-young menjadi lebih sengsara apabila dia kehilangan pekerjaannya, selepas majikannya menaikkan pangkat anak saudaranya yang baru 4 tahun bekerja di syarikat itu berbanding dirinya yang telah bekerja selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, majikannya membuat keputusan untuk memindahkan Dae-young ke Busan .

Dae-young berharap dia dapat kembali ke masa silam dan memperbaiki hidupnya, tubuh Dae-young yang berusia 37 tahun secara ajaib berubah menjadi tubuh yang dia miliki ketika berusia 18 tahun ( Lee Do-hyun ) tetapi mengekalkan mentalitinya yang berusia 37 tahun. Dia mula menjalani kehidupan baru dengan nama "Ko U Yeong" dan bersekolah di Sekolah Menengah Serim. Sekolah tersebut merupakan bekas sekolahnya 18 tahun yang lalu serta juga sekolah anak kembarnya. Semasa kehidupan Dae-young sebagai Ko U Yeong yang berusia 18 tahun, dia mengetahui bahawa anak perempuannya Si-a bekerja sambilan di kedai serbaneka tanpa kebenarannya dan anaknya Si-u dibuli di sekolah oleh kapten bola keranjang Goo Ja-sung ( Hwang In-yeop ). Dae-young juga mengetahui tentang minat dan bakat anaknya dalam bola keranjang yang selama ini disembunyikan oleh Si-u daripadanya. Dae-young akhirnya menyedari sebab sebenar di sebalik kehancuran rumah tangganya dan mengenali lebih dekat tentang kembarnya. Dia bertekad untuk menggunakan peluang ini untuk melindungi anak-anaknya dengan berkawan dengan mereka dan melakukan yang terbaik walaupun penampilannya sebagai budak lelaki berusia 18 tahun.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

  • Yoon Sang-hyun sebagai Hong Dae-young (tua)
  • Lee Do-hyun sebagai Hong Dae-young (muda) / Go Woo-youn
  • Kim Ha-neul sebagai Jung Da-jung
    • Han So-eun sebagai Da-jung (muda)

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Roh Jeong-eui sebagai Hong Shi-ah [4] [a]
  • Kim Mi-kyung sebagai Yeo In-ja
  • Lee Byung-joon sebagai Hong Joo-man [5]
  • Wi Ha-joon sebagai Ye Ji-hoon [6]
  • Lee Mi-do sebagai Choo Ae-rin [d]
  • Lee Ki-woo sebagai Choi Il-kwon [7]
    • Kim Sun-min sebagai Choi Il-kwon yang berusia 18 tahun
  • Choi Bo-min sebagai Seo Ji-ho [8]
    • Kim Kang-hoon sebagai Seo Ji-ho semasa kanak-kanak
  • Hwang In-youp sebagai Goo Ja-sung [f]
  • Oh So-hyun sebagai Jeon Bo-bae
  • Ryu Da-bin sebagai Hwang Young-sun
  • Bin Chan-wook sebagai Bang Ki-yong
  • Jang Hyuk-jin sebagai Heo Woong-gi
  • Ahn Nae-sang sebagai Moon Sang-hwi
  • Kim Yoon-hye sebagai Kwon Yu-mi [9]
  • Kim Yeon-jeong dan Moon Woo-bin sebagai pekerja Go Go Play
  • Jang Sung-kyu sebagai dirinya sendiri (Ep. 2)

Produksi[sunting | sunting sumber]

Adaptasi siri ini diarahkan oleh Ha Byung-hoon, yang juga menerajui drama fantasi romantik bertemakan sama Confession Couple pada 2017. [10]

18 Again pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 September 2020, tetapi ia ditangguhkan selama dua minggu kerana wabak COVID-19 . [11]

Runut bunyi asal[sunting | sunting sumber]

18 Lagi: OST Special Album[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi drama ini disusun dalam dua bahagian album yang dikeluarkan pada 10 November 2020. CD 1 dan CD 2 mengandungi lagu tema drama dan skor muzik masing-masing. [12]

No.TajukMasa
No.TajukMasa


Part 1
Released on 22 September 2020 (2020-09-22)
No.TajukArtistMasa
1."The Only One" (하나면 돼요) Soyou (Sistar)4:02
2."The Only One" (Inst.) 4:02
Jumlah masa: 8:04


Part 2
Released on 28 September 2020 (2020-09-28)
No.TajukArtistMasa
1."Hello"Sohyang4:04
2."Hello" (Inst.) 4:04
Jumlah masa: 8:08


Part 3
Released on 29 September 2020 (2020-09-29)
No.TajukArtistMasa
1."If You" (너였으면) Choi Nakta3:24
2."If You" (Inst.) 3:24
Jumlah masa: 6:48


Part 4
Released on 5 Oktober 2020 (2020-10-05)
No.TajukArtistMasa
1."One Person" (한사람) Solji (EXID)4:02
2."One Person" (Inst.) 4:02
Jumlah masa: 8:04


Part 5
Released on 6 Oktober 2020 (2020-10-06)
No.TajukArtistMasa
1."How To Love"Sondia3:09
2."How To Love" (Inst.) 3:09
Jumlah masa: 6:18


Part 6
Released on 13 Oktober 2020 (2020-10-13)
No.TajukArtistMasa
1."Moments Become Memories" (기억은 추억이 된다) Jukjae4:08
2."Moments Become Memories" (Inst.) 4:08
Jumlah masa: 8:16


Part 7
Released on 18 Oktober 2020 (2020-10-18)
No.TajukArtistMasa
1."Somebody"Clara C3:43
2."Somebody" (Inst.) 3:43
Jumlah masa: 7:26


Part 8
Released on 20 Oktober 2020 (2020-10-20)
No.TajukArtistMasa
1."If We Love Again" (다시 사랑한다면) Yoon Sang-hyun3:51
2."If We Love Again" (Inst.) 3:51
Jumlah masa: 7:42


Part 9
Released on 27 Oktober 2020 (2020-10-27)
No.TajukArtistMasa
1."First Time"Every Single Day3:12
2."First Time" (Inst.) 3:12
Jumlah masa: 6:24

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Nama majlis anugerah, tahun penyampaian, kategori, penama anugerah, dan keputusan pencalonan
Majlis anugerah tahun kategori Penama Hasilnya Ref.
APAN Star Awards 2021 Pelakon Baru Terbaik Lee Do-hyun| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang [13]
Baeksang Art Awards 2021 style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang [14] [15] [16]

Nota[sunting | sunting sumber]

 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ Seon, Mi-kyung (February 25, 2020). "Kim Ha Neul, Yoon Sang Hyun, Lee Do Hyun to co-star in new drama 18 Again". Osen. V Live. Dicapai pada August 9, 2020.
  2. ^ "18 Again Episode 1 | iQIYI" – melalui www.iq.com.
  3. ^ Winursita, Sphatika (August 21, 2020). "Sinopsis 18 Again | VIU".
  4. ^ "Roh Jeong-eui to Star in "Eighteen Again" as Kim Ha-neul's Daughter". HanCinema. March 9, 2020. Dicapai pada August 9, 2020.
  5. ^ "Lee Byung-joon to Star in "Eighteen Again"". HanCinema. March 25, 2020. Dicapai pada August 9, 2020.
  6. ^ "Wi Ha-joon to Star in "Eighteen Again"". HanCinema. March 3, 2020. Dicapai pada August 9, 2020.
  7. ^ "Lee Ki-woo Confirms Appearance in "Eighteen Again"". HanCinema. February 27, 2020. Dicapai pada August 9, 2020.
  8. ^ "Golden Child Choi Bomin to Star in "Eighteen Again"". HanCinema. February 18, 2020. Dicapai pada August 9, 2020.
  9. ^ "Kim Yoon-hye in "Eighteen Again"". HanCinema. March 9, 2020. Dicapai pada August 9, 2020.
  10. ^ Bae, Aurora (2020-08-19). "'18 Again' presents Kim Ha-neul, Yoon Sang-hyun, Lee Do-hyun in playful main poster". Kdramapal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-17.
  11. ^ Kim, Myung-mi (September 4, 2020). "JTBC 측 "'사생활' '18 어게인' 촬영 재개, 편성 논의 중"(종합)". Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 6, 2020.
  12. ^ "18 어게인 OST Special" [18 Again OST Special]. Naver Vibe (dalam bahasa Korea). Dicapai pada November 12, 2020.
  13. ^ Kang Min-kyung (January 23, 2021). "[2020 APAN AWARDS] 장동윤·이도현, 신인상 수상 "초심 잃지 않겠다". star.mt (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 23, 2021.
  14. ^ Kim, Ji-hye. 제57회 백상예술대상, TV·영화·연극 부문 최종 후보 발표..13일 생방송[공식] [The 57th Baeksang Arts Awards, finalists announced in the TV·Film·Drama category.. Live broadcast on the 13th]. Herald Pop (dalam bahasa Korea) – melalui Naver.
  15. ^ Kim Jin-seok and Jo Yeon-kyung (April 12, 2021). "57회 백상예술대상, TV·영화·연극 부문 최종 후보 공개". isplus.joins (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 12, 2021 – melalui Naver.
  16. ^ Kim Jin-seok (May 14, 2021). "[57회 백상] 공정한 결과 공감 받은 시상식(종합)". isplus.joins (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 14, 2021.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan