1 Lawan Satu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
1 Lawan Satu
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 27 Julai 2013 (2013-07-27) (Malaysia)
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM1.8 juta

1 Lawan Satu (juga disebut Satu Lawan Satu) merupakan sebuah filem aksi seni mempertahankan diri Malaysia 2013 arahan Pierre Andre dan terbitan Metrowealth Pictures. Ia dibintangi oleh Azlan Komeng, Mikail Andre dan Fyza Kadir.[1] Ia merupakan filem pertama arahannya bagi genre aksi.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setiap pahlawan ada ceritanya. Begitu juga Saleh dan Radhi, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena. Saleh dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, Saleha telah menyebabkan ayahnya melepaskan Saleh pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. Berbeza dengan hidup Radhi yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, Sara yang sedang sakit tenat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Azlan Komeng sebagai Saleh
  • Mikail Andre sebagai Radhi
  • Fyza Kadir sebagai Nora
  • Along Eyzendy sebagai Oman
  • Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Ayah Saleh
  • Khatijah Tan sebagai Mak Lang
  • Ibu Aidah sebagai Ibu Radhi
  • Mimi Ernida sebagai Saleha
  • Puteri Balqis sebagai Sara
  • Frank Peterson sebagai Ah Seng
  • John Lim sebagai Juara Karate
  • Didi Firdaus sebagai Lelaki Capoeira
  • Erwan Shah sebagai Apek the Joker
  • Anuar John Paharudin sebagai Pengadil
  • Azman Talib sebagai Pegawal peribadi Oman
  • Ruzaini Hassan sebagai Pegawal peribadi Oman 2
  • Ruzman Hassan sebagai Pegawal peribadi Oman 3

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

1 Lawan Satu merupakan filem kelapan arahan Pierre Andre dan pertama arahannya bagi genre aksi. Biarpun beliau sinonim dengan filem-filem romantik, namun sentuhan beliau dalam genre aksi amat berhasil dan tidak mengecewakan.

Dengan mengetengahkan tema berbeza dari filem aksi bertemakan samseng, Pierre mengetengahkan sekurang-kurangnya 80 peratus pelbagai jenis seni mempertahankan diri, termasuk Muay Thai, Silat, Taekwondo, Karate, Capoeira dan banyak lagi. Beliau mengambil adiknya, Mikail sebagai pelakon utama di samping Azlan Komeng. Pelakon lain termasuk Fyza Kader, Puteri Balqis, Eyzendy Aziz dan Mimi Ernida serta ibu beliau sendiri, Khatijah Tan. Beliau juga dilaporkan lebih selesa mengambil pelakon baru berbanding mereka yang sudah ada nama dalam bidang lakonan.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 27 Jun 2013 dan mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta. Ia menjadi filem kedua arahan Pierre yang ditayangkan pada 2013, selepas filem Cerita Kita yang ditayangkan pada Mac. Dua lagi filemnya yang ditayangkan pada tahun yang sama ialah Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dan Highland Tower.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "1 Lawan Satu - filem aksi pertama Pierre Andre". Bro Framestone. 27 Jun 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  2. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  3. ^ Nurrezatul Aqmar Mustaza (29 Jun 2013). "Satu Lawan Satu pertaruhan terbaru Pierre Andre". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-18. Dicapai pada 17 Oktober 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]