2003
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2003. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2003 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2003 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu. Ia berlangsung dari 27 Syawal 1423 hingga 7 Zulkaedah 1424.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
Januari[sunting | sunting sumber]
- 7 Januari: Menteri Pengangkutan Malaysia Ling Liong Sik mengumumkan peletakan jawatannya daripada Kabinet. Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad berkata beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung hasrat Ling untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
- 25 Januari: Sekumpulan orang bertolak dari London ke Baghdad untuk menjadi perisai manusia sukarela, sebagai usaha menghalang pencerobohan Amerika Syarikat.
Februari[sunting | sunting sumber]
- 5 Februari: Krisis Iraq: Setiausaha Negara AS membuat pembentangan kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai Iraq.
- 15 Februari: Demonstrasi sedunia menentang perang ke atas Iraq - lebih 6 juta orang membantah di lebih 600 bandar, menjadikannya rekod bantahan terbesar.
- 24 Februari: Penerbangan pertama Boeing 777-300
Mac[sunting | sunting sumber]
- 12 Mac: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan arahan berwaspada terhadap penyakit SARS.
- 15 Mac: Hu Jintao menjadi presiden Republik Rakyat China menggantikan Jiang Zemin.
- 17 Mac: Krisis Iraq: Presiden AS George W. Bush memberi kata dua kepada Iraq: sama ada Presiden Saddam Hussein dan anaknya meninggalkan Iraq atau diserang.
- 19 Mac: Perang Iraq bermula, diketuai oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.
April[sunting | sunting sumber]
Mei[sunting | sunting sumber]
- 1 Mei: George W. Bush mengumumkan tamatnya perang di Iraq. Walau bagaimanapun, serangan kecil-kecilan masih berlaku.
Julai[sunting | sunting sumber]
- 5 Julai: WHO mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan penyakit SARS adalah terkawal.
Ogos[sunting | sunting sumber]
- 11 Ogos:
- PBB mengambil alih tugas pasukan pengaman di Afghanistan.
- Ketua Jamaah Islamiah, Riduan Isamuddin @ Hambali ditahan di Bangkok.
- 12 Ogos: Wikipedia Bahasa Melayu dimulakan.
Oktober[sunting | sunting sumber]

- 7 Oktober: Para pemimpin Asean memberikan penghormatan kepada pemimpin Asean yang disifatkan sebagai lantang bersuara, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad.
- 24 Oktober: Penerbangan komersil terakhir pesawat supersonik Concorde.
- 31 Oktober: Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad meletakkan jawatan setelah memerintah selama 22 tahun.
November[sunting | sunting sumber]
- 23 November: Gerhana matahari penuh di Antartika.
Disember[sunting | sunting sumber]
- 13 Disember: Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditangkap di Tikrit, Iraq.
- 26 Disember: Gempa bumi di Bam, Iran mengorbankan lebih 40,000 orang.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 28 Januari: Izz Ilham, pelakon lelaki Malaysia
- 2 Februari: Keisya Levronka, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia
- 1 April: Zsa Zsa Utari, pelakon wanita Indonesia
- 12 April: Enrique Maccartney Harold, atlet terjun Malaysia
- 18 Mei: Bella Dowanna, pelakon wanita Malaysia
- 21 Jun: Adhisty Zara, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia
- 7 Julai: Veve Zulfikar, penyanyi Indonesia
- 22 November: Yasmin Napper, pelakon wanita Indonesia