Pergi ke kandungan

2025 di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

2025
di
Malaysia

Dekad:
Lihat juga:Peristiwa lain 2025
Sejarah Malaysia  • Garis masa  • Tahun
2025 mengikut topik:
Kesenian
Seni binaKomikFilemVideo rumahKesusasteraan (Puisi) – Muzik (Kampung, Metal, UK) – RadioGambarTelevisyenPermainan video
Politik
Pilihan rayaPemimpin antarabangsaNegara berdaulat
Pemimpin negara yang berdaulatGabenor wilayah
Sains dan teknologi
Angkasa lepasArkeologiPenerbanganBurung/OrnitologiPalaeontologiPengangkutan rel
Sukan
BadmintonBesbolBola keranjangBola tampar
Mengikut tempat
AfghanistanAfrika SelatanAlbaniaAlgeriaAmerika SyarikatAngolaAntartikaArab SaudiArgentinaArmeniaAustraliaAustriaAzerbaijanBangladeshBahamasBarbadosBelandaBelgiumBeninBhutanBosnia dan HerzegovinaBrazilBulgariaBurkina FasoBurundiCameroonCape VerdeChadChileChinaColombiaCosta RicaCôte d'IvoireCroatiaCubaCyprusCzechiaDenmarkEcuadorEl SalvadorEmiriah Arab BersatuEstoniaEthiopiaFilipinaFinlandGabonGeorgiaGhanaGreeceGuatemalaHungaryIcelandIndiaIndonesiaIraqIranIrelandIsraelItaliJepunJermanKanadaKazakhstanKembojaKenyaKesatuan EropahKorea UtaraKorea SelatanKuwaitLaosLatviaLibyaLithuaniaLuxembourgMacauMadagascarMaghribiMalawiMalaysiaMaliMesirMexicoMoldovaMontenegroMozambiqueMyanmarNepalNew ZealandNigerNigeriaNorwayOmanPakistanPalestinPerancisPeruPolandPortugalRepublik Afrika TengahRomaniaRusiaRwandaSenegalSepanyolSerbiaSingapuraSlovakiaSloveniaSomaliaSri LankaSudanSudan SelatanSwedenSwitzerlandSyriaTaiwanTanzaniaThailandTurkeyUgandaUkraineUnited KingdomUruguayUzbekistanVenezuelaVietnamYemenZambiaZimbabwe
Topik lain
Pemimpin agama
Kategori kelahiran dan kematian
KelahiranKematian
Kategori pernubuhan dan pembubaran
PenubuhanPembubaran
Kategori karya dan perkenalan
KaryaDiperkenalkan
Karya yang memasuki domain awam

Rencana ini menyenaraikan tokoh-tokoh dan peristiwa penting dalam hal ehwal awam Malaysia semasa tahun 2025, bersama-sama dengan kelahiran dan kematian tokoh terkenal Malaysia.

Perjawatan

[sunting | sunting sumber]

Peringkat Persekutuan

[sunting | sunting sumber]

Peringkat Negeri

[sunting | sunting sumber]

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]
  • 1 Januari:
    • Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi semua transaksi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur.[1]
    • Tun Musa Aman melafazkan sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu pada 1 Januari 2025. Pelantikan Musa menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan perkhidmatannya selepas empat penggal. Musa menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 17 Disember 2024 untuk tempoh empat tahun hingga 31 Disember 2028.[2]
    • 4 pengunjung konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang maut, dipercayai mengambil ekstasi.[3]
  • 2 Januari - Stesen LRT KLCC ditutup sementara waktu dan penumpang hanya dibenarkan keluar daripada stesen itu pada petang Khamis susulan kepulan asap akibat kebakaran di bilik elektronik.[4]
  • 3 Januari - Pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil.[5]
  • 6 Januari - Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berjaya mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.[6]
  • 11 Januari - Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais melepaskan kedua-dua jawatan berkenaan selain keahliannya dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.[7]
  • 13 Januari - Kerajaan memfailkan perintah larangan bersuara terhadap kes tambahan Najib.[8]
  • 17 Januari - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada jam 2.47 pagi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.[9]
  • 18 Januari - Polis menahan tiga lelaki susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu.[10]
  • 19 Januari - Kesemua operasi stesen radio di bawah Media Prima Audio mula bersiaran secara rasmi di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.[11]
  • 24 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melepaskan tembakan ke atas bot yang disyaki menceroboh pantai Tanjung Rhu, Banting, Selangor, menyebabkan seorang pekerja asing warga Indonesia maut dan empat lagi cedera.[12]
  • 27 Januari - Pelawak dan pelakon, Along Cham dilepas tanpa dibebas daripada satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu.[13]
  • 29 Januari - Pelampung gelongsor air kaca tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam.[14]
  • 31 Januari - Seorang tukang rumah, Izzuddin Md Salim, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak, Harith Iskander serta keluarga.[15]
  • 1 Februari - Pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan ke 21 lagi pintu masuk negara, termasuk KLIA, Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pelabuhan Klang. Ini akan melibatkan lebih 6,000 pegawai dan anggota, dengan sokongan dari pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen dan JPJ. Perluasan ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Sebelum ini, projek rintis AKPS telah dilaksanakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
  • 10 Februari - Kesemua operasi pejabat TV, pusat kawalan MCR dan studio di bawah rangkaian televisyen Media Prima mula bersiaran di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.
  • 25 Februari - Bekas ibu pejabat Media Prima di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor telah ditutup sepenuhnya selepas 3 dekad beroperasi.[16]

Ywmbbjjajak

  • 1 April - Kebakaran putra height pada syawal kedua selangor tragedi ini berpunca dari paip gas bawah tanah menyebabkan kerosakan harta benda
  • 7 April - Kes buli MRSM Nibong Tebal: Polis telah menjalankan siasatan berhubung video tular membabitkan sekumpulan pelajar lelaki sedang membuli seorang pelajar di institusi berkenaan.
  • 8 April - Kes buli MRSM Nibong Tebal: Jawatankuasa Disiplin MRSM mengesyorkan 7 pelajar yang terlibat dalam kes buli bakal ditamatkan pengajian daripada maktab itu.
  • 14 April - Bekas Perdana Menteri Kelima Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada jam 7:10 malam di Institut Jantung Negara (IJN). Jenazah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan.
  • 16 April - Sebanyak 13 laporan polis telah dibuat terhadap sebuah akhbar berbahasa cina berhubung kesilapan pada ilustrasi Jalur Gemilang yang tertera pada muka hadapan akhbar tersebut.
  • 30 April - Harga Nasi Lemak dan Roti Canai telah meningkat selepas 13 tahun.

Mei

  • 3 Jun - Bekas KSU Kementerian Luar, Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.
  • 4 Jun - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan Yusoff Rawther. Dalam saman itu Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual ke atasnya. Dalam penghakimannya, hakim Roz Mawar Rozain menyatakan lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan. Sehubungan itu, hakim memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.[18]
  • 8 Jun - Seorang lelaki maut akibat direnjat elektrik ketika mengambil buah di Kampung Bambangan, Papar.
  • 9 Jun - Sebuah bas terbabas lantas merempuh sebuah kereta di Gerik lalu mengakibatkan kematian 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  • 11 Jun - Tragedi Bas UPSI: Permit syarikat yang terbabit dalam kemalangan di Gerik akan dibatalkan serta-merta.
  • 12 Jun - Seorang pelajar tingkatan lima ditahan selepas disyaki membunuh di Bukit Rambai gara-gara dipaksa belajar.
  • 12 Jun - Lori terbabit dalam nahas trak FRU di Teluk Intan pada 13 Mei lalu dikesan membawa bahan muatan salah yang tidak selari kelulusan dibenarkan.
  • 12 Jun - Tragedi Bas UPSI: Pemandu bas yang terlibat dalam tragedi nahas yang mengorbankan 15 nyawa pelajar UPSI akan didakwa di mahkamah pada keesokan harinya.
  • 15 Jun - Empat orang termasuk tiga kanak-kanak tempatan cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di KM 68 Jalan Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.
  • 16 Jun - Sebanyak 8 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Petagas, Putatan.
  • 23 Jun - Kesemua 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia dari Iran selamat tiba di KLIA.
  • 24 Jun - Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 menunjukkan peningkatan.
  • 24 Jun - Kemajuan fizikal Lebuhraya Pan Borneo Sabah dalam pakej kerja 20 (Jajaran Lahad Datu) adalah rendah dengan hanya mencapai tahap 1.6%.
  • 10 Julai - Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-100. Negarawan itu sekali gus mencipta rekod sebagai bekas Perdana Menteri Tertua Masih Hidup.[19]
  • 13 Julai - Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan, susulan menghadiri program Picnic & Potluck sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99.[20] Beliau dibenarkan keluar dari IJN pada pukul 4.45 petang.[21]
  • 21 Julai - Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidik beliau, Muhammed Yusoff Rawther, sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kekebalan Perdana Menteri.[22]
  • 26 Julai - Himpunan Turun Anwar

Peristiwa yang akan dijadualkan

[sunting | sunting sumber]

Hari Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Tema Utama

Malaysia Madani: Rakyat Disantuni

Tema ini menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan pembangunan negara berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.

  • 5 Mac - Azmi Hussin - kartunis
  • 6 Mac - Kamal Salih - ahli politik
  • 25 Mac - Rahim Abdullah - legenda bola sepak
  • 1 Julai - Roslee Sako - pelakon
  • 11 Julai - Rozana Kamarulzaman - ahli politik

September

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318430/ktmb-laksana-bayaran-tanpa-tunai-sepenuhnya-mulai-1-januari-2025
  2. ^ "Musa Aman sworn in as 11th Sabah Yang di-Pertua Negeri". The Star. 1 January 2025. Dicapai pada 3 January 2025.
  3. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/4-pengunjung-konsert-pinkfish-maut-dipercayai-ambil-ekstasi-502987
  4. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/stesen-lrt-klcc-ditutup-akibat-kepulan-asap-bilik-elektronik-502966
  5. ^ https://www.astroawani.com/berita-sukan/zii-jia-terpaksa-tarik-diri-dari-terbuka-malaysia-minggu-depan-503167
  6. ^ https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/najib-dapat-kebenaran-mulakan-semakan-kehakiman-cabar-titah-adendum/
  7. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-tempatan-pilihan-sepanjang-hari-ini-504094
  8. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-tidak-wajar-ada-perintah-larangan-bersuara-azalina-504481
  9. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-runtuh-di-jalan-amber-court-dan-ion-delemen-genting-highlands-505025
  10. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-ditahan-disyaki-pukul-oku-langgar-gerai-pasar-tani-505085
  11. ^ Molek FM mula operasi dari Balai Berita
  12. ^ "Protesters pelt Malaysian embassy with eggs over Indonesian migrant worker shooting". AP News. 30 January 2025. Dicapai pada 30 January 2025.
  13. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/709494/berita/semasa/along-cham-sujud-syukur-lepas-tanpa-bebas-satu-kes-dadah
  14. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-siasat-pelampung-gelongsor-timpa-pengunjung-di-taman-tema-icity-506706
  15. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-guna-ai-ugut-sengaja-nak-mainkan-harith-iskander-506752
  16. ^ Selepas 3 dekad, Sri Pentas ditutup sepenuhnya di Bandar Utama
  17. ^ Semua logo rangkaian televisyen MPB di Sri Pentas diturunkan
  18. ^ Dzulqarnain, Qistina Nadia (2025-06-04). "Permohonan PM tangguh saman Yusoff ditolak mahkamah". Malaysiakini.
  19. ^ BAKAR, JUANI MUNIR ABU; BAKAR, JUANI MUNIR ABU (2025-07-10). "Selamat hari jadi ke-100 Tun Dr. Mahathir". Utusan Malaysia.
  20. ^ "Tun M keletihan, sedang berehat di IJN". Astro Awani. 2025-07-13.
  21. ^ "[TERKINI] Tun M dibenar keluar IJN". Astro Awani. 2025-07-13.
  22. ^ "Mahkamah setuju tangguh saman bekas pembantu Anwar". Portal Berita. 2025-07-21.
  23. ^ CelcomDigi Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Menggantikan Celcom Life Dan MyDigi
  24. ^ Aplikasi MyDigi & Celcom Life Bakal Ditamatkan 31 Dis
  25. ^ https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/penggabungan-mavcom-caam-dilaksana-pada-2025
  26. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/06/13/caam-to-run-independently-from-2025-says-loke/