24 (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
24
Poster Pandang Pertama
PengarahVikram Kumar
DibintangiSuriya
Samantha Ruth Prabhu
Nithya Menen
Muzik olehA. R. Rahman
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
6 Mei 2016
NegaraIndia
BahasaTamil
Bajet46.7 kror(MYR31.2 juta)
Pecah panggung109 kror(MYR72.8 juta)

24 adalah filem Fiksyen sains bahasa Tamil tahun 2016 dari India. Filem ini diarahkan oleh Vikram Kumar. Suriya yang berlakon sebagai penaraju utama, juga mengarahkan filem ini di bawah syarikat produksinya, 2D Entertainment.Filem ini juga turut dibintangi oleh Samantha dan Nithya Menen sebagai penaraju utama[1].

Skor muzik pula mendapat sentuhan oleh komposer A. R. Rahman, manakala Vairamuthu dan Madhan karky mengarang lirik lagu bagi filem ini. Tema filem ini berlatarkan mengenai alat merentas masa dan pengembaran melalui masa.Filem ini ditayangkan di seluruh dunia pada 6 May 2016, dengan ulasan yang sangat positif, serta berjaya dari segi komersial.Di Malaysia, filem ini berjaya mengutip MYR 4,993,324 dan sekali gus menjadikannya filem kemepat tertinggi kutipan pecah panggung bagi filem tamil di malaysia bagi tahun 2015 , di belakang Kabali, Theri dan Iru Mugan[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

'24' adalah cerita mengenai sebuah jam tangan, yang mana pemilik boleh pergi ke masa lalu dan masa depan dan mengawal masa.

Sethuraman (Suriya) adalah seorang saintis yang bijak yang mencipta jam tangan yang boleh memanipulasi masa. Dia memanggil ia sebago Project 24. Walau bagaimanapun, adiknya kembarnya Athreya (Juga dilakonkan oleh Suriya), seorang don yang kejam , mahu jam tangan untuk dirinya sendiri. Dia menyerang saudaranya dan membunuh isterinya (Nithya Menen) .Sethuraman melarikan diri dengan bayi beliau tetapi dikejar oleh penjahat . Mengetahui bahawa dia tidak berupaya untuk melarikan diri, Sethu meninggalkan bayi dan jam tangan tersebut dengan seorang wanita yang dia bertemu di kereta api. Athreya berjaya menangkap adiknya dan membunuhnya, tetapi terlibat dalam kemalangan semasa dalam proses itu dan menyebabkan dia masuk ke dalam keadaan koma selama 26 tahun. Selepas beberapa tahun, bayi tersebut yang bernama sebagai Mani (Juga dilakoni oleh Suriya) menjadi dewasa dan berkerja sebagai seorang mekanik jam tangan. Pada suatu hari, dia sedar pasal jam tangan tersebut dan mula sedar bahawa jam tangan tersebut adalah alat merentas masa. Dia mula memanipulasi masa untuk kelebihan beliau, terutamanya dalam penetasan plot romantis dengan gadis cantik, Sathya (Samantha).Pada masa yang sama, Atherya sedar dari koma dan mula mencari jam tangan tersebut untuk mendapatkan semula masa mudanya yang hilang.

Watak dan Lakonan[sunting | sunting sumber]

  • Suriya sebagai Mani, Sethuraman dan Athreya
  • Samantha Ruth Prabhu sebagai Sathya
  • Nithya Menen sebagai Priya
  • Ajay sebagai Mithran
  • Saranya Ponvannan sebagai Sathyabhama
  • Girish Karnad sebagai Sathya's grandfather

Produksi[sunting | sunting sumber]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

"Ramai penulis dan pengarah telah mencuba menerbitkan filem yang berkaitan dengan perjalanan masa. Tetapi filem ini adalah berdasarkan perspektif saya terhadap genre ini,, dan tidak seperti yang selalu berlaku dalam filem berkaitan perjalanan masa. Saya telah memelihara naratif sangat mudah, supaya sesiapa sahaja yang berumur di antara enam hingga enam puluh boleh menikmati filem ini, di mana, alat yang sebenarnya memainkan peranan yang penting."

 —Vikram Kumar mengenai filemnya,dalam satu wawancara dengan The Times of India.[3]

Pada bulan Ogos 2009, pengarah Vikram Kumar mengumumkan bahawa beliau akan mengarahkan sebuah filem yang bertajuk, 24. Filem ini akan diterbitkan oleh Mohan Natarajan dan perlakon ikram dalam peranan utama. Dalam satu wawancara dengan The Times of India di Chennai, Vikram Kumar meyatakan bahawa Ileana D'Cruz akan memainkan watak wanita utama. Pada Februari 2010, Vikram Kumar secara rasmi mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengarahkan filem tersebut. Vikram Kumar menjelaskan beliau ingin mengubah sedikit skrip filem itu tetapi ditolak oleh pelakon Vikram dan penerbit filem.Vikram Kumar kemudian mendekati Mahesh Babu dengan skrip itu, yang tidak berminat dengan tawaran itu. Pada bulan Ogos 2014, s Pelakon Suriya telah disahkan sebagai perlakon lelaki utama serta akan menerbitkan filem tersebut.

Perkembangan Watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon Suriya telah memainkan tiga watak berlainan dalam filem ini. Pengeluar mengadakan perbincangan yang berpotensi dengan Catherine Tresa [18] untuk peranan wanita utama sebelum Samantha telah dimuktamadkan pada Februari 2015. Pada bulan Julai 2015, Nithya Menen telah ditambah dalam projek ini untuk memainkan watak utama yang lain. Saranya Ponvannan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada salah satu daripada watak Suriya dalam filem itu

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Fotografi prinsipal dimulakan di Mumbai pada 8 April 2015.Sebuah lagu romantis telah difilemkan di Nashik pada awal bulan Jun 2015. Manakala sesetengah adegan tertentu telah difilemkan di studio Filmistan, Goregaon. Kerja-kerja VFX turut dilakuka di studio yang sama. Filem ini juga digambarkan di Poland.

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi bagi filem ini digubah oleh A. R. Rahman. Manakala, Vairamuthu dan Madhan Karky menghasilkan lirik bagi lagu-lagu dalam filem ini.Album ini mempunyai enam trek, dan telah dikeluarkan pada April 11, 2016 oleh Eros Music.

Trek Lagu[sunting | sunting sumber]

24 (soundtrack)
Fail:24(Album cover).jpg
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada11 April 2016 (2016-04-11)
Dirakamkan pada2014–16
Panchathan Record Inn, Chennai
A M Studios, Chennai
A R Studios, Mumbai
Panchathan Hollywood Studios, Los Angeles
TempatIndia Edit the value on Wikidata
GenreScience fiction film (en) Terjemah dan Filem debaran Edit the value on Wikidata
Panjang25:52
BahasaTamil
Syarikat[ros International
PengedarEros International (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PengarahVikram Kumar Edit the value on Wikidata
PenerbitA. R. Rahman
Kronologi A. R. Rahman
Muhammad: The Messenger of God
(2015)
24
(2016)
Pelé: Birth of a Legend
(2016)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Versi Tamil
24 (Tamil) [Original Motion Picture Soundtrack][4]
No.TajukSeni kataPenyanyiMasa
1."Naan Un"Madhan KarkyArijit Singh, Chinmayi04:48
2."Mei Nigara"KarkySid Sriram, Sanah Moidutty, Jonita Gandhi05:16
3."Punnagaye"VairamuthuHaricharan, Shashaa Tirupati04:16
4."Aararoo"KarkyShakthisree Gopalan03:41
5."My Twin Brother"N/ASrinivasa Krishnan, Hriday Gattani03:28
6."Kaalam Yen Kadhali"VairamuthuBenny Dayal04:23
Jumlah masa: 25:52


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anupama Subramanian (13 February 2015). "Suriya and Samantha to team up". Deccan Chronicle. Dicapai pada 14 February 2015.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-05. Dicapai pada 2017-02-04.
  3. ^ "'24' will test the intelligence of audience: Vikram Kumar". The Times of India. Dicapai pada 29 April 2016.
  4. ^ "24 (Tamil) [Original Motion Picture Soundtrack] - EP by A. R. Rahman on iTunes". iTunes. Dicapai pada 2016-04-17.