Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
26 September merupakan hari ke-269 (hari ke-270 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 96 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bahasa Eropah dan Hari Dominion di New Zealand (1907 ).
1580 - Kapal Golden Hind belayar masuk ke Plymouth , England , setelah Francis Drake (gambar) menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia.
1687 - Parthenon (gambar) di Athens musnah sebahagian ketika pertikaian bersenjata antara Republik Venice dan Empayar Uthmaniyah .
1907 - Newfoundland dan New Zealand menjadi kawasan penguasaan Empayar British .
1945 - Lt. Col. A. Peter Dewey, seorang pegawai OSS ditembak mati oleh Viet Minh , menjadikan beliau anggota tentera Amerika Syarikat pertama terbunuh di Vietnam.
1957 - West Side Story , satu muzikal yang ditulis Arthur Laurents , Leonard Bernstein dan Stephen Sondheim , dan diterbit dan diarah Jerome Robbins , mula dipentaskan di Broadway .
1983 - Leftenan Kolonel Soviet Stanislav Petrov menghindarkan perang nuklear sedunia, mengenal pasti suatu "serangan A.S." sebagai isyarat palsu .
2006 - Shinzō Abe , presiden Parti Demokratik Liberal , menggantikan Junichiro Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
2009 - Taufan Ketsana menyebabkan pengisytiharan "keadaan malapetaka " di 25 wilayah. Ia mengorbankan lebih 450 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.