2 Hati, Satu Jiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari 2 Hati 1 Jiwa)
2 Hati 1 Jiwa
Poster Filem 2 Hati 1 Jiwa
PengarahAbdul Razak Mohaideen
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Dibintangi
SinematografiMohd Erman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 28 Januari 2010 (2010-01-28)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

2 Hati, Satu Jiwa ialah sebuah filem drama keluarga Malaysia 2010 arahan, Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 28 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Fouziah Gous, Yasmin Hani dan Fahrin Ahmad ini merupakan filem diambil asas kisah benar pasangan Allahyarhamah Ladan dan Laleh.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lana dan Lina sentiasa mempunyai perbezaan di dalam mereka. Namun begitu, mereka masih mampu hidup bersama sebagai kawan baik terhadap diri masing-masing. Mereka sentiasa dilindungi daripada elemen-elemen luaran sosial yang lain oleh ibu bapa mereka. Sejak kecil, mereka tidak pernah dihantar ke sekolah awam. Sehinggalah pada suatu hari, ibubapa mereka menyedari akan keperluan untuk mendedahkan mereka kepada dunia luar agar mereka tidak akan bergantung kepada ibubapa mereka lagi. Peluang untuk mereka belajar berdikari bermula apabila mereka masuk ke alam universiti. Membenarkan mereka untuk memilih kepentingan dan kesukaan masing-masing, contohnya daripada kursus mata pelajaran, kawan-kawan dan gaya hidup masing-masing. Mereka telah menjadi kembar yang berlainan kontras individualitinya tetapi berkongsi conjoined body yang sama. Buat pertama kalinya di dalam hidup mereka, perasaan benci sesama mereka telah muncul. Hanya pembedahan yang mampu menjadi penyelesaian terhadap konflik ini. Filem ini mempersembahkan plot-plot penceritaan yang menarik tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh Lana dan Lina di dalam mengharungi zaman universiti mereka yang telah membuatkan mereka tidak lagi berkesefahaman yang berakhir dengan pembedahan.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan filem ini hanya 2.5 bintang sahaja. Pujian harus diberi kepada pelakon utama filem ini, Fouziah Gous dan Yasmin Hani yang sanggup bersabar untuk menjadi pasangan kembar siam.

Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan jalan cerita ini kurang memuaskan dan jalan cerita kurang berkesan. Hal ini dapat dilihat kepada pelakon Fahrin Ahmad yang menjadi Doktor Hassan.

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Sebuah lagu bertajuk 2 hati Satu Jiwa hasil tulisan Mohariz Yaakup dan liriknya ditulis oleh Aucu. Dinyanyikan oleh Datuk Nassier Wahab

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurulhisham Abdul Latiff. "@Sinepleks: Adnan Sempit memang pecah panggung". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2020. Dicapai pada 26 Januari 2010 – melalui bharian.com.my.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]