30 Pesanan Suara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
30 Pesanan Suara
Genre
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Hannah Delisha
Shukri Yahaya
Saharul Ridzwan
Lagu pembukaan"Bisa Aja" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Bisa Aja" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
PenyuntingNoor Idayu Habib
Zat Azmi
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal6 Mei 2019 – 4 Jun 2019
Kronologi
MengikutiKamar Kamariah
Diikuti olehBukan Cinta Aku

30 Pesanan Suara ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 istimewa Ramadan 1440H arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Hannah Delisha dan Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan.[1] Siri ini bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 6 Mei 2019.[2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Izman (Shukri Yahaya), Syafira (Hannah Delisha) dan Iman (Saharul Ridzwan). Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira demi arwah Iman walaupun ditentang keras oleh ibunya sendiri, Puan Intan (Zarina Zainuddin).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syanty Octavia Amry (31 Mei 2019). Berlakon bagai bercuti - Hannah & Shukri Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2019.
  2. ^ "30 Pesanan Suara". MyInfoTaip. 9 April 2019. Dicapai pada 10 April 2019.
  3. ^ 30 Pesanan Suara (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 19 Julai 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Ahad, 7:00 petang
Sebelumnya 30 Pesanan Suara Berikutnya
Kamar Kamariah Bukan Cinta Aku