391 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Iphicrates, jeneral Athens, dengan sebuah angkatan tentera yang terdiri hampir daripada para askar ringan dan peltas (pelembing) mencapai suatu kemenangan yang muktamad terhadap rejimen Sparta yang ditempatkan di Lechaeum dalam Pertempuran Lechaeum. Ini merupakan kali pertama bahawa seangkatan askar infantri ringan dapat menewaskan seangkatan tentera hoplit (askar infantri dengan senjata lengkap) Yunani.
  • Iphicrates juga berkempen terhadap Phlius dan Arcadia, dan menewaskan tentera mereka dengan muktamad serta menjarah wilayah Arcadia apabila tenteranya enggan bertempur. Selepas kemenangan ini, seangkatan tentera Argos mara menuju Corinth, dan menawan akropolisnya. Dengan itu, Argos dan Corinth digabungkan secara berkesan.

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

  • Struthas, satrap (gabenor) Parsi mengejarkan dasar anti-Sparta, dan menyebabkan Sparta memerintah Thibron, gabenor bagi kota-kota Yunani di Ionia, untuk menyerangnya. Pada mula-mulanya, Thibron berjaya menjarah wilayah Parsi, tetapi kemudian dibunuh bersama dengan sebilangan orangnya apabila Struthas menyerang hendap mereka.
  • Evagoras dari Salamis dan Parsi bertempur untuk penguasaan Cyprus. Dibantu oleh Athens dan Mesir, Evagoras memperluas pemerintahannya ke sebahagian besar Cyprus serta beberapa kota di Anatolia.

Sicily[sunting | sunting sumber]

Republik Rom[sunting | sunting sumber]

  • Marcus Furius Camillus, diktator Rom, dituduh kerana membuat pembahagian yang tidak adil terhadap rampasan perang yag diperoleh daripada kemenangnya di Veii. Beliau hidup dalam buangan secara rela.
  • Rom menghantar Quintus Fabius Ambustus serta dua orang lagi daripada keluarga Fabius sebagai duta untuk berjumpa dengan puak berkelana Celt (yang Rom menggelar sebagai Gaul) di bawah Brennus yang sedang mara ke arah hilir Sungai Tiber semasa angkatan tenteranya mengepung Clusium. Selepas kumpulan Quintus Fabius terlibat dalam pertempuran kecil dengan orang-orang Gaul dan membunuh salah satu daripada pemimpinnya, puak Gaul yang tersinggung mendesak bahawa Rom menyerah ahli-ahli Fabius kepada mereka. Rom menolak permintaan ini dan oleh itu, tentera Gaul mara menuju Rom.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]