3 Janji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari 3 Janji (drama))
3 Janji
GenreDrama, cinta
Ditulis olehSiti Jasmina Ibrahim
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Liyana Jasmay
Shahz Jaszle
Shah Iskandar
Lagu pembukaan"Mana Oh Mana" oleh Aizat
"Suatu Hari Nanti" oleh Keroz Nazri
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitAhmad Al-Husna Abu Hassan
Bibi Hasnah Mohammad
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
HNJ Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal20 Mac 2012 – 12 Jun 2012
Kronologi
MengikutiVanila Coklat
Diikuti olehBukan Bidadari

3 Janji ialah sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2012 arahan Heykal Hanifah dengan lakonlayar oleh Siti Jasmina Ibrahim, dibintangi oleh Liyana Jasmay, Shahz Jaszle dan Shah Iskandar. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 20 Mac 2012 hingga 12 Jun 2012, menggantikan Vanila Coklat.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini menceritakan mengenai hubungan dua orang sahabat baik sejak kecil, Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahz Jaszle). Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi kekasih. Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentiasa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih terbaik dan menjadi suami terbaik buat Dalia. Apakah kemunculan Kamil (Shahz Jaszle) dan Yassin (Shah Iskandar) dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut?[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Ahmad Yusri Salleh
  • Lisnawati Mohd Nasir
  • A. Wahab Ismail
  • Mohd Shahnawez Mohaidin
  • Mohammad Noor Amin
  • Ajak Achika
  • Zulhelmy Sulaiman
  • Azmi Othman (Pak Teh)
  • Shah Nizar Jamaludin
  • Nik Alias Haji Che Seman
  • Numan Mohd Salleh
  • Hafidah Anual
  • Rain Halim
  • Afiq Shahzzriz
  • Hazreen Ali Aziz
  • Nor Hasniza Abu Zarin
  • Ahmad Fauzi
  • Muhammad Adib
  • Badrollshah
  • Muhammad Azreen Abdul Rahman
  • Lydia @ Joyah

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Dalam drama ini, Shahz Jaszle memegang dua watak, iaitu Khursyi & Kamil. Walaupun beliau mengakui menghadapi masalah sering terlewat ke lokasi penggambaran disebabkan kesukaran tidur,[3] namun pengarahnya, Heykal Hanifah menganggap perkara tersebut bukanlah masalah besar dan tidak mengganggu proses penggambaran.[4]

Menurut Liyana Jasmay, Heykal telah mengubah jalan cerita 3 Janji untuk disesuaikan dengan penonton kerana menganggap drama ini sangat berat untuk dihayati.[5] Dia juga selesa bekerjasama dengan pelakon-pelakon utama yang lain bagi menjayakan drama ini.[5]

Antara bakat baru yang diperkenalkan ialah Saharul Ridzwan. Beliau juga mengakui masih kekok semasa melakonkan wataknya melalui drama ini ketika itu.[6]

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh penyiaran Ringkasan
1 20 Mac 2012 Dalia sangat menyayangi sahabatnya, Khursyi. Tanpa disangka-sangka, Elyas memendam perasaan dan cuba mencabul Dalia.
2 27 Mac 2012 Khursyi meluahkan perasaan terhadap Dalia yang juga menyintainya. Malangnya, Khursyi kemalangan akibat dilanggar van.
3 3 April 2012 Khursyi meninggal dunia selepas kemalangan dan sempat mewasiatkan 3 janji kepada Dalia. Selepas 5 tahun, Dalia menyambung pengajian di sebuah kolej.
4 10 April 2012 Dalia berkenalan dengan Yassin dan hubungan mereka semakin mesra. Dalam diam, Adila menjumpai rahsia yang disimpan oleh Dalia.
5 17 April 2012 Dalia masih tidak dapat melupakan Khursyi dan Yassin pula cuba mencuri perhatiannya. Tanpa disangka, Elyas muncul semula.
6 24 April 2012 Yassin telah berjaya menunaikan janji pertama terhadap Dalia, dan Elyas masih ingin meneruskan niat jahatnya terhadap Dalia.
7 1 Mei 2012 Kemunculan Kamil yang seiras Khursyi menceriakan Dalia dan hal ini merisaukan keluarganya.
8 8 Mei 2012 Dalia cuba mengenali dan merapati Kamil yang bersikap dingin terhadapnya.
9 15 Mei 2012 Kamil semakin rapat dengan Dalia hanya untuk menyiapkan kerja projeknya. Dalam masa yang sama, Elyas mengambil peluang menculik Dalia.
10 22 Mei 2012 Yassin menyelamatkan Dalia. Kamil rasa bersalah atas penculikan Dalia yang disebabkan kelalaiannya.
11 29 Mei 2012 Rahsia Kamil diketahui Dalia. Kerana tekanan, Dalia balik ke kampung menenangkan diri.
12 5 Jun 2012 Kamil dan Yassin mencari dan memujuk Dalia.
13 12 Jun 2012 Walaupun Kamil mula menyayangi Dalia, namun Dalia memilih Yassin kerana dialah yang telah memenuhi 3 janji arwah Khursyi terhadapnya.

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No.TajukArtisMasa
1."Mana Oh Mana"Aizat--
2."Suatu Hari Nanti"Keroz Nazri--
3."Cinta Terpendam"The Rain--
4."Biarkan Aku Menangis"Tommy J Pisa--
5."Mengenangmu"Kerispatih--
6."Belaian Jiwa"Liyana Jasmay, Shahz Jaszle & Shah Iskandar (nyanyian asal oleh Innuendo)--
7."Berhenti Di Kamu"Anji--
8."Andai Ku Bercinta Lagi"Mojo--
9."Cinta Terindah"Panglima--
10."Ulek Mayang"----
Jumlah masa: -:--


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syaisya (20 Mac 2012). "Sinopsis Drama 3 Janji". Dicapai pada 4 Mei 2018.
  2. ^ "Sinopsis Drama 3 Janji". Ammboi. 20 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  3. ^ Mohd Alqayum Azizi (21 Mac 2012). "Shahrizal Sukar Tidur". Mstar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  4. ^ Farahanim Rahim (21 Mac 2012). "Shahrizal Jazle Akui Disiplin Teruk". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-05. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  5. ^ a b "Bicara cinta Liyana Jasmay dan Shah Iskandar". Sinar Harian. 24 Mac 2012. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  6. ^ "Syarul tak lagi berpaling". Perak Today. 11 November 2013. Dicapai pada 5 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]