42 (sekolah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
42
Moto
Born2Code
JenisPersendirian
Bukan keuntungan
Pembelajaran percuma
Ditubuhkan pada2013 (2013) (Paris)
2016 (2016) (Fremont)
PresidenXavier Niel
PengarahNicolas Sadirac
PelajarParis, Perancis:
2,550
Fremont, California:
2,048 (kapasiti penuh)
Lokasi
Laman sesawang42.us.org (US campus)
42.fr (Paris campus)

42 merupakan sebuah sekolah pengaturcaraan persendirian, bukan keuntungan dan pembelajaran percuma yang dicipta dan dibiaya oleh jutawan Perancis, Xavier Niel (pengasas syarikat telekomunikasi Illiad) bersama beberapa orang rakan kongsi yang lain termasuklah Nicolas Sadirac (bekas ketua pengarah sekolah Epitech di Perancis),[1] Kwame Yamgnane dan Florian Bucher (bekas eksekutif Epitech).[2] Sekolah ini mula dibuka di Perancis pada tahun 2013.

Lebih daripada 70,000 calon di Perancis, 3,000[3] daripadanya telah dipilih untuk menghabiskan insentif empat minggu kem pengaturcaraan komputer yang digelar piscine (kolam renang). Mana-mana individu yang berusia 18 hingga 30 tahun layak mendaftar untuk piscine selepas menamatkan ujian pemikiran logik di laman web.

Sekolah ini tidak mempunyai sebarang profesor, tidak mengeluarkan diploma mahupun sarjana dan dibuka 24 jam sehari. Latihannya diinspirasi dari cara moden yang baru untuk mengajar pedagogi rakan-ke-rakan dan pembelajaran berasaskan projek. Sekolah ini telah disokong oleh ramai orang berprofil tinggi di Silicon Valley termasuk Evan Spiegel yang merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Snapchat, Keyvon Beykpour, pengasas bersama dan CEO Periscope, Stewart Butterfield yang merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Slack, Brian Chesky pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Tony Fadell, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nest Labs, Jack Dorsey, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Paul Graham, modal teroka dan pengasas bersama Y Combinator.

Model sekolah ini juga telah digunakan di Romania, Afrika Selatan, Ukraine, Bulgaria[4] dan Belgium dengan bantuan dan sokongan 42.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Camille Gévaudan (2013). ""42", v'là les geeks !". ecrans (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-25. Dicapai pada 2017-11-29..
  2. ^ Damien Leloup (2013). ""42", l'étrange école d'informatique de Xavier Niel". lemonde (dalam bahasa Perancis)..
  3. ^ "70 000 candidats au départ, 900 étudiants à l'arrivée". Dicapai pada 2016-08-13.
  4. ^ French educational model to gamify IT education in Ukraine, Kyiv Post, May 19, 2016

Pautan luar[sunting | sunting sumber]