47 Meters Down

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
47 Meters Down
PengarahJohannes Roberts
Penulis
  • Johannes Roberts
  • Ernest Riera
Dihasilkan oleh
  • James Harris
  • Mark Lane
Dibintangi
SinematografiMark Silk
Disunting olehMartin Brinkler
Muzik olehTomandandy
Syarikat
penerbitan
  • The Fyzz Facility
  • Dragon Root
  • Flexibon Films
  • Lantica Pictures
  • Tea Shop & Film Company
Diedarkan olehEntertainment Studios
Tarikh tayangan
  • 16 Jun 2017 (2017-06-16) (United States)
  • 28 Julai 2017 (2017-07-28) (United Kingdom)
Masa tayangan
85 minit[1]
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
Bajet$5 Juta[2]
Pecah panggung$40.1 juta[3]

47 Meters Down merupakan filem seram survival British bagi tahun 2017 yang diarahkan oleh Johannes Roberts, ditulis oleh Roberts dan Ernest Riera serta dibintangi oleh Mandy Moore, Claire Holt, Chris J. Johnson, Yani Gellman, Santiago Segura dan Matthew Modine.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lisa (Mandy Moore) dan Kate (Claire Holt) merupakan dua orang adik beradik yang bercuti ke Mexico. Teman lelaki Lisa telah memutuskan hubungan mereka kerana "dia telah membuatkan hubungan mereka bosan." Kate cuba menceriakan Lisa dan mereka bertemu dengan dua orang lelaki tempatan yang menceritakan mengenai menyelam di dalam sangkar bersama jerung. Pada mulanya Lisa enggan melakukannya, namun dipujuk oleh Kate. Mereka melalui pengalaman menyelam di dalam sangkar sambil dikelilingi jerung-jerung yang besar. Namun, ketika sangkar mereka cuba dinaikkan, tiba-tiba rantai yang dipautkan pada sangkar mereka putus dan menyebabkan mereka tenggelam sedalam 47 meter di dalam dasar laut. Dengan alat komunikasi yang tidak berfungsi di bawah 47 meter dan tangki oksigen yang semakin kehabisan serta beberapa serangan jerung ketika di dasar laut tersebut, Lisa dan Kate cuba menyelamatkan diri mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "47 Meters Down". British Board of Film Classification. Dicapai pada June 10, 2017.
  2. ^ Rowles, Dustin. "Weekend Box Office: A Crowded Weekend Brought Wildly Unpredictable Results". Uproxx. Dicapai pada June 19, 2017.
  3. ^ "47 Meters Down (2017)". The Numbers. Dicapai pada July 9, 2017.
  4. ^ Selcke, Dan (May 7, 2015). "Mandy Moore to be trapped in a cage surrounded by sharks in 47 Meters Down". A.V. Club. Dicapai pada May 18, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]