4K

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Computer virus

4k merupakan virus komputer yang menjangkiti file COM dan fail EXE. Virus ini merupakan antara yang terawal menggunakan teknik halimunan, sistem yang dijangkiti akan kaku, memaparkan perutusan Hidup Frodo, pada 22 September, yang juga merupakan tarikh lahir Bilbo Baggins, watak dalam The Lord of the Rings.

Virus ini tersebar tanpa bantuan Internet. Ia berpindah antara sistem melalui cakera liut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ia mula dikesan pada 1989. Contoh pertama U.S. didapati dari Dallas, TX, dan dikuarantin dengan pengesahan diberikan oleh profesional antivirus. Pemberita dan krew TV melaporkannya dalam berita tempatan pada Ogos 1990. Jejaknya dari Dallas kembali ke New York melalui profesional di syarikat perisian yang menulis perisian bagi peguambela. Syarikat anti-virus telah menjejaknya di London sebulan dua sebelum mendapat laporan dari New York. Tiada contoh telah dikuarantin atau direkod dengan sempurna di New York.

Raymond Glath dari Phoenix, AZ, merupakan pembangun dan pemilik keluaran Vi-Spy yang meneruskan pengeluaran sehingga pertengahan pembebasan Windows 95. Laporan kepada syarikat antivirus McAfee dan Vi-Spy menghasilkan hanya satu keluaran dari Vi-Spyyang mengesan virus ini dengan sempurna.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Virus ini menambatkan dirinya dalam cara yang berbeza berbanding proses jangkitan normal. Disebabkan ini, ia mampu menjangkiti sistem tanpa menggunakan subrutin sistem, yang merupakan diperhatikan oleh kebanyakan perisian antivirus. Ini merupakan kenapa virus ini diberikan nama tambahan 'halimunan'. Proses jangkitan menggunakan algorithm mathematik bagi memastikan huruf E-X-E & C-O-M. Apabila sesuatu fail dibuka oleh OS, virus ini memeriksa nama tambahan fail, huruf tambahan lain akan menyebabkan virus mengenal pasti fail aturcara dan menyebabkan virus menjangkiti fail data dan akibatnya merosakkan kandungannya.

Oleh kerana virus menambah dirinya pada fail, tanpa mengemaskini FAT (File Allocation Table) cakera kepada panjang fail baru, sistem kemudiannya akan mengait fail dan memenuhi cakera dengan ralat peruntukan. Ini akan merosakkan fail aturcara dan data. Gambaran masalah yang dijumpai semasa cuba membetulkan 'ralat yang kelihatannya mudah' akan menyebabkan kebanyakan pengendali komputer profesional untuk memadam sistem dan mula semula. Beberapa hari kemudian, masalah yang sama timbul kembali. Cakera diagnostik dan cakera pemasangan yang digunakan bagi memulih komputer biasanya turut dijangkiti dengan virus dan ini akan membantu penyebaran.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]