4U2C

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
4U2C/ForUToC
4U2C - Kembalilah Fiona '96.jpg
Kulit album Kumpulan 4U2C
Latar belakang
Berasal dari Malaysia
Genre Pop, Hip hop
Tahun aktif 1992–1996,2014–Kini
Label Zman Production Distribution by BMG Music Malaysia] (MY)
Laman sesawang Lirik Lagu
Bekas ahli Nor Azam bin Mohamed (Azam)
Mizal Zaini (AC)
Razlan Ramdan (Lan)
Mohd Suffian Muda (Yan)
Mohamad Johari Mohamad Nor (Joe)
Raja Azrin Syah Raja Zaini Ismail (Rin)
Fazril Harun (Adik)

4U2C merupakan sebuah kumpulan pop/rap yang aktif di Malaysia pada era 1990-an.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Mizal Zaini (lebih dikenali sebagai AC Mizal) [1] bersama dua kenalannya yang berkongsi minat yang sama dalam bidang music iaitu Nor Azam bin Mohamed (Azam) dan Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe).

Pertemuan dengan produser Man Senoi dan isterinya Ramziah Bte Mohamed Noor (lebih dikenali sebagai Mama Rap) untuk menubuhkan satu kumpulan berkonsepkan genre rap telah mendorong ketiga-tiga anggota terawal 4U2C tersebut untuk mengundang empat lagi anggota lain iaitu Mohd Fazril Harun (Adik), Razlan Ramdan (Lan), Mohd Suffian Muda (Yanz) dan Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin).

1992 - 1993 : Era Fiona[sunting | sunting sumber]

Di bawah bimbingan Man Senoi dan Mama Rap yang bertindak selaku penerbit album dan pengurus, album pertama 4U2C yang berjudul “4U2C” telah diterbitkan di bawah Zman Production pada Ogos 1992. Pada masa era rock kapak telah sampai ke penghujungnya pada awal era 90an, pihak media telah memberikan publisiti yang begitu meluas kepada generasi kumpulan yang mempelopori genre rap yang baru bertapak dalam industry muzik di Malaysia kerika itu, terutama sekali 4U2C yang dianggap sebagai kumpulan rap yang pertama di Malaysia.

Album pertama 4U2C mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari peminat-peminat di Malaysia. Menjelang tahun 1993, album tersebut terjual sebanyak 70,000 unit. Lagu “Fiona” yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe telah menjadi lagu yang mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan dianggap lagu ‘trademark’ kumpulan 4U2C sehingga lah ke hari ini. Antara lagu lain di dalam album pertama yang menaikkan nama 4U2C adalah “Darling I Love U”, “Kami Rappers” dan “Video Game”. Susulan dari sambutan hangat album tersebut, 4U2C telah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular tahun 1993.

Pada Mac 1993, 4U2C telah muncul dengan album mini yang berjudul “Love 2CU” yang mengandungi 3 lagu lama yang diadun semula dan 3 lagu baru termasuk lagu “1 Syawal” bersempena dengan sambutan Aidilfitri 1993 yang tiba sejurus selepas terbitnya album tersebut.


1994 - 1995 : Penguasaan Genre Rap[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, 4U2C telah menerbitkan album kedua mereka yang berjudul “2BD#1” yang juga mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menampilkan lagu-lagu seperti “2BD#1” dan “Simfoni”.

Antara tahun 1992 sehingga 1994, genre pop rap di Malaysia menjadi trend utama industri muzik di Malaysia dengan munculnya kumpulan-kumpulan yang mengetengahkan muzik rap termasuk KRU, Nico, Krash Kozz, City Kids dan Les Enfant serta kumpulan rap wanita Feminin, Res2 dan M’steen. Lagu “2BD#1” dianggap sebagai lagu yang melaungkan penguasaan 4U2C dalam genre rap yang menguasai popularity mengatasi kumpulan-kumpulan lain. Ini jelas dalam sebahagaian lirik lagu tersebut yang menyatakan “Pada rappers lain, jangan cuba bersaing, nanti kamu jatuh, runtuh dan terus lumpuh”.

Dominasi kumpulan 4U2C tidak dapat disangkal apabila sebuah syarikat pengeluar minuman tin, SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang bernama “RAP”.

Selain daripada itu, populariti 4U2C juga telah membawa mereka ke bidang lakonan di mana kesemua anggota kumpulan 4U2C ditawarkan untuk membintangi sitkom bersiri yang berjudul "Cuit-cuit 4U2C". Sitkom ini turut dibintangi oleh aktres Kartina Aziz yang melakonkan watak "Mummy" iaitu ibu angkat/penjaga kepada anggota-anggota kumpulan 4U2C dalam sitkom tersebut.

Perpecahan[sunting | sunting sumber]

Menjelang penghujung tahun 1995, berlaku pergolakan dalam kumpulan 4U2C yang melibatkan pihak pengurusan mereka sendiri. Beberapa ibu bapa anggota kumpulan 4U2C menyedari bahawa anggota 4U2C tidak diberikan bayaran yang sepatutnya oleh pihak pengurusan seperti yang termaktub di dalam kontrak pengurusan. Bahagian bayaran yang diterima adalah tidak setimpal dan timbul spekulasi bahawa pihak pengurusan telah mengambil sejumlah bahagian yang sepatutnya diperuntukkan kepada anggota 4U2C. Akibat daripada pergolakan itu, 4 anggota telah membuat keputusan untuk menarik diri dari 4U2C iaitu Adik, Yanz, Azam dan Joe.

Pada penghujung 1990-an, kumpulan ini telah berpecah dan membawa haluan masing-masing selepas melancarkan album terakhir mereka, Kembalilah Fiona.[2]

Keanggotaan baru[sunting | sunting sumber]

Dengan penarikan diri Adik, Yanz, Azam dan Joe, AC telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan kewujudan 4U2C di persada seni tanah air dengan mengambil 4 anggota baru yang dikenali sebagai Adiex, Aren, Charlie dan One II.Dengan mewujudkan 4U2C yang baru ni mereka sempat merakamkan album yang bertajuk Kembalilah Fiona.

Keanggotaan Baru 2014[sunting | sunting sumber]

Bekas Anggota 4u2c Iaitu AC Mizal menganggap penubuhan kumpulan ForUToC bukan sebagai pengganti kumpulan lamanya iaitu 4U2C, sebaliknya sebuah projek istimewa sempena Hari Raya 2014.kumpulan yang dianggotai oleh pelawak seperti Shuib (Sepahtu), Rahim (Sepahtu), Ajak (Shiro), Achey, Abam (Bocey) dan Fad (Bocey). Memberi nafas baru kepada lagu Bergema Takbir Di Pagi Raya 2014

Anggota[sunting | sunting sumber]

Senarai anggota kumpulan 4U2C yang asal ialah :-

  1. (Azam) Nor Azam bin Mohamed
  2. (A.C) Mizal Zaini
  3. (Lan) Razlan Ramdan
  4. (Yan) Haji Suffian
  5. (Joe) Mohd Johari
  6. (Rin) Raja Azrin
  7. (Adik) Mohd Fazril Harun

Senarai Anggota Kumpulan Baru 4U2C Versi 2014 (ForUtoC) Ialah :-

  1. Datuk AC
  2. Ajak Shiro
  3. Shuib Sepahtu
  4. Rahim R2
  5. Achey Bocey
  6. Abam Bocey
  7. Fad Bocey

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Fail:4U2C (1992).jpg
Kulit album pertama 4U2C

4U2C (1992)[sunting | sunting sumber]

  • 01. "Fiona" (Komposer dan Lirik: Joe)
  • 02. "Kami Rappers" (Komposer dan Lirik: Azam)
  • 03. "Hip Hop Tip Top Si Jantung Ku" (Komposer dan Lirik: Chong Mei Sian)
  • 04. "Pilihan Istimewa" (Komposer: Man Senoi/Lirik: Juwie & Rodwie)
  • 05. "Bibit Bibit Cinta" (Komposer: Pradeep/Lirik: Joe,AC & Azam)
  • 06. "F.F.M (Funny Fantasi Mimpi)" (Komposer: Joe,AC & Azam/ Lirik: Joe,AC & Mama Rap)
  • 07. "Suara Asia" (Komposer: Man Senoi/Lirik: Azam)
  • 08. "M.O.D.E Fanatik" (Komposer dan Lirik: Zman Production)
  • 09. "Video Game" (Komposer dan Lirik: AC)
  • 10. "Darling I Love You" (Komposer dan Lirik: Mama Rap)
Nota: Azlin Ramdhan (kakak kepada Lan) ditampilkan sebagai Fiona dalam lagu Fiona

Love2CU (1993)[sunting | sunting sumber]

Fail:4U2C - Love 2 C U '93 - (1993).jpg
Kulit mini-album 4U2C yang berjudul "Love 2CU" yang diterbitkan pada tahun 1993.
  • 01. "Love 2 C U"
  • 02. "Part Time"
  • 03. "Kami Rappers"
  • 04. "Fiona" (Remix)
  • 05. "Video Game"
  • 06. "Syawal"
Nota: Diterbitkan sebagai mini-album sempena Aidilfitri sementara menunggu pembikinan album penuh seterusnya

2BD#1 (1994)[sunting | sunting sumber]

Fail:4U2C - 2BD-1'94 - (1994).jpg
Kulit album "2BD#1" terbitan tahun 1994
  • 01. "Simfoni" (Komposer & Lirik: Joe)
  • 02. "2BD No 1" (Komposer & Lirik: Azam)
  • 03. "60:94" (Komposer & Lirik: Azam)
  • 04. "Sexsa" (Komposer: Pradeep / Lirik: Mama Rap)
  • 05. "I Miss U" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Mama Rap)
  • 06. "1st Love" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Mama Rap)
  • 07. "Book1" (Komposer: AC / Lirik: Eddy)
  • 08. "Baby Embryo"
  • 09. "DNA" (Komposer: Kevin / Lirik: Azam & Rin)
  • 10. "Persahabatan (featuring Seha)" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Juwie)
Nota: Album terakhir yang dirakam oleh keanggotaan asal 4U2C


Kembalilah Fiona (1996)[sunting | sunting sumber]

  • "Kembalilah Fiona"
  • "Shake It" (4U2C)
  • "Kenangan Cinta" (Radio Mix)
  • "Di Hatiku"
  • "Bosan"
  • "Teman Setia"
  • "Memori"
  • "Gadis Penggoda"
  • "Ibu" (Acapella)
  • "Dynamite"
  • "Dusta"
  • "Kenangan Cinta" (Unplugged)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haryati Karim (2010). Hilangnya band pop Malaysia, "Bercerita sedikit pengalamannya bersama band 4U2C yang ditubuhkan pada tahun 1992 itu, AC mengatakan...", Kosmo!. Diambil 12 Januari 2011.
  2. ^ Memori Artis Malaysia. 4U2C - Kembalilah Fiona. Diambil 12 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]