4 Disember
|
4 Disember merupakan hari ke-338 (hari ke-339 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 27 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Tentera Laut di India.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1639 - Ahli astronomi Inggeris Jeremiah Horrocks membuat pencerapan pertama terhadap peralihan Zuhrah (gambar 2004).
- 1791 - Akhbar Ahad pertama di dunia, The Observer di Britain, diterbitkan buat pertama kali.
- 1829 - Amalan sati dihapuskan secara rasmi di India British selepas Ram Mohan Roy berkempen bertahun-tahun menentang adat pengebumian Hindu ini.
- 1954 - Rangkaian kedai makanan segera hamburger sejagat Burger King, terkenal kerana Whoppernya, diasaskan di Miami, Florida, A.S.
- 1977 - Penerbangan 653 Malaysia Airlines dirampas dan jatuh di Tanjung Kupang, Johor, mengorbankan 100 nyawa.
- 1977 - Presiden Republik Afrika Tengah Jean-Bédel Bokassa memahkotakan dirinya sendiri sebagai "Maharaja Bokassa I" dalam satu upacara mewah.
- 2010 - Kedua-dua penyandang Laurent Gbagbo (gambar) dan calon pembangkang Alassane Ouattara mengangkat sumpah secara berasingan sebagai Presiden Côte d'Ivoire.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1951 - Patricia Wettig, pelakon A.S.