5 Jingga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
5 Jingga
Genre Drama, Muzikal, Sukan
Pencipta Low Ngai Yuen
Lim Boon Siang
Pengarah Low Ngai Yuen
Ng Ken Kin
Dibintangi Isma Hanum binti Husein
Siti Saleha
Ainur Syakina Azman
Jehan Miskin
Sasha Bashir
Mohammad Ezhan
Renaldo Scully
Hunny Madu
Lagu pembukaan Re-Maja oleh Shila
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan musim 1
Bilangan episod 13
Penerbitan
Penerbit eksekutif Low Ngai Yuen
Penerbit Wong Soon Teng
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Siaran asal 12 Ogos 2008

5 Jingga ialah tajuk sebuah siri drama televisyen muzikal remaja terbitan Double Vision yang disiarkan di 8TV mulai 12 Ogos 2008, yang bertengahkan kisah perkembangan pasukan sorak yang berpecah akibat perebutan kuasa, di samping juga pergelutan seorang pelajar baru untuk menaikkan keaykinan diri di persekitaran baru. Drama terbitan Low Ngai Yuen ini dibintangi Isma Hanum, Siti Saleha, Ainur Syakina, Jehan Miskin, Sasha Bashir, Mohammad Ezhan, Renaldo Scully dan Hunny Madu selaku lapan orang pelakon utama, dibantu beberapa pelakon veteran termasuk Elaine Daly dan Tony Eusoff.

Plot[sunting | sunting sumber]

Zal (Siti Saleha), Jed (Ainur Syakina Azman), Lianna (Hunny Madu) dan murid baru bernama Nik (Isma Hanum Husein) merupakan murid-murid kelas Tingkatan 5 Jingga; hubungan sesama mereka ada mesra dan ada juga dinginnya. Mereka berempat hendak menghabiskan tahun terakhir mererka di sekolah dengan jayanya, itupun susah kerana perlu menghadapi SPM, cinta monyet, cemburu dan lelaki di sepanjang jalan.

Zal merupakan seorang ketua pasukan sorak yang terpaksa memanjat lagi setelah terjatuh, setelah dicampak dari oleh musuh ketatnya Melly (Sasha Bashir). Dengan bantuan Jed dan Nik, mereka bertiga sama-sama menubuhkan sebuah pasukan baru untuk mencabar kewibawaan Melly, dan juga rintangan-rintangan lain seperti perhubungan dengan pelajar lelaki, kesulitan kewangan, ketidakpuasan pihak sekolah akan wujudnya dua pasukan sorak, dan lain-lain.

Di samping itu, terdapat juga hubungan cinta yang rumit apabila Nik dan Lianna jatuh hati pada jejaka yang sama iaitu Andi (Muhammad Ezhan Asman), begitu juga dengan Melly dan Jed terhadap Zaidi (Renaldo Scully).

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Meskipun bertengahkan tema pasukan sorak, namun penerbit eksekutif drama ini, Low Ngai Yuen yang sendiri pernah menyertai pasukan sorak, menegaskan "Namun siri ini bukan semata-mata mengenai aktiviti sorak, tetapi lebih daripada itu. Sebagai remaja sekolah, pelbagai masalah dihadapi golongan ini. Daripada cinta, persahabatan, akademik dan sebagainya, mereka berdepan cabaran hidup sesuai dengan peringkat usia. Persoalan itulah juga yang cuba saya paparkan, menerusi latar kegiatan pasukan sorak."[1]

Setiap satu daripada 13 episod 5 Jingga akan mempunyai sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk siri ini. Sebahagian lagu dinyanyikan naib juara One In A Million musim kedua, Shila, manakala selebihnya dinyanyikan Raja Atilia Raja Haron dan Russell Curtis. Di kalangan barisan pelakon utama, Ainur Syakina sebagai pelakon utama termuda cuma berusia 13 tahun ketika itu; beliau ialah seorang lepasan Studio Bintang Kecil TV9.[1]

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Siti Saleha melakonkan watak Zaleha / Zal dalam drama ini.
Zaleha / Zal (Siti Saleha)
Zaleha merupakan ketua pasukan Cinta, sebuah pasukan sorak baru ditubuhkan, setelah pasukan lamanya Blitz dirampas oleh Melly gara-gara bergaduh. Zaleha yang hampir kehilangan kepercayaan terhadap dirinya sendiri di atas kejadian-kejadian yang tidak diingininya, namun telah bergantung dan mengharapkan sokongan dari rakan-rakannya. Sebagai watak drama muzikal, suara nyanyian Zal dilakab oleh Raja Atilia Raja Haron.
Nik (Isma Hanum Husein)
Seorang kawan Zaleha dan ahli pasukan Cinta. Mula-mulanya rendah diri, namun makin lama makin membina keyakinan diri dalam pasukan sorak. Nik mempunyai hati yang cukup suci walaupun adakalanya dia kelihatan seperti agak dingin dan paling diminatinya adalah tarian hip-hop. Walaupun terpaksa berpindah-randah dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain namun, yang buat dia bertahan hanyalah tarian hip-hop yang sudah sebati dalam hidupnya. Di akhir setiap episod, Nik mencatatkan pengalaman sepanjang episod dalam blognya (yang boleh dilihat di sini). Suara nyanyian Nik dipinjam oleh Shila.
Andi (Muhammad Ezhan Asman)
Andi ialah seorang murid di bilik darjah 5 Ungu dan banyak menghabiskan masa dengan tarian hip hop dan berusaha untuk menjadi seorang penari. Andi menjadi rebutan Nik dan Liana.
Melly (Sasha Bashir)
Selaku antagonis utama siri drama ini, Melly merampas kedudukan ketua pasukan sorak Blitz dari Zal setelah mengetahui Jed merebut Zaidi dengannya. Melly juga seorang pengawas sekolah tetapi ini tidak menghalang niat jahatnya untuk menentang pasukan Zal habis-habisan melalui taktik kotor. Pernah sekali dia berikat dengan seorang penjenayah untuk melaksanakan satu helah jahatnya terhadap Zal, tetapi setelah helah itu gagal dia masih berhutang dengan penyangak itu. Lambat-laun ancaman penjahat itu terhadap Melly memuncak lalu melibatkan nyawa seorang lagi pelajar, dan inilah yang menjadi titik perubahan dalam hidup dan kelakuan Melly.
Jed (Ainur Syakina Azman)
Seorang kawan Zaleha dan Nik, dan ahli pasukan Cinta. Selain itu, dia menjadi seorang pengawas sekolah. Jed menjadi pemain simpanan bola jaring sekolahnya selama 4 tahun berturut-turut dan ini merupakan tahun akhirnya. Jed mahu membuktikan yang dia bukan hanya layak sebagai pemain simpanan sahaja. Episod ke-11 menjadi penampilan terakhir watak Jed yang meninggal akibat pendarahan kesan pertembungan dengan penjenayah.
Liana (Hunny Madu)
Seorang ahli pasukan Blitz. Liana menjadi musuh ketat dengan Nik kerana merebut Andi, namun mereka kelihatan berebut seorang lelaki. Liana mahir dalam tarian balet dan sukan renang. Liana juga mempunyai kembar seiras bernama 'Mia'. Kembar Liana disayangi dan dikenali oleh kawan-kawan dan ibu bapanya sebagai pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, khususnya dalam bidang matematik.
Irwan (Jehan Miskin)
Irwan ialah seorang pelatih bomba yang masih dalam latihan praktikalnya. Irwan ialah abang kepada Nik yang sangat sayang kepada adiknya. Dalam diam dia menaruh harapan terhadap Zai.
Zaidi (Renaldo Scully)
Zaidi ialah seorang ketua pengawas di sekolahnya yang menaruh perasaan terhadap Jed. tapi Jed talah berterus terang yang mereka tidak ada keserasian bersama. Kemudian, Zaidi telah menjalinkan hubungan dengan Melly. Namun, Jed pula beralih arah meminati Zaidi dan membuatkan perasaan Zaidi terhadap Melly mula goyah.

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Puan Jin (Elaine Daly)
Guru kelas 5 Jingga yang mengajar matapelajaran Matematik.
En Yusof (Tony Eusoff)
Penyelia pendidikan jasmani di sekolah.
Dr Zaharah (Joanna Bessey)
Doktor gigi sekolah dan juga bekas ahli pasukan sorak di sekolah yang sama pada 1980-an.
En Jaafar (Nam Ron)
Guru disiplin dan penyelia pengawas sekolah yang tegas dan garang.
En Zakaria (Ross Ali)
Seorang ahli niaga kaya dan bapa kepada Melly. Dia menyertai panel pengadilan peraduan penentuan pasukan sorak Cinta vs Blitz maka mengundang ketidakpuasan pihak pasukan Cinta.
Puan Hamidah (Amy Mastura)
Jurulatih pasukan Cinta yang garang dan tegas, tiba ke sekolah untuk memastikan disiplin pasukan.
Mia (Hunny Madu)
Kembar kepada Lianna yang belajar di United Kingdom. Dia yang seolah-olah "anak emas" ibu bapanya kembali ke tanah air di episod ke-10. Walaupun berwajah lebih ceria berbanding Lianna, pernah sekali dia kata sebenarnya tak puas hati dengan kehendak ibu bapanya.

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh penyiaran Sinopsis Lagu
1 12 Ogos 2008 Nik si pelajar baru diperkecilkan seluruh kelas, tetapi atas bantuan Lianna, lama-kelamaan dia meningkatkan keyakinan diri dan hormat dari kelas selaku pengawas. Sementara itu, Zaleha menghadapi tentangan oleh para ahli pasukan sorak Blitz pimpinannya sendiri, yang didalangi Melly. Bagi membalas dendam, Jed keluar bersama Zaidi iaitu teman lelaki Melly, namun memburukkan keadaan lagi. Oleh sebab gagal meraih sokongan rakan-rakan sepasukannya, maka Zal terpaksa menubuhkan satu lagi pasukan sorak. Tak Minta Popular - Shila
2 19 Ogos 2008 Zaleha memujuk Nik agar menyertai pasukan barunya, tetapi Nik berkata perlunya untuk mempertimbangkannya padahal SPM kian dekat. Tetapi apabila Melly mendekati Nik agar menjeratnya ke dalam pasukannya, maka beranglah Zaleha. Persahabatan Zaleha dan Nik yang baru mula berputik pula terancam. Sementara itu, Lianna bergaduh dengan Andi menoleh ke Nik untuk mencari ketenangan. Akhirnya Nik beralih ke pasukan Zaleha dan sekaligus menyelamatkan hubungan baik mereka. Pada masa yang sama, Lianna menyertai pasukan Melly. Tidak Berteman - Shila dan Atilia
3 26 Ogos 2008 Bapa Andi menyedari anaknya selama ini asyik berlatih menari, sambil memperlekehkan impian Andi menjadi penari profesional. Ini menyebabkan Andi lari dari rumah dan ponteng kelas. Hanya Nik yang tahu Andi di mana, lalu cuba memujuknya agar pulang. Pada masa yang sama, Zaleha menghadapi ancaman sabotaj Melly dan Lianna ketika cuba meraih ahli baru sehingga cuba mendapatkan tajaan dari seorang kaya. Lianna berasa meluat apabila mengetahui usaha Nik memujuk Andi pulang. Rahsia Hatiku - Shila, Atilia dan Russell
4 2 September 2008 Zaleha, Jed dan Nik perlu belajar menghayati erti pasukan sorak di bawah bimbingan Dr Zaharah, seorang doktor gigi sekolah dan bekas pemimpin pasukan sorak di sekolah yang sama pada akhir 1980-an. Mereka bertiga juga dikehendaki mengutip derma untuk rumah anak yatim. Sementara itu, Lianna belajar mengatasi perasaan gayat setelah pening apabila diangkat tinggi-tinggi dalam sesi latihan, dengan bantuan Andi dan Irwan. Aku Masih Mentah - Shila dan Hunny Madu
5 9 September 2008 Pasukan Zal yang bersusah-payah mencari ahli baru tiba-tiba diharamkan pihak sekolah, tetapi hati mereka tetap kental dan bersatu untuk bertahan, sehinggapun mencari nama baru pasukan iaitu "Cinta." Oleh sebab kedegilan mereka, pihak sekolah mengambil keputusan memecat Jed selaku pengawas dan menggantung persekolahan Zai dan Nik. Namun, ahli-ahli pasukan Cinta memberontak dan merayu agar pasukan mereka dibenarkan bergiat semula. Akhirnya, pihak sekolah mencapai kompromi agar satu pertandingan diadakan antara pasukan Zal dan Melly untuk menentukan pasukan mana yang harus kekal selaku pasukan sorak tunggal sekolah. Cinta itu Juara - Atilia
6 16 September 2008 Jed akhirnya kembali menjadi pengawas setelah guru disiplin sekolah menerima rayuan Zaidi, tetapi Jed terpaksa memikul tugas yang berat khusus untuk pengawas yang pernah dihukum kerana melanggar peraturan sekolah. Ini menyebabkan Jed terasa makin tersisih dari pasukan Cinta kerana Zal perlu memastikan disiplin pasukan demi kejayaan tanpa bertolak ansur dengan ahli yang datang lewat. Jed makin tertekan lalu pun meninggalkan pasukan, sekaligus menghampakan seluruh pasukannya, tetapi akhirnya dipujuk kembali oleh ahli-ahli pasukan Cinta yang prihatin. Sementara itu, Liana menerima kad hari jadi dari kembarnya Mia yang tinggal di UK, menimbulkan perasaan haru kerana terpaksa menyambut hari jadi dengan kesunyian. Puteri di Istana Hatiku - Hunny Madu
7 23 September 2008 Zal dibuang sekolah kerana disyaki mencontengkan kata-kata amaran di dinding bangunan sekolah dengan cat sembur merah, mengakibatkan pasukan Cinta terpaksa bertanding tanpa Zal. Apapun, pasukan Cinta tidak putus asa dalam perjuangan mereka menentang pasukan Blitz. Liana menggadaikan keselamatan diri untuk mendedahkan hal sebenar di sebalik "kesalahan" Zal. Tibanya hari pertandingan kalah mati untuk menentukan pasukan mana yang kekal wujud, dan pasukan Cinta terus menggapai kejayaan. Melly akhirnya dikenakan tindakan atas insiden ancam sekolah tersebut. Infiniti -
8 30 September 2008 Pasukan Cinta menerima kemasukan beberapa orang bekas ahli Blitz dan Zal menyerahkan jawatan kapten kepada Nik atas tekanan ahli-ahli barunya. Melly berpura-pura insaf terhadap Nik, Zal dan Jed dan berjaya memujuk Nik sambil memperalatkan Zaidi untuk memecah-belahkan mereka. Tetapi apabila rancangannya pun selesai, Zaidi terasa kecewa atas perbuatan Melly lalu berpisah dengannya serta membetulkan keadaan Nik, Zal, Jed dan pasukan Cinta. Sementara itu, Lianna ditegah orang tuanya dari berjumpa dengan Andi lagi, sekiranya tidak Lianna tidak diberi elaun lagi. Oleh itu, Lianna terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan. Pengkhianat Cinta - Juwita Suwito
9 7 Oktober 2008 Pasukan Cinta diperkenalkan jurulatih baru mereka, iaitu Hamidah yang bengis lagi tegas. Cikgu Hamidah mewajibkan semua ahli pasukan mengikut jadual waktu yang luar biasa, iaitu kena berlatih dengan kerja-kerja berat, lebih-lebih lagi lebih masa setiap hari sehingga, semua merungut sudah kehilangan masa persiapan untuk SPM mahupun hilang minat menjadi ahli sorak. Nik, Jed dan Zal menyiasat latar belakang Hamidah; rupa-rupanya dia pernah melatih di Amerika tetapi menarik diri setelah berlakunya kemalangan. Perihal inilah yang hampir menyingkirkan Hamidah dari sekolah, inipun pada saat-saat apabila pasukan sudah mula menyukainya. Uh-Oh! - Atilia
10 14 Oktober 2008 Walaupun sudah putus cinta, Zaidi masih mendampingi Melly dengan tujuan melindunginya dari ancaman lintah darat yang diupah Melly untuk menganiaya Zal dahulu, sekaligus dihutangnya jua. Ini menyebabkan ramai yang menyangka Zaidi dan Melly bersama lagi, mencabar kepercayaan Jed terhadap Zaidi. Lambat-laun Jed menyedari masalah Melly lalu kedua-dua mereka jatuh di tangan penyangak itu. Sementara itu, Mia, kembar Liana, kembali dari UK, menyebabkan Liana tersinggung kerana menganggap Mia itu anak emas ibu bapa mereka. Namun begitu, Mia meluahkan perasaan sebenar kepada kembarnya yang cemburu itu. Rahsia Hatiku - Russell
11 21 Oktober 2008 Jed dikejarkan ke hospital akibat pendarahan dalaman yang berlarutan kesan penculikan. Zai berasa amat kesal kerana melindungi Melly dari ancaman lintah darat tanpa menyangka Jed terjebak sama, lalu berazam untuk "mengajar" siapa yang menyebabkan Jed menjadi begini. Cikgu Hamidah hendak segera mencari sesiapa yang boleh mengambil alih peranan Jed dalam pasukan Cinta, tetapi dibantah Zal kerana yakin Jed akan kembali di pangkuan mereka tidak lama lagi. Malang tidak berbau, Jed jatuh koma lalu menghembuskan nafas terakhir, sekaligus menyelubungi kawan karibnya Zal dan seluruh pasukan Cinta dan sekolah dengan nestapa. Lagu Sepuluh Tahun - Atilia
12 28 Oktober 2008 Zal masih meratapi pemergian Jed, dan menyimpan perasaan dendam terhadap Melly, apatah lagi apabila Melly dilantik menjadi pengganti Jed. Cikgu Hamidah membawa seluruh pasukan Cinta berkhemah untuk menaikkan semangat pasukan yang agak goyah. Di sana, Zal mengambil kesempatan untuk menganiaya Melly, tetapi dirinya terkena apabila terjatuh di kawasan larangan. Melly berjaya membantu Zal dan semenjak itulah Zal dan Melly mula saling berbaik. Lagu Sepuluh Tahun - Atilia
13 4 November 2008 Pertandingan Sorak Nasional 2008 sudah tiba, oleh itu pasukan Cinta berusaha gigih demi kejayaan, tetapi Zal dihantui oleh kemunculan kakak tirinya yang mengaku Zal itu anak luar nikah, di samping juga memimpin pasukan sorak bernama Genesis. Sementara itu, Andi akhirnya meluahkan perasaan hatinya di hadapan Nik setelah lama perlu memilih antara dia dan Liana. Sejak itu Nik seolah-olah hilang tumpuan dan Zal pula kecil hati lagi, lebih-lebih lagi di pusingan awal pertandingan. Di pusingan terakhir pertandingan, Liana tiba-tiba menghilangkan diri gara-gara Andi, tetapi akhirnya sempat dipujuk agar membantu pasukan melakukan yang terbaik. Tetapi kesilapan yang sama berlaku lagi di saat-saat genting.
Empat bulan berlalu semenjak itu, seluruh pasukan Cinta bersuka-ria di malam prom. Mereka menerima pesanan video dari Hamidah di luar negara yang memuji usaha gigih mereka walaupun tidak menjuarai pertandingan kebangsaan berbulan-bulan lalu itu, di samping diberi kejutan dari Yusof yang berada di samping Hamidah.
Re-Maja - Shila

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nurulhisham Abdul Latiff (2008-08-12). "5 Jingga kupas cabaran remaja". Berita Harian. Dicapai pada 2008-08-29. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]