Pergi ke kandungan

6 Jilake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
6 Jilake
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
  • Shasa Aziz (penerbit & penerbit eksekutif)
  • Nini Yusof (eksekutif)
  • Siti Nor Aishah Sheikh Abd Kadir (penyelaras)
Dibintangi
SinematografiMuhamad Nazir Ahmad
Disunting oleh
  • Aziz M. Osman
  • Herman Shah
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 24 April 2025 (2025-04-24) (Malaysia)
Masa tayangan
134 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2.5 juta

6 Jilake ialah sebuah filem aksi komedi sejarah Malaysia 2025 arahan Aziz M. Osman yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Diterbitkan oleh Eartistic Entertainment, Grand Brilliance Studio dan Primeworks Studios, filem ini dibintangi oleh Amerul Affendi, Bell Ngasri, Saiful Apek, Kazar Saisi, Wan Gegau dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 24 April 2025 dan merupakan filem terakhir arahan Aziz M. Osman sebelum bersara dari kerusi pengarah.[1]

Pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Belanda bertujuan untuk menguasai semua lombong timah di Perak bagi mengatasi kuasa asing lain. Mereka mengupah sekumpulan penjahat yang dikenali sebagai 6 Jilake untuk mengawasi kawasan perlombongan, termasuk Kampung Ketayap. Walau bagaimanapun, kampung itu tetap dilindungi oleh seorang pahlawan bernama Kuping dan menentang penguasaan mereka. 6 Jilake ditugaskan untuk menawan kampung itu, yang dipercayai menyimpan harta karun yang berharga.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Amerul Affendi sebagai Kuping, musafir datang ke Kampung Ketayap dan pendekar menentang 6 Jilake
  • Bell Ngasri sebagai Kasturi, Pemangku Ketua Kampung Ketayap & bekas suami Kaswi, ayah Sira dan bekas menantu Tok Lepat yang menyimpan buruk sangka terhadap Kuping serta bersubahat dengan 6 Jilake
  • Saiful Apek sebagai Nagasari, Ketua 6 Jilake dan abang kepada Badak Berendam
  • Kazar Saisi sebagai Tok Lepat, Ketua Kampung Ketayap dan bapa Kaswi

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Bangkit! Nik Qistina, Saiful Apek dan YBJ Ditulis oleh Jeffrey Affandy dan Shasa Aziz Diterbit oleh Shasa Aziz Universal Music

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]