7TP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
7TP
7TP menara kecil tunggal
JenisKereta kebal ringan
Tempat asal Poland
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Poland
 Jerman Nazi
Spesifikasi
Berat9.9 tan
Panjang4.6 m
Lebar2.4 m
Tinggi2.27 m
Krew3 (Komander, juru tembak, pemandu)

Armor17 mm
Senjata
pertama
1×37 mm Bofors wz. 37
Senjata
kedua
1×7.92 mm Ckm wz.30
EnjinDiesel Saurer VBLDd
110 hp (80 kW)
Kuasa/berat11 hp/tan
Sistem ampaianbogie spring daun
Kelegaan bumi381 mm
Jarak
operasi
150 km
Kelajuan37 km/h

7TP (siedmiotonowy polski - 7-tan Polish) merupakan kereta kebal ringan Poland semasa Perang Dunia Kedua. Pembangunan asas berdasarkan Vickers 6-tan British, ia memiliki bersenjata yang jauh lebih baik berbanding kebanyakan lawannya, Panzer I dan Panzer II Jerman. Ia merupakan kereta kebal piwaian Tentera Poland semasa Perang Pertahanan Poland semasa 1939, pengeluarannya tidak pernah melebihi 140 kenderaan. Kerangkanya teah digunakan sebagai asas traktor trek berantai artileri C7P.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Versi turet berkembar

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

7TP merupakan pembangunan kereta kebal Poland berasaskan lesen kereta kebal Vickers 6-tan British (Mk.E). Ciri-ciri baru 7TP adalah: enjin disel yang lebih tahan, lebih baik, dan lebih berkuasa, meriam anti kereta kebal 37 mm dan perisai lebih tebal sedikit (di hadapan, 17 mm bukannya 13 mm), bersama dengan banyak pengubahsuaian kecil tambahan (seperti periskop kereta kebal Gundlach (gambar), sistem pendingin hawa berlainan dan radio). Hanya sekitar 132 kereta kebal telah dihasilkan antara 1935-an sehingga tercetusnya perang (campur empat prototaip). Nama 7TP bereri 7-Ton, Poland (sebenarnya beratnya meningkat selepas prototaip awal dihasilkan dan berat siri kereta kebal sebenar adalah sekitar 9 tan.)

Sebagaimana kereta kebal British sebelumnya, 7TP pada asalnya dihasilkan dalam dua versi: turet/menara kecil berkembar bersenjata 2 mesingan Ckm wz.30 , dan versi turet tunggal, bersenjata meriam 37 mm Bofors wz. 37. Selepas ujian awal, nampak jelas bahawa versi turet berkembar adalah lapuk dan kekurangan kuasa tembakan, dengan itu ia diabaikan dan digantikan dengan reka bentuk turet tunggal yang lebih moden.

7TP merupakan kereta kebal perama di dunia yang memiliki enjin disel dan Periskop Gundlach 360-darjah.[1]

Sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua kebanyakan turet berkembar kereta kebal telah ditukar kepada versi turet tunggal dan hanya 24 buah turet berkembar dikekalkan dalam perkhidmatan Poland (berbanding sekitar 108 buah yang lain). Ia perlu diingat bahawa versi turet berkembar dan tunggal tidak memiliki nama khas tertntu. Dalam sesetengah buku moden ia dibezakan dengan ringkasan: "7TP dw." dan "7TP jw." (Ringkasan Poland bagi jednowieżowy dan dwuwieżowy). Bagaianapun, ia bukanlah nama rasmi versi tersebut dan digunakan sebagai memudahkan pebezaan sahaja.

Kegunaan dalam pertempuran[sunting | sunting sumber]

Kesemua kereta kebal 7TP terbabit dalam pertempuran semasa Perang Pertahanan Poland tahun 1939. Kebanyakkannya diletakkan pada dua batalion kereta kebal ringan (Pertama dan ke-2). Baki kereta kebal, yang digunakan dalam latihan dan juga kereta kebal yang disiapkan selepas perang meletus, digunakan dalam unit kereta kebal dibentuk dalam mempertahankan Warsaw. Sungguhpun secara tekniknal ia adalah jauh lebih baik berbanding sebarang kereta kebal Jerman pada era tersebut, bilangan 7TP terlalu sedikit untuk mengubah keputusan perperangan tersebut.

Batalion Kereta kebal Ringan Pertama (49 kereta kebal turet tunggal) bertempur dalam kumpulan Tentera Prusy sebagai sebahagian pasukan simpanan strategik Tentera Poland. Ia terbabit dalam pertempuran pada 4 September 1939 dan berjuang dengan penuh keberanian dalam pelbagai peranan, kebanyakannya sebagai simpanan bergerak dan bagi melindungi pengunduran. Ia bertempur dalam sebilangan pertempuran, terutamanya dalam pertempuran Przedbórz, Sulejów, Inowłódz, Odrzywół dan Drzewica. Pada 8 On September ia berjaya menghentikan kemaraan Jerman pada bahagian tengah Tentera Polandf, tetapi pada hari berikutnya ia terpisah dari pasukan utama dan terpaksa diundurkan ke belakang. Sebahagian dari batalion tersebut termusnah dalam Pertempuran Głowaczów, sementara bakinya pada 13 September berjaya meloloskan diri keseberang Vistula, di mana ia menyertai Tentera Lublin dan Kolonal Stefan Rowecki "Warsaw Armoured Motorised Brigade". Sebagai sebahagian dari batalion tersebut, unit itu terbabit dalam Pertempuran Józefów dan membentuk sebahagian dari bahagian hadapan unit Poland yang cuba melolosk masuk ke Lwów dan "Romanian Bridgehead". Selepas Pertempuran Tomaszów Lubelski, pada 21 September 1939, baki kereta kebal dimusnahkan oleh krew mereka dan unit tersebut menyerah diri pada pihak Jerman.

Batalion Kereta kebal Ringan ke-2 (49 kereta kebal turet tunggal) diletakkan pada Grup Operasi Piotrków dari Tentera Łódź. Ia menyertai pertempuran pada 4 September berhampiran sungai Prudka, Bełchatów. Pada hari berikutnya ia diperintahkan bagi mengetuai serangan balas Poland di Piotrków, tetapi serangan ini gagal dan unit ini mengalami kerugian teruk. Batalion ini kemudian berkumpul semula dan berundur ke Warsaw dan kemudiannya di Brześć, di mana ia melindungi pergerakan Division Infantri ke-60 Poland. Pada 15 September ia mengambil bahagian dalam Pertempuran Włodawa selama dua hari, tetapi mengalami kerugian teruk akibat pengeboman udara dan diundurkan ke selatan. Baki kereta kebal terpaksa dimusnahkan oleh kaki-tangannya akibat kehabisan minyak dan pada 17 September, selepas Soviet Union menyertai Jerman dalam perperangannya terhadap Poland, kaki-tangan dan krew unit tersebut menyeberangi sempadan dengan Romania.

Semasa pergerakan.

Baki kereta kebal di Warsaw dibentuk sebagai Kompeni Kereta kebal Ringan 1 dan ke-2 oleh Pemerintah Pertahanan Warsaw. Kompeni 1 memiliki 11 kereta kebal meriam kecil berkembar, sebelumnya digunakan bagi latihan. Dalam fasa pembukaan Pengepungan Warsaw unit ini mengambil bahagian dalam pertempuran hebat bagi pinggiran bandar Okęcie, Warsaw dan lapangan terbang utama yang terletak di situ. Akibat kekurangan persenjataan anti-kereta kebal, kereta kebal kompeni 1 mengalami kehilangan teruk dan diundurkan kebelakang 12 September, di mana unit ini disertai oleh kompeni ke-2.

Pasukan ke-2 memiliki 11 kereta kebal turet tunggal, termasuk sejumlah kenderaan berperisai yang lain. Ia amat berjaya ketika menyertai pertahanan mempertahankan borough Wola dari serangan infantri dan unit perisai Jerman. Ia juga digunakan bagi serangan balas taktikal, antara lain bagi kampung Wawrzyszew, di mana kompeni tersebut berjaya mengganggu persediaan musuh bagi menyerang. Pada 15 September kompeni itu diperintahkan bagi membentuk pasukan hadapan serangan Poland bertujuan untuk bergabung dengan pasukan Tentera Poznań yang berundur selepas Pertempuran Bzura melalui hutan Kampinos di utara Warsaw. Serangan tersebut mencapai kejayaan kecil, sungguhpun pengeboman pihak Jerman menyebabkan kerugian besar kaki-tangan dan kereta kebal. Baki kereta kebal 7TP telah digunakan dipelbagai sektor di baris hadapan sehingga berakhirnya pertahanan Warsaw pada 27 September apabila ia dimusnahkan sendiri oleh kaki-tangannya.

Pengalaman tempur membuktikan bahawa meriam anti-kereta kebal Bofors wz. 37 yang digunakan bagi 7TP mampu merobek sebarang perisai kereta kebal Jerman masa itu, termasuk Panzer IV moden. Disebaliknya pula, kereta kebal itu memiliki perisai terlalu nipis, terutama dari pengeboman udara. Kesemua sekali, dianggarkan 20 kereta kebal ditawan sempurna oleh Jerman sementara satu ditawan oleh pihak Soviet. Tambahan 20 yang lain berjaya diundurkan ke Romania dan Hungary, sementara 40 yang lain telah ditinggalkan kerana masalah enjin dan kekurangan minyak. Selepas kejatuhan Poland, Jerman memasukkan 20 7TP yang ditawan ke dalam 203. Panzerbataillon sebagai Pzkpfw 731 (p). 7TP kereta kebal digunakan dalam operasi Wehrmacht pada tahun 1940 di Norway dan Perancis.

Pembinaan semula[sunting | sunting sumber]

Tiada kereta kebal 7TP terselamat sehingga hari ini, sungguhpun terdapat rancangan bagi membina salinan keeta kebal bagi Muzium Tentera Poland di Warsaw. Satu 7TP sedang dibina semula di Bielsko Biala, pembinaan semulanya akan termasu banyak bahagian asli yang didapati daripada pelbagai tempat di Poland. Ia kini memiliki kotak gear asli dan akan dilengkapi dengan meriam Bofors 37mm asal. Rantai treknya diambil daripada T-26.

Penggunanya[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • (Polonès)J. Magnuski, "Czołg lekki 7TP" vol.I, Militaria, 1996;
  • (Polonès) (Inggeris) Janusz Magnuski, "7TP vol.II", Militaria (317), Warsaw 2009.
  • (Polonès)L. Komuda, "Polski czołg lekki 7TP", TBiU nr 21, 1973;
  • (Polonès)A. Jońca, R. Szubański, J. Tarczyński, "Pojazdy Wojska Polskiego 1939", WKŁ, 1990;
  • (Polonès)J. Magnuski, "Produkcja czołgów 7TP 1935-39 r.", nTW 12/1996;
  • (Polonès)J. Magnuski, "Angielski lekki czołg Vickers Mark E w polskiej służbie", nTW 5/1999;
  • (Polonès)R. Szubański, "Polska broń pancerna 1939", wydawnictwo MON, 1982;

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 7TP vol.II,Janusz Magnuski, Militaria 317,Warszawa 2009.

Templat:WWIIPolishAFVs