7 Hari Mencintaiku (siri drama)
7 Hari Mencintaiku (siri drama) | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Siti Rosmizah Semail |
Ditulis oleh | Aina Hanez (1–2) Rozie Rashid (2) PGRS Team (2) Chinta Nadessha (2) |
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Ibrahim Junid Abdullah Kamisah Abd Manap Megat Jufri Megat Junid Muhd Haiqal Mazelan Muhd Haziq Mazelan Puteri Julia Megat Junid |
Penerbit | Dato' Hajjah Ziela Jalil Siti Rosmizah Semail Mazelan Zainol Abidin |
Penyunting | Min Johari Kas Roshan |
Tempoh siaran | 41 minit (musim 1) 42 minit (musim 2) |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures SR On |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
7 Hari Mencintaiku ialah siri drama romantik Malaysia yang diarahkan oleh Jamal Khan dan ciptaan Siti Rosmizah Semail. Siri drama ini terdiri daripada tiga trilogi: 7 Hari Mencintaiku, 7 Hari Mencintaiku 2, dan drama kesinambungan yang bakal dikeluarkan 7 Hari Mencintaiku 3.
Drama[sunting | sunting sumber]
7 Hari Mencintaiku (2016)[sunting | sunting sumber]
Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
7 Hari Mencintaiku 2 (2020)[sunting | sunting sumber]
Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya. Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati Khuzairi bersama deraian air mata.
7 Hari Mencintaiku 3 (TBA)[sunting | sunting sumber]
Penarafan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Drama | Jumlah Tontonan (dalam juta) | Ruj. |
---|---|---|---|
2016 | 7 Hari Mencintaiku | 12 | [1][2] |
2020 | 7 Hari Mencintaiku 2 | 12 | [3][4] |
TBA | 7 Hari Mencintaiku 3 | — | N/A |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur | Aktor Pilihan | Shukri Yahaya | Menang |
Aktress Pilihan | Siti Saleha | Tercalon | ||
Pasangan Pilihan | Shukri Yahaya & Siti Saleha | Menang | ||
Antagonis Pilihan | Faye Kusairi | Tercalon | ||
Pengarah Pilihan | Jamal Khan | Menang | ||
Skrip Pilihan | PGRs Team | Menang | ||
Lagu Tema Pilihan | Lelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah) | Menang | ||
Drama Pilihan | Pena Creative Sdn Bhd | Menang | ||
Anugerah Juara Lagu | Lagu Terbaik | Lelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah) | Menang | |
Anugerah Skrin | Drama Rantaian Terbaik | Pena Creative Sdn Bhd | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Pelakon TV Lelaki Popular | Shukri Yahaya | Tercalon | |
Gandingan Serasi Drama (Atas Talian) | Shukri Yahaya & Siti Saleha | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP Era | Drama TV MeleTOP | Pena Creative Sdn Bhd | Tercalon | |
Pelakon TV MeleTOP | Shukri Yahaya | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Pecah Rekod & Viral Trending!". Budiey. 23 Disember 2016. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ "MIA DAN KHUZAIRI BERTEMU DENGAN PEMINAT". 7 Klik. 16 Januari 2017. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Ogos 2020). 7 Hari Mencintaimu 2 catat 12 juta tontonan untuk 33 episod Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (25 Ogos 2020). Penangan 12 juta penonton Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2020.