7 Petala Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan 7 Petola Cinta.
7 Petala Cinta
7-petala-cinta-poster-03.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahAzhari Zain
PenerbitDavid Teo
Dibintangi olehAeril Zafrel
Diana Amir
Fizo Omar
Mula ditayangkan
15 Mac 2012
Tempoh tayangan
80 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.03 juta [1]

7 Petala Cinta merupakan sebuah filem drama keislaman Malaysia 2012 arahan Azhari Zain, dibintangi oleh Aeril Zafrel, Fizo Omar, Diana Amir dan Shima Anuar. Filem ini ditayangkan pada 15 Mac 2012. Kesinambungannya, 99 Kali Rindu ditayangkan pada 9 Mei 2013.

Plot[sunting | sunting sumber]

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: 99 Kali Rindu

Kesinambungan filem ini, 99 Kali Rindu ditayangkan pada 9 Mei 2013 dengan mengekalkan Aeril Zafrel sebagai teraju utama dengan penambahan pelakon baru termasuk Wawa Zainal, Niezam Zaidi dan Afiera Riana.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2012
  2. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (11 Mei 2013). 99 Kali Rindu filem penuh emosi Sinar Harian. Dicapai pada 24 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]