8 Renjer Para

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batalion Ke-8
Rejimen Renjer Diraja (RRD)
8rngr.gif
Lambang 8 RRD (Para)
Aktif1 Mac 1973 (ditubuhkan)
Negara Malaysia
CawanganRejimen Renjer Diraja
JenisPasukan Atur Gerak Cepat
PangkalanKem Terendak, Melaka
Nama samaran8 Para

Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (juga dikenali gai 8 Renjer Para) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1973. Pegawai Memerintah pertama batalion ini adalah Leftenan Kolonel Mokhtar Ismail. Beliau kemudian diganti oleh Leftenan Kolonel Raja Abdul Rashid Raja Badiozaman pada tahun 1974. Pada 1 Julai 1990, 8 Renjer menerima taraf operasi sebagai Batalion Payung Terjun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal penubuhannya, kebanyakan tugas 8 RRD bertumpu di Sarawak sehingga pasukan tersebut dipindahkan ke Perak pada Februari 1977. Semasa di Perak, pasukan ini telah melaksanakan 48 operasi di sekitar daerah Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar. Kejayaan terbesar pasukan adalah apabila berjaya membunuh lima anggota Parti Komunis Malaya dalam satu pertempuran ketika Operasi Setia di hutan Keramat Pulai, Perak.

Beberapa anggota 8 Renjer dianugerahkan pingat keberanian termasuk Pegawai Waran II Kanang anak Langkau yang menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Turut menerima anugerah Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) adalah Sarjan Michael Riman Bungat, Sarjan Beliang anak Bali. Kanang anak Langkau sendiri mendapat anugerah PGB, sekali gus menjadikannya penerima dua pingat keberanian tertinggi negara.

Batalion ini sekarang ditempatkan di Kem Terendak, Melaka dan merupakan salah satu batalion yang membentuk 10 Briged Para.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]